Bulan puasa kat matriks

July 03, 2014


Dalam banyak-banyak benda, aku takkan lupa benda yang aku pernah buat/rasa masa kat matriks. 


Kalau dulu masa kat matriks memang seronok bila bulan puasa lah. Sahur tu mula-mula je wujud, tak lama lepas tu memang tak bangun sahur pun. Pemalas sangat nak bangun. Hahaha. Sahur kitaorang kira tengah malam masa tengah study. Kata student kannn. Makan lah biskut ke, maggi ke, minum milo ke, ahhh pandai-pandai lah hidup. Kadang-kadang waktu malam ada student yang jual nasi lemak, berebut-rebut kitaorang nak beli lepas tu makan ramai-ramai. Siapa sama aras dengan aku, wing sama dengan aku, mesti tahu macam mana waktu tu. Kitaorang mana nak fikir diet ke apa masa tu, lapar je makan terus. Hihihi. 


Masa bulan puasa ni lah kitaorang berani sikit. KMS tu kan still baru masa tu, aku masuk tu kitaorang adalah second batch (batch angah), so banyak lah cerita-cerita 'keras' yang ada. Kalau bukan bulan puasa, pukul 11 malam je dah tutup tingkap, tarik langsir rapat-rapat, pergi cuci muka berus gigi, lepas tu duduk dalam bilik diam-diam study atau buat kerja tutor. Masuk je bulan puasa, pukul 12 tengah malam pun belum tentu lagi nak tutup tingkap, takde lah nak tarik langsir rapat-rapat semua, pergi tandas pukul 1 pagi pun rileks je jalan. Boleh pulak kalau dah penat study, angkut laptop Hajar Talha bawak masuk bilik aku lepas tu tengok hindustan ramai-ramai. Tingkap biar terbukak sebab nak angin masuk. Bulan puasa kan, mana ada dah makcik jual karipap tu. Berlagak gila masa ni. Hahaha. 


Kat KMS waktu petang masa bulan puasa ada tadarus. Aku, Liyana, Hajar, dengan Fatien join geng tadarus. Memang pun masa daftar tu kitaorang letak nama satu group, senang. Ada je orang lain dalam group kitaorang, so setiap petang lah kitaorang pergi surau bertadarus. Lepas habis kat surau, kitaorang pergi kafe orion nak beli makanan. Ada satu masa tu, kitaorang satu wing pergi bazar ramadhan sama-sama jalan kaki. Jalan kaki okay. Kau mampu? Hahaha. Dah balik dari bazar, buka puasa sama-sama.

Pernah je buka puasa kat surau sama-sama dan ada jugak buka puasa ramai-ramai kat kosmik. Babak ni paling best. Berbumbungkan langit yang gelap, bulan yang terang dan berlantaikan kosmik. Lampu yang ada romantik sangat tau, makan pun kejap-kejap suluh pakai handphone. Mana taknya, tak nampak makanan woi. Tercekik tulang ayam yang besar tu kang sia-sia je kena masuk hospital. Kekeke. 


Solat terawih kat surau. Kalau dari bilik, dah dengar azan isyak baru lah berlari-lari ke surau dengan dah siap pakai telekung. Hahaha. Biasa kat surau mesti nak duduk kat tempat yang ada kipas. Kekdahnya, nak solat ke nak kipas pun aku confuse. Maklumlah kan, aku ni tak pernah tak berpeluh waktu solat terawih, habis peluh jantan aku pun keluar sebab panas. Kekeke. Aku syak bukan aku sorang je sebab bila habis je solat, masing-masing cari port yang dekat dengan kipas, kena tempias angin kipas tu pun takpe asalkan sejuk sikit. Aku syak je tau. Hihihi.

Rindu sangat bulan puasa kat KMS. Rindu budak-budak wing aras aku. Kitaorang ni kira rapatlah jugak sebab banyak bersama. Gituuu. 


Kat UKM aku tak rasa bulan ramadhan kat sana macam mana. Dua tahun dah belajar kat UKM dan dua tahun jugak aku puasa kat rumah. Kebetulan cuti sem masa bulan puasa dengan raya, so aku duduk rumah je lah. Disebabkan tu jugak aku ingat macam mana bulan puasa kat matriks je. 


Till then.

You Might Also Like

1 comments