Designed by Veethemes.com | Gooyaabi

Running man at FSSK

Assalamualaikum.


Title kemain nak running man. Hebak la konon. hihik.

13 Oktober 2012 bersamaan hari sabtu yang lepas, telah diadakan interaksi kerja sosial iaitu running man at FSSK. Bermula jam 8 pagi sehingga jam 3 petang.
Pelajar yang terlibat adalah pelajar tahun 1, 2 dan 3.


FSSK adalah akronem bagi Fakulti sains sosial dan kemanusiaan ye kakak abang.


Program ni akak dengan abang senior yang buat. Kiteorang adik-adik tahun 1 hanya menjadi peserta.
Act, tak la macam running man real yang kau orang selalu layan tu.
But, ada la sikit-sikit. haha. Cuma takde Jong kook yang menakutkan :P

Interaksi pelajar ni bukan suka-suka je diadakan.
Ada obejktif dan matlamat. *sama je kan? fine.
Yelah, nama pun student tahun 1, apa la sangat yang kiteorang tahu. Mestilah nak kenal-kenal akak dengan abang senior yang cantik dan kacak kan. *bodek nombor satu. hehe.
Lebih kurang macam nak kenal antara satu sama lain. Even kiteorang yang tahun satu ni pun belum cukup kenal dengan kengkawan. Balik-balik asyik tanya, "nama ape eh?"


Kiteorang dibahagikan kepada tujuh kumpulan mengikut yang telah ditetapkan. Bila berpisah dari kawan tu rasa macam, "tak adil betul akak dengan abang senior ni bagi-bagi kumpulan."
Reaksi mengada memang macam tu kan? haha.

At first, wanie masuk group lain, and then disebabkan ramai yang tak datang program, wanie telah diangkut masuk kumpulan lain.

UNFAIR!

Tapi syukur je lah. Nasib baik masa tu mood okay lagi, kalau tak wanie bantah sekeras-kerasnya.
Dah masuk group yang baru, konon yakin sangat boleh menang. Fine. Wanie dah mula riak sangat. Siap cakap kat kawan, "Kalau aku keluar group kau, confirm tak memang. Kesian."
Haaa.
Cakap la macam tu lagi, cakap banya-banyak.
Jangan ikut perangai wanie yang tak berapa nak senonoh sangat tu ye. :P

 dari kiri, nana, mazidah dan wanie. Kami dari kumpulan erickson. Yeah!


Semangat kemain.
Mula-mula program, berlari sana sini nak cepat. Pergi check point, cari puzzle semua.
Ada satu check point tu, kiteorang kena makan roti dengan asam jawa. Kau orang bayangkan betapa 'sedapnya' roti berjemkan asam jawa. Pehhhh!
Tapi disebabkan pagi tu wanie tak breakfast lagi, so memang tengah lapar la kan. Cepat-cepat wanie telan roti tu sampai habis. Kebulur.
Sampai dah nak habis program, terasa lagi asam jawa yang wanie makan. Hampeh!

Pengalaman yang menarik sebab wanie tak pernah kena macam tu lagi (: so sweet.


Tapi yang paling best, group wanie adalah group kedua terakhir. Tu la, orang tua-tua cakap, cakap tu biar berlapik sikit. Kan ke dah terkena diri sendiri. :')
Takpe takpe, sekurang-kurangnya wanie dapat experience daripada program runningman ni.
Terima kasih kakak dengan abang senior yang bertungkus lumus buat program ni.
Terima kasih jugak kat ahli kumpulan yang lebih tua dari wanie. Ahaks. FYI, wanie adalah yang termuda sebab masih 19 tahun. heee. i likeee uolls.

Walaupun takde Kwang soo, takde Haha, takde Gary, running man FSSK tetap best.

Sem depan boleh buat lagi kan? haha.

Tak menang, tapi kami dapat hadiah jugak :D


1 comment:

  1. mesti best gle men runningman! hehe..akak pn rs nk join mcm ni tapi mmg takleh bygkan mcm mn nak mkn roti dgn asam jawa tu sampai abes. hebak ahh wany! :D

    ReplyDelete