A2P4 2011/2012

by - August 04, 2012

Assalamualaikum (:


Pejam celik pejam celik, dah berbelas hari kita puasa. Alhamdulillah. Tak lama lagi nak raya dah, dan wanie pun sedang menghitung hari nak bergelar pelajar semula. heeee.


Dulu-dulu time kat matrik, tak sempat nak update hape pun. Maklum semua faham kesibukan pelajar matrik yang berlagak konon poyo takde masa bagai. Tak salah kot nak update hape yang wanie suka kan, sebab wanie punya suka lah, wanie punya belog. -,- *sangat berlagak poyo.


Bila dah nak habis belajar, macam-macam yang kiteorang plan, nak keluar sama-sama, main kejar-kejar kat dataran kosmik, makan sama-sama kat kafe, bbq kat morib(maklum saja yang kami dekat dengan pantai morib okay), datang rumah wanie suruh mak masak bagi kawan kelas makan(sebab rumah wanie kat banting), serta lain-lain. At last ketua praktikum pilih buat bbq kat belakang Aquilla iaitu di belakang koperasi kolej matrikulasi selangor a.k.a tempat pelajar. =)


Bbq ni kiteorang buat satu kelas, semua ahli kelas A2P4 memberi kerjasama yang sangat baik. ececeh. Bukan hape, kelas kiteorang pernah dinobatkan kelas akaun terbaik untuk ujian pertengahan semester, kelas terbaik untuk subjek akaun dan matematik, dan kelas terbaik akaun untuk PSPM. hehew. Mana tak riaknya, sebab lecturer tak pandang pun kelas kiteorang. *dah lari dari topik.


ini hayati, dia memang suka buat muka comel. yang sedang leka main game di hp itu adalah wanie. hihik. *duduk tak supo pompuan kau.

Perempuan adalah kaum hawa yang lemah, jadi kita bagi tugas ni semua pada lelaki yang kuat-kuat belaka.

Masyi nak tunjuk yang dia hebat, tapi memang hebat pun. Takat pegang sambil pusing-pusing ayam tuh, ape susahhh.

Okay, keje haku memang kena kipas ayam. haha. Tak, nak bagi ada bara api sebenaunya. 

Memang nampak hangit, see see ! tapi sedap haku kata.


Ni memang keje nak menyuruh orang je, pemalas kemain wanie nih. >,<

Yanie sibuk uruskan sosej (: tapi sempat posingggggg.

Syiqeen, elfie, asri. Motif???

Dan haku dan aina masih kekal duduk di bawah sambil kipas-kipas dan pusing-pusing ayam tuh.

Kami penat tahu membakar ayam, tapi masih boleh senyum lebar-lebar.

See see! itulah hidangan kami. berselera haku makan.

Kamilah girls A2P4 yang sopan lagi comel-comel gituuu. (: hihihih.

Before makan mestilah baca doa, maka syaitan pun tidak turut menyibuk.

Ni kes memang lapar sangat dahhhh. Deja, syiqeen, safia.


Bila dah habis makan-makan dalam kurungan makanan tak habis pun, macam membazir so kiteorang sedekah kat sape-sape kat situ. hahaa. lepas tu kaum adam telah memulakan sesi bermain. Ce teka, ce teka.  Okay, main simbah-simbah air, baling-baling belon yang dah ada air, pastu pi baling kat kiteorang kaum hawa nih. ceh.


Syiqeen antara mangsanya.

Serta hayati nordin :p

 Tak ketinggalan, wanie juga turut menjadi mangsa. hailaaaaa. nak je haku tendang-tendang manusia yang pi baling kat haku tuh.
 Aina melaksanakan sesi pembersihan, padahal ramai yang buat hal, dia sorang kena sapu semua. hihihi.

Best, seronok sangat. Yelah, mana nak dapat lagi experience macam nih kalau bukan dengan kawan-kawan sekepala, yang sama-sama dengan kita selama 10 bulan. kan kan? Leka makan dan main sampai kena halau dengan lecturer sebab dah pukul 11 malam. huh. Itu paling best ah. Rindu korang.


Kadang-kadang yang kita tak sangka dan kita tak suka, dari background yang berbeza, itulah yang bantu kita, yang jadi kawan bila kita susah. Share semua pendapat even kita banyak tak sefahaman. heee =)


You May Also Like

1 comments