Minggu mesra pelajar UKM

September 09, 2012

Assalamualaikum.


Hari ni dah genap seminggu wanie masuk u, bergelar pelajar u. Minggu orientasi pun dah habis semalam. Seronok sangat sebab boleh tidur puas-puas lepas ni. heee. Alhamdulillah.



Adat la tu, masuk matriks, masuk U, nak berorientasi bagai bagi student baru kenal dan tahu semua benda baru. Kat UKM pun benda yang sama jugak jadi.



First day sampai kat UKM, nervous semacam sebab takut. Dalam hati kata, 'layak ke aku masuk ukm ni?'. Haih. Syaitan menguasai minda kepala otak semua. Ceh. Tapi bila dah turun kereta, Alhamdulillah, wanie bakal duduk dan belajar kat situ. heee. Masa tu tak nervous cuma excited. LOL.



Pendaftaran pun okay je, cara pihak kolej uruskan sesi pendaftaran pelajar baru baik baik saja. Tak kabut pun macam sesetengah pihak buat. (: Tengok akak dengan abang fasi yang uruskan pun macam boleh la layan kami baik baik. Dapat bilik untuk dua orang, sikit pulak rasa penghuni bilik kat UKM ni. Dulu kat matriks ada 4 orang so meriah la sikit. Okay, wanie tak bersyukur. haha.



Roomate wanie orang kedah. Dapat lah wanie belajar loghat kedah nanti. Dia lembut je, kalah wanie yang sopan sangat ni. First time jumpa dia tanya ambik apa, wanie jawab lah kerja sosial. Then dia kata, baguslah ambik tu sesuai dengan cara wanie. So sweet izzaty tu.

hye, itu izzaty yang cantik.


Penat sungguh minggu ni. Perkara biasa bila ada oerintasi kan? Baju tak basuh bagi kumpul banyak-banyak, mandi pun macam tak mandi. Eh? hihik. Yang best sekali tidur tak pernah nak cukup. Haih. Akak-akak dan abang-abang pemudah cara semua baik-baik belaka. Seriuously, minggu orientasi kat matrik dulu lagi dahsyat dari kat sini. Kira beruntunglah kami semua. 



Cerita pasal aktiviti kitaorang kat UKM pun biasa-biasa je. Sangat pasti asyik kena dengar taklimat sepanjang hari. Oh sungguh bosan tahu. Mengantuk! Paling menarik pun mesti cheers kan? Bila masuk UKM ni, atau orang yang tak masuk pun confirm pernah dengar pasal perang DECTAR. Perang antara kolej di UKM. Ada sesetangah kolej memang teruja habis pasal benda alah ni, tapi ada jugak kolej yang tak nak ambik tahu dan nak jaga nama kolej sendiri macam kolej wanie, Kolej Aminuddin Baki. heeee. Kakak abang PC(pemudah cara) kata, memang dah tradisi kolej kitaorang tak main benda alah tu sebab bukan majlis rasmi. Lagipun disiplin kolej amatlah baik so kena jaga nama kolej. 


Dectar (Dewan Canselor Tun Abdul Razak).

Hampir penuh jugak dewan ni dengan pelajar baru tahun satu.


Oh ye, macam biasa kalau dah nama masuk tempat baru kan. Mestilah ada kawan baru. heee. Maklum wanie pun jenis macam peramah sikit *tapi orang kata peramah banyak*, so mudah dapat ramai kawan. Sampai dah ada geng sendiri. haha. 

Dalam dectar, tunggu untuk tengok debat akhir.

Masa ni hari terakhir orientasi ada senamrobik.

Dengan abg yusuf yang comel dan telah memenangi anugerah pc paling lawak (: dia ni dari sabah.


Malam majlis penutup untuk minggu mesra pelajar, kitaorang kena buat persembahan dan uruskan semuanya pasal majlis. Aha. Hebat tak hebat kitaorang pelajar baru ni? haha. Wanie buat persembahan untuk sketsa, gelagat hari raya. Kebetulan kira sekali sambut hari raya lah kan. Paling best dan tak sangka hebat jugak wanie berlakon watak isteri. kahkah. Bila ingat balik rasa nak muntah hijau. Yewwww. Geli haku.

Kat meja makan, dah disediakan untuk yang akan buat persembahan. Terasa macam hot sangat. :p



Lepas ni wanie akan bergelar pelajar universiti yang sebenar-benarnya. InsyaAllah. Semoga Allah permudahkan segala-galanya. Kena berdikari, confident, dan banyak bertanya. heee. (: Tetiba rasa excited. Nak jumpa lebih ramai kawan baru, senior, lecturer.



Nota kaki : Encik sayang pun hantar wanie kat UKM. LOL. heee.

You Might Also Like

4 comments

  1. Memang kne pakai tudung putih ke kak? Wajib ke ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah memang wajib pakai tudung putih. Sediakan je. Tak tahu lah MMP kali ni boleh tukar ke apa. hehe

      Delete
  2. assalamualaikum..akak nk tanye.. t-shirt yg digunakan sepanjang minggu mesra pelajar disediakan ke..n kena pakai kasut wrne ap??tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. T shirt biasanya tshirt kolej sendiri/t shirt ukm. Tshirt kolej tu memang dapat, so guna yang tu jeee. Kasut untuk formal biasanya kasut bertutup warna hitam and aktivti lain pakai kasut sukan je. :)

      Delete