Pulau pangkor part 2

by - March 10, 2012

Entry bersambung. Maaf sebab baru nak update pasal holiday wanie dengan family, Baru sekarang ada masa terluang :)


Hari kedua aktiviti kat sana adalah melawat tempat yang menarik kat sana. Boleh jugak la kata menarik sebab wanie pun tak pernah jejak kaki kat pangkor sebelum ni. Pagi-pagi semua buat muka teruja sebab nak jalan-jalan. Memang seronok, kami naik van colour pink yang comel tu. ahaks. Dalam van semua bising sebab jalan kat sana macam naik bukit turun bukit. Seriuosly, sangat menakutkan. Yang paling kuat menjerit adalah wanie. hik3.

Pusing-pusing kat pulau memang rasa pelik, sebab wanie bukan orang pulau. Kiri kanan semua pokok. lagilah menakutkan kalau nak tinggal kat sini. Kira tabik jugak la dengan orang pangkor sebab boleh duduk dalam suasana macam tu.

Lawatan pertama pergi tempat buat sate. Sebenarnya tak nampak pun orang buat sate, nampak orang datang memebeli sate adalah. heeee.

keluarga besar kami, tapi masih belum cukup besar lagi :)




Lepas tu van bawak kami melawat tokong pulak.




then, kami melawat muzium. Masa mula-mula tu macam boring. Alaaaa, muzium ni benda sejarah, tak minat. Tapi bukan senang nak datang sana, so tak boleh lepaskan peluang.






Habis melawat muzium yang awesome tuh, kami ke kota belanda pulak.


Dan hari kami berakhir dengan lawatan ke kota belanda. Lepas tu kami balik ke villa lyana, rehat cukup-cukup. Petang tu ada jugak buat aktiviti, macam snorkling, main air laut, dan lain-lain. Hari ahad, kami gerak awal nak balik semula ke darat. ahaks. Seronok sangat percutian kali ni. Nak pergi lagi !


Okay, cukup sampai sini sebab macam dah panjang sangat entry ni. Maaf. Assalamualaikum :O

You May Also Like

2 comments

  1. yahoo..after buat lagi percutian pulau. pulau mana pulak ek... jeng3.. hehe

    ReplyDelete
  2. AMBOI KEMAIN DIA BERJALAN SAKAN YE DULU XD

    ReplyDelete