Designed by Veethemes.com | Gooyaabi

Salam Lebaran 2012.

Assalamualaikum.


Dah masuk hari raya keempat. Masih dalam mood hari raya? Mestilah kan kan. Wanie yang masih berumur belasan tahun pun hati happy semacam sebab tak sangka dapat duit raya lagi. Itulah rezeki namanya, Alhamdulillah. (= Makcik pakcik, kakak dan abang sepupu tak lokek nak bagi duit raya kat wanie disebabkan wanie masih 19 tahun, mereka sangat memahami jiwa remaja. haha. Maceh semua.



Macam biasa tiap-tiap tahun, takde citer kau nak balik kampung sana sini. Okay, rumah wan pun sebelah rumah je, rumah nenek pun area dekat-dekat sini. So wanie takde ah story pasal balik kampung, harap maklum ye. heeee. Pagi raya mintak maaf dekat mak dengan ayah serta adik-beradik semua, lepas tu baru pergi rumah wan kat sebelah jumpa wan atok dengan pakcik makcik. Sesi mintak ampun pulak dengan mereka. Juadah hari raya ada nasi himpit, kuah kacang, rendang ayam, rendang kerang dan yang lain-lain. Alaaa, lebih kurang lah dengan kau orang semua kan?


Ayah and mak (: love them much.



How sweet. Bila adik malu-malu tapi sebenarnya mengada.

Sabrina dengan sepupu. Mereka sama umur tapi fatin lagi tinggi. haha.


Meriah tak meriah bila kumpul ramai-ramai semua, jumpa sepupu sepapat masing-masing bajet sepuluh tahun tak jumpa dah. haha. Borak sakan la kiteorang, kutuk sana-sini, gitu le kalau dah jumpa sampai tak hengat orang lain dah. For sure kiteorang  ambik gambar macam dah takde tahun depan dah.







Nampak tak betapa gembiranya kami. haha. Seriously, otak masing-masing macam dah tak berapa okay kan. Bajet takde tahun depan lagi padahal tiap bulan jumpa. Malangnya, ada jugak sepupu yang takde. So kiteorang pun macam lantaklah kau, sape suruh datang rumah wan lambat. hehew. Hari raya kedua pak ngah yang dok kat pekan pahang pulak sampai sebab pak ngah raya kat perak dulu, so dapat la jumpa akak sepupu kita yang cantik tuh (: 


Us (: dalam kereta along eija yang comel, pergi isi minyak so kami pakat berlima keluar teman along. haha. 

Thanks along eija sebab belanja kiteorang magnum.

Angah, wanie, kak meyra and kak dyra. *yang berkaca mata itu kak meyra cantik.


Tahun ni pun raya biasa-biasa je macam sebelum ni, cuma wanie boleh raya lebih lama la dari tahun lepas. Ikut mak ayah pergi rumah orang sana sini, dapat lah kenal sedara yang tak selalu jumpa tuh. Alhamdulillah. Duit raya pun makin bertambah ==' Mungkin disebabkan orang nampak badan wanie yang kecik dan pendek buat orang kata wanie masih sekolah. haha. Maceh.



Eh, kebetulan hari raya yang meriah ni wanie dapat special present dari cousin wanie, Afiqah.



Thanks a lot mr dearest cousin, kau buat aku terharu tahu? Dah la selama ni banyak buat salah. heeee. Boleh pulak afiqah kata ni hadiah belated birthday even dah lambat. Manisnya wahai Afiqah. Lepas tuh baca wish dia kat atas hadiah lagi bertambah terharu :')



Pejam celik pejam celik wanie sebenarnya tengah menghitung hari nak masuk u. InsyaAllah. Yelah, habis je fikir pasal raya kena la pulak fikir nak sambung belajar kannn. Maklum wanie kan masih muda. Kat sini wanie nak mintak ampun dan maaf jika ada yang tekecik hati bagai dengan wanie. Maklum, kita semua bukan perfect so maafkan segala salah silap wanie selama ni. Happy eid everyone :) May Allah bless us. Thanks.

2 comments:

  1. happy eid babe (: btw fatin tu looks so much like my sister la (:

    ReplyDelete
    Replies
    1. heyyy, thanks (= heee. oh ye? biasa la tu, mesti ada iras dengan org lain.

      Delete