Shazwani Ramly. Powered by Blogger.

Shazwani Ramly

Since I dah jadi isteri orang, I dah tergolong dalam kalangan menjadi seorang isteri/wanita yang sukakan kecantikan, kebersihan dan kekemasan di dalam rumah.

Sejak kebelakangan ni, whenever I dengan Farhan pergi groceries shopping, I akan cuba larikan diri untuk melencong ke tempat yang ada jualan bunga for indoor (dalam rumah). Sekali dua bila Farhan tengah leka tengok benda lain, I buat-buat lah jalan pergi cari barang I and then cepat-cepat pergi tengok bunga. Hahaha. Macam ada buat salah je nak pergi diam-diam padahal boleh je bagitahu.

I rasa I dah ada simptom mak-mak yang suka nak ada bunga kat rumah tapi rumah I tak mengizinkan untuk buat tanaman luar rumah. So I rasa why not I beli bunga untuk indoor, kan? Duduk kat tengah bandar buat I rasa lemas dengan bau sampah, asap motor/kereta/lori dan udara yang tak berapa nak tercemar. Jadi I pun berangan dan memasang impian untuk membeli bunga indoor yang besar terus letak dalam rumah bagi udara yang segar di samping mencantikkan rumah sendiri. I bagitahu Farhan apa yang I nak beli bunga sebab I dah tak boleh tahan diri dari tengok dan berangan tapi sampai sekarang tak terbeli. Seorang isteri yang solehah, haruslah meminta izin dan pendapat suami terlebih dulu sebelum I dikecam oleh adik-adik I kerana buang tabiat nak berbunga dalam rumah. Kahkahkah.

"Sayang macam nak beli yang ni la." tunjuk bunga yang tak berapa nak besar tapi cantik.
"Mana nak letak ni?"
"Dalam rumah lah, tak nampak dia tulis indoor?"
"Besar sangat lah, beli kecik je lah."
Lalu I terdiam dan beralih ke bunga yang lain. -.-

I kena dengar cakap Farhan atau nanti I akan dilabel memilih barang tanpa tujuan dan membazir. I tell you, bila I nak beli sesuatu I kena plan and inform him first, so that nanti dia tak bantah apa yang I nak. May be I lupa I mempunyai seorang suami yang mementingkan hala tuju kehidupan dan berfikiran 10 kali ke hadapan berbanding I yang hanya berfikiran untuk esok hari sahaja. Muahaha.

Then I decide to buy something yang mudah untuk dijaga bagi wanita yang baru nak mulakan hobi tanaman bunga dan bagi menyedarkan I bahawa tak senang untuk kita kecapi apa yang kita angan-angankan. Lol.

Hello cuties :p

Dah 3 minggu I beli cactus ni and mostly yang tolong jaga/bagi air adalah Farhan. I told you, I nak bunga yang besar but then Farhan yang suruh ambil yang kecik macam ni, so salah I ke kalau I terlupa nak tengok cactus ni? Bahahaha. 


Till then.
Share
Tweet
Pin
Share
3 comments
Before I bertunang dengan Farhan, I dah pasang angan-angan I nak macam mana untuk baju majlis perkahwinan I nanti. Of course, every girl has that perfect plan of what her wedding would be like. Perempuan kan? I plan untuk tidak membazir dan nak yang simple tapi I puas hati.

  • Bride & Groom solemnization attire + veil : Wedding Galore .

Kain untuk buat baju melayu dan dress I beli kat Jakel, then baru I bawa ke Wedding Galore untuk tempah. Design baju kita boleh ikut macam mana yang kita nak then nanti one of their staff akan bagi idea untuk cantikkan baju tu. At first I tak tahu Wedding Galore akan bagi veil sekali, but yes I dapat veil cantik. Thank you, Wedding Galore.

I pilih songket untuk nikah sebab nak lain dari yang lain dan mujur Farhan tak kisah, ikut je apa yang buah hati dia ni nak. Hehehe. Sampin lelaki tu I dah imagined before beli kain lagi nak sama dengan dress nikah I. Kan dah kata, I ni banyak berangan tapi berangan tu ikut kemampuan juga lah. 

  • Bride & Groom reception attire : Pesona Pengantin D'Ella

Baju untuk reception sewa sekali pakej pelamin+baju lelaki dan perempuan+MUA+bunga tangan. Baju ni I pilih yang sedia ada kat butik D'Ella je sebab I tak nak membazir jahit baru and of course harga nanti lain takut terlari dari budget. At first nak color maroon sebab reception belah lelaki dah pilih navy blue. Biasa lah perempuan, bila nampak benda cantik dah rambang mata nak memilih. Nak color maroon tiba-tiba jadi biru (biru lebih muda). Hahaha. So I decide okay takpe lah biru pun sebab dua-dua biru yang berbeza. Baju ni baru siap jahit so I adalah orang pertama pakai.

  • Handbouquet (solemnization & reception) : Pesona Pengantin D'Ella


Handbouquet untuk nikah dan sanding I ambil fresh flower. Actually, bunga tangan ni dah termasuk dalam pakej tapi sebab I minta nak fresh flower so kena tambah harga. Love it.

  • MUA : Asma Aleeya

Nikah dan sanding Kak Asma yang make up and I rasa bertuah dapat Kak Asma as MUA. After siap make up Kak Asma akan tunggu sampai majlis makan beradab. Orang lain pun puji Kak Asma sebab boleh stay untuk touch up make up pengantin. MUA ni sekali pakej ambil dengan Pesona Pengantin D'Ella.

  • Henna : Syafiqah Ishak

Syafiqah is one of my high school friend. Since high school dia memang kreatif bab seni and that's why tak heran dia ada business henna sekarang ni. Orangnya memang cantik dan sampai sekarang maintain cantik + kurus walaupun dah ada anak tiga orang. Tak rugi ambil henna dengan dia sebab memang lawa dan puas hati.

  • Pelamin : Pesona Pengantin D'Ella

I requested nak pelamin bawah khemah yang simple tapi cantik dan I sangat berpuas hati dengan hasil pelamin yang diberi. 

  • Custom Yassin : Kenduri Door Gift

Custom Yassin untuk VIP guests sahaja. 

  • Canopy : Khaifa Canopy
Khemah adalah perkara pertama dan paling awal yang I fikir untuk preparation majlis I. I selalu berangan nak khemah yang transparent bila malam cantik je tengok dan I gigih survey kos untuk khemah tersebut. I ada budget untuk certain part of majlis, so I rasa khemah tu melebihi budget yang ditetapkan dan tidak memenuhi kriteria majlis I, at last I pilih Khaifa Canopy. I sangat berpuas hati dengan service Khaifa Canopy and I cukup bangga dengan pilihan I sendiri sebab semua orang puji khemah cantik. :p

  • Official Photographer : Thepicsxel
Thepicsxel memenuhi piawai yang I nak dan I rasa berbaloi dengan service yang dia bagi. Semua gambar cantik dan I sangat berpuas hati. Semua gambar kahwin I dari Thepicsxel. Thank you, Afifah.


Untuk majlis I ni, I dah tetapkan certain budget untuk every part of majlis. I tak plan in details tapi bila I kata I nak macam ni then I nak macam ni dengan budget yang sedia ada. I tak pernah menyesal dengan semua decision yang I buat. Bila ada yang bertanya mana I ambil pelamin, photographer dan lain lain, I akan share but I takkan cakap apa yang I ambil semua ni bagus atau pengaruh orang lain untuk pilih yang sama macam I pilih. May be orang lain punya budget lebih besar dan I punya budget kecil je atau sebaliknya. You need to consider several things before you make a big decision. Jangan ikut orang buat macam tu, you pun nak macam tu tapi nanti you yang menyesal.

Till then.
Share
Tweet
Pin
Share
No comments
Sekarang kat Malaysia tengah musim buah durian. Tepi jalan kiri kanan ada orang jual durian, tapi kitaorang laki bini tak pernah berhenti nak beli. Not even once.


I'm not a big fan of durian. Makan seulas boleh lah tapi lagi suka kalau buat serawa/sambal tempoyak. Yummy! Jadi sebab tu kalau orang offer bagi sebiji durian pun I takkan ambil. Hehe. My husband paling tak suka durian. Dia anti-durian. Lalu tepi jalan kadang-kadang saja usik, "Sedapnya durian tu, murah je." Dia tak layan lepas tu siap bagi jelingan manja gitu. Hahahaha. Dia punya anti dengan durian sampai bau durian pun dia tak boleh nak go. -.-

So bila I teringin nak makan serawa durian/sambal tempoyak, I akan balik Banting sebab I tak sampai hati makan kat rumah nanti suami terbau pula. #isterisolehah

Sambal tempoyak adalah antara yang I takkan tolak especially bila mak yang buat. DIa punya lemak lemak tempoyak ditambah pula dengan sambal cili yang pedas. Jangan kata mertua lalu depan mata I tak perasan, suami duduk sebelah pun I tak pandang. 


Ada one night tengah tengok tv, I saja cakap pasal durian dengan Farhan.
"Kalau nanti pregnant tiba-tiba mengidam durian macam mana?"
"Takpe, nanti abang belikan."
"Seriously?"
"Yelah, tapi sayang makan sendiri dalam rumah dan abang duduk kat kereta. Kalau terpaksa, tidur dalam kereta pun takpe."

See? Dia punya anti-durian tu memang tak boleh bawa bincang. So whenever kitaorang diajak atau dipelawa atau diberi untuk makan durian bersama, I akan tolak dulu sebab tak nak husband tidur dalam kereta. Hahaha.

#doublesolehah :p
Share
Tweet
Pin
Share
No comments
Newer Posts
Older Posts

About me

About Me

Popular Posts

  • Kolej Matrikulasi Selangor
    Assalamualaikum. Sekarang aku berada di rumah setelah berkampung di kms selama 5 hari. huhu. Terseksa menyeksa jugak lah orientasi kan...
  • Family Day Social Work 2014
    Family day ni mula-mula planning nak buat kat PD, tapi disebabkan ada masalah sikit so kitaorang buat kat UKM je. Apa yang penting kitaora...
  • Cuti Semester
    Exam dah habis 24hb haritu. Tinggal dua paper lagi kot masa tu, terasa makin stress sebenarnya. Tengok orang lain bukan main lagi dah habi...
  • Pulau pangkor part 1
    Assalamualaikum semua. Now, aku kat rumah. hihihi. Baru 3 hari duduk kat kms dah balik sebab period pain. Nasib ayah baik sangat nak am...
  • Suntikan HPV
    Assalamualaikum semua. Adakah anda sudah mengambil suntikan HPV? Okay, soalan ni untuk kaum perempuan je. Yang lelaki boleh duduk d...

Blog Archive

  • ►  2019 (1)
    • February 2019 (1)
  • ▼  2018 (11)
    • August 2018 (3)
    • July 2018 (2)
    • June 2018 (2)
    • May 2018 (2)
    • March 2018 (2)
  • ►  2017 (2)
    • August 2017 (1)
    • June 2017 (1)
  • ►  2016 (4)
    • April 2016 (1)
    • February 2016 (1)
    • January 2016 (2)
  • ►  2015 (16)
    • November 2015 (1)
    • October 2015 (2)
    • September 2015 (1)
    • August 2015 (2)
    • July 2015 (2)
    • June 2015 (1)
    • May 2015 (2)
    • April 2015 (2)
    • February 2015 (2)
    • January 2015 (1)
  • ►  2014 (28)
    • December 2014 (2)
    • November 2014 (2)
    • October 2014 (1)
    • September 2014 (1)
    • August 2014 (2)
    • July 2014 (2)
    • June 2014 (4)
    • May 2014 (3)
    • April 2014 (4)
    • March 2014 (3)
    • February 2014 (3)
    • January 2014 (1)
  • ►  2013 (37)
    • December 2013 (1)
    • November 2013 (2)
    • October 2013 (2)
    • September 2013 (2)
    • August 2013 (2)
    • July 2013 (2)
    • June 2013 (1)
    • May 2013 (3)
    • April 2013 (4)
    • March 2013 (7)
    • February 2013 (4)
    • January 2013 (7)
  • ►  2012 (13)
    • December 2012 (2)
    • November 2012 (2)
    • October 2012 (2)
    • September 2012 (2)
    • August 2012 (2)
    • July 2012 (1)
    • March 2012 (1)
    • February 2012 (1)
  • ►  2011 (1)
    • May 2011 (1)

Pages

  • Home

Created with by ThemeXpose