Shazwani Ramly. Powered by Blogger.

Shazwani Ramly


Dalam banyak-banyak tempat yang kita nak pergi lepas kahwin dengan suami salah satunya adalah zoo. Kalau orang lain dengar mesti macam "Kenapa zoo? Hello, belum ada anak pun." atau "Kan baru kahwin, kenapa tak pergi honeymoon tempat best?". Lol. Tak semestinya kena tunggu ada baby/anak baru boleh pergi zoo kan? Hahaha.


Our first time after we got married.


Farhan susah nak cakap NO/TAK BOLEH bila kita ajak dia melainkan kalau dia busy kerja atau penat sangat. So far bila kita ajak dia pergi mana-mana even tiba-tiba macam teringin nak tealive hazelnut chocho, dia mesti okay jom pergi beli. Kekeke. Ye tahu, bertuahnya seorang Shazwani dapat Farhan sebagai suami. Awww.


So we went to Zoo Negara last month. I am so excited bangun awal pagi lepas tu Farhan cakap, "Yelah nak jumpa kawan dia, kan banyak kawan dia kat zoo tu." -__-

Tiket nak masuk untuk dewasa RM44.00/orang so in total RM88.00 untuk kami berdua. Sekarang tengah berdua je memang rasa okay lah berbaloi for two people. Nanti bila dah ada 2 ke 3 anak bawa pergi zoo mesti terasa mahalnya harga tiket nak masuk zoo ni. Tiba-tiba rasa tak berbaloi. Hahaha. Anak sorang for sure kena bawa tapi kalau anak dah 2 ke 3 tu nanti kita kena fikir 10 kali nak pergi Zoo Negara ke Zoo Melaka? Lol.




Kitaorang datang awal pagi, pukul 9.30 dah sampai zoo. Cuaca pagi redup tak panas lagi so best lah kalau berjalan satu zoo but still berpeluh juga sampai cair make up sis. Make up cair bukan satu masalah sebab dapat tengok haiwan lagi menarik dari muka hilang make up. Hahaha. Mujur semua haiwan kat zoo say hi kat kita bila kita panggil. *lambai sikit*

Bila dah jauh kitaorang jalan tu tiba-tiba ada bunyi bising. Bunyi tu datang dari haiwan dalam zoo tapi still tak tahu haiwan apa so kitaorang jalan je sampai lah kat satu tempat.

"La, kawan sayang lah yang berbunyi tu." sambil tunjuk kat Siamang.

-____-



Thank you suami sebab sudi bawa isteri pergi zoo. Lepas ni zoo mana kita nak pergi? Hehehe.

Share
Tweet
Pin
Share
No comments

Alhamdulillah, dah selamat menjadi isteri orang. Honestly, sekarang pun macam tak percaya dah ada suami, teman makan bersama, gosip bersama, borak bersama dan bahagia bersama.


On 27th January 2018, we were officially husband and wife. Yay!


Dari kisah cinta monyet yang entah apa-apa hingga ke jinjang pelamin. Tak sangka dari 'pakwe makwe' lepas tu putus lepas tu baik lepas tu kawan lepas tu bercinta balik dan sekarang dah sah jadi suami isteri.

Kitaorang kenal dah lama, exactly 11 years ++ kalau ikut pengiraan. Just wow! Hahahaha. Kalau orang tanya macam mana kenal each other mesti susah sikit nak jawab sebab bukan belajar satu sekolah atau satu matrikulasi atau satu universiti. Selalu jawapan paling senang adalah, "hmmm kenal-kenal macam tu je lah, tetiba je dah kawan. hahahaha." -___-


So jom lah kita balik semula cerita dulu-dulu masa kenal.

Masa tu kita form 1 and yes masa tu budak-budak lagi, baru nak remaja tapi tu lah dah gatal. Farhan buat-buat missed call kita 2 3 kali. Mula-mula macam nak tak nak je layan sebab orang tak kenal kan, tapi sebab jiwa remaja baru nak up so kita layan je lah. Dulu whatsapp takde lagi, zaman myspace friendster lagi masa tu. Okay so dari situ lah kitaorang mesej-mesej tanya nama, umur and tiba-tiba eh dah jadi kawan lepas tu eh dah boyfriend. Hahahaha. Jenis gelojoh tak reti nak berkawan lama terus nak jadi boyfriend masa tu. Budak baru nak up katanya. Lol.

Actually, Farhan dapat nombor kita dari 'abang angkat' dan rupanya Farhan ni sepupu 'abang angkat' kita tu. So sekarang 'abang angkat' kita tu dah jadi sepupu kita juga. Hahaha. Thank you Abang Im, jasamu dikenang :)

Cinta monyet ni banyak main-main sebenarnya. Ala benda biasa kalau kejap putus lepas tu couple lepas tu putus terus tak nak kawan sampai bila-bila. Pernah je 2 tahun kitaorang macam lost contact (tak, sebenarnya sebab kitaorang putus lepas tu dia ada girlfriend baru so macam k dah jangan cari aku lagi), lepas tu entah macam mana contact balik masa kita baru nak sambung degree, sayang balik and bercinta balik. Hahahaha.


After 4 years bercinta bagai nak rak (no more cinta monyet), we decided we wanted to be with each other and spend the rest of our lives together.

We were engaged on 1st July 2017.
Bertunang tak lama. Ayah dah cakap, "tempoh bertunang ni tak perlu tetapkan, nanti ada duit terus kahwin."

Bersungguh kitaorang simpan duit nak kahwin dan paling bersungguh adalah Farhan sebab sama-sama baru habis degree, baru setahun kerja, baru nak bagi mak ayah duit sendiri dan baru nak simpan duit kahwin. The struggle was real masa tu. Kalau boleh tak nak bertunang lama sangat so I was like okay-let's-do-this-until-the-end-and-get-married-as-soon-as-possible. Kesungguhan Farhan tu paling buat kita macam terharu sangat sebab one of my wish list is nak kahwin sebelum umur 25 tahun dan dia berusaha nak jadikan benda tu kenyataan. So sweet.


Six months later, we were married. Alhamdulillah.



We are happily married for 1 month and 9 days.

Sekarang masih belajar jadi isteri orang. So far so good. Kot. Hehehe. Walaupun dah kenal each other 11 tahun tapi banyak benda baru tahu lepas dah jadi suami isteri. Betullah apa orang kata, kenal lama macam mana pun seseorang tu tapi lepas kahwin semuanya jadi baru. Kadang-kadang rasa tak percaya tapi seronok sebab dapat kenal suami sendiri. Awww dah boleh panggil suami.

Terima kasih untuk ucapan dan doa dari semua orang. Doa yang baik-baik.


Till then.
Share
Tweet
Pin
Share
No comments
Newer Posts
Older Posts

About me

About Me

Popular Posts

  • Kolej Matrikulasi Selangor
    Assalamualaikum. Sekarang aku berada di rumah setelah berkampung di kms selama 5 hari. huhu. Terseksa menyeksa jugak lah orientasi kan...
  • Family Day Social Work 2014
    Family day ni mula-mula planning nak buat kat PD, tapi disebabkan ada masalah sikit so kitaorang buat kat UKM je. Apa yang penting kitaora...
  • Cuti Semester
    Exam dah habis 24hb haritu. Tinggal dua paper lagi kot masa tu, terasa makin stress sebenarnya. Tengok orang lain bukan main lagi dah habi...
  • Pulau pangkor part 1
    Assalamualaikum semua. Now, aku kat rumah. hihihi. Baru 3 hari duduk kat kms dah balik sebab period pain. Nasib ayah baik sangat nak am...
  • Suntikan HPV
    Assalamualaikum semua. Adakah anda sudah mengambil suntikan HPV? Okay, soalan ni untuk kaum perempuan je. Yang lelaki boleh duduk d...

Blog Archive

  • ►  2019 (1)
    • February 2019 (1)
  • ▼  2018 (11)
    • August 2018 (3)
    • July 2018 (2)
    • June 2018 (2)
    • May 2018 (2)
    • March 2018 (2)
  • ►  2017 (2)
    • August 2017 (1)
    • June 2017 (1)
  • ►  2016 (4)
    • April 2016 (1)
    • February 2016 (1)
    • January 2016 (2)
  • ►  2015 (16)
    • November 2015 (1)
    • October 2015 (2)
    • September 2015 (1)
    • August 2015 (2)
    • July 2015 (2)
    • June 2015 (1)
    • May 2015 (2)
    • April 2015 (2)
    • February 2015 (2)
    • January 2015 (1)
  • ►  2014 (28)
    • December 2014 (2)
    • November 2014 (2)
    • October 2014 (1)
    • September 2014 (1)
    • August 2014 (2)
    • July 2014 (2)
    • June 2014 (4)
    • May 2014 (3)
    • April 2014 (4)
    • March 2014 (3)
    • February 2014 (3)
    • January 2014 (1)
  • ►  2013 (37)
    • December 2013 (1)
    • November 2013 (2)
    • October 2013 (2)
    • September 2013 (2)
    • August 2013 (2)
    • July 2013 (2)
    • June 2013 (1)
    • May 2013 (3)
    • April 2013 (4)
    • March 2013 (7)
    • February 2013 (4)
    • January 2013 (7)
  • ►  2012 (13)
    • December 2012 (2)
    • November 2012 (2)
    • October 2012 (2)
    • September 2012 (2)
    • August 2012 (2)
    • July 2012 (1)
    • March 2012 (1)
    • February 2012 (1)
  • ►  2011 (1)
    • May 2011 (1)

Pages

  • Home

Created with by ThemeXpose