Tempat baru, cara baru.

by - September 15, 2012

Assalamualaikum.





Alhamdulillah, wanie sedang belajar untuk menghadapi hari-hari yang akan datang. As a student, first week masuk kelas semua jadi makin sibuk urus hal itu dan ini. Almost 2 weeks dah duduk dan menjadi sebahagian family Kolej Aminuddin Baki dan UKM, banyak benda baru wanie belajar. heee.



At first tengok jadual wanie semua, suka sangat. Relaks gila kau tahu.

Isnin:     10:00 am, Tingkahlaku manusia dan persekitaran sosial.
Selasa:  10:00 am, Teknologi maklumat untuk sains sosial.
             02:00 pm, Pengantar kerja sosial.
             04:00 pm, Pembangunan diri.
Khamis: 08:00 am, Ketrampilan berbahasa dan berkomunikasi.
             10:00 am, Pengantar psikologi.



Rabu dengan jumaat wanie free habis. Boleh tidur, boleh lepak dalam bilik, basuh baju, bermuka buku tiap masa. Then, tiba-tiba wanie kena cukupkan jam kredit maksimum 23. Fine, kena tambah kursus lain. Jadual makin padat. T_T.


Tambah pulak ada lecturer yang nak buat tutor, berkurang masa untuk wanie tidur kat bilik puas-puas. Akak senior ada pesan, jangan kabut sangat sem 1 ni, cool je. Patutnya sem 1 kami sebagai pelajar tahun satu relaks sentiasa. Then, student first year macam kami ni sibuk mengejar learning contract yang kena cukupkan 8 jam kredit. hihik. Tamak tamak :D



InsyaAllah, semuanya akan okay. Kena biasakan hidup kat sini. Berdikari. Even ada mulut-mulut dok cakap wanie tak jauh dari family, semua senang la. Fine, walaupun wanie tak jauh dari family, wanie kena jugak belajar hidup berdiri di atas kaki sendiri. Wanie tak nak jadi anak manja, semua nak mak ayah tolong buat. Wanie dah 19 tahun. Bukan budak tadika lagi. hihik.



Course yang wanie ambik ni pun memang memerlukan wanie berdikari dan tak terlalu bergantung kat orang lain. Pi jumpa pesakit mental, pi makmal kanak-kanak, rumah orang-orang tua, pengemis. Semua tu mencabar. Itu la yang wanie kena hadapi sepanjang menjadi student SOCIAL WORK. Sampai bila wanie nak harapkan orang lain kan?



Tempat baru, semuanya macam baru jugak untuk diri wanie. Macam dah tak boleh jadi pemalas dah. heee. Tengok orang lain dah mula study, wanie pun terikut nak study. Nasib dapat roomate yang baik dan sopan macam Izzaty, dia rajin study. haha.




Nota kaki: Cuti 3 hari, walaupun rumah dekat tapi habiskan cuti kat Bangi. :p

You May Also Like

0 comments