Field work at Tunas Permata UKM Bangi

by - October 19, 2012

Assalamualaikum :)



Untuk pertama kali menjalankan kerja lapangan.
Ihiks.

Alhamdulillah. 
Sebagai student social work, kiteorang dah dapat assignment yang pertama untuk kursus tingkahlaku manusia dan persekitaran. heee. Kiteorang kena pergi Tunas Permata yang memang dah ada kat UKM sendiri untuk tengok perkembangan bayi dan kanak-kanak.


Memang lah teruja kan? Lagi-lagi wanie punya group kena tengok baby. 2 bulan sampai 1 tahun.
At first dapat tahu, wanie memang macam tak berapa suka. 
"Kenapakah aku kena tengok baby? "
"Baby tak boleh cakap, camne nak buat interview exclusive?"
Nampak sangat tak matang T-T Cait.
Tapi lepas tu, wanie okay dahh. Eh, baby kan comel. Tetiba teringin nak ada baby sendiri. *lempang wanie*


Before masuk sementara tunggu Dr. Nurul sampai.


Here we are. Baby yang umur dari 2 bulan sampai setahun duduk kat dalam bilik ni. Bilik comel :D

Before masuk bilik ni, ada sorang akak tu ingatkan kiteorang macam-macam.
Tak boleh ambik gambar baby sebab parents tak benarkan. Dalam hati kata, tak dapat nak update kat FB tunjuk baby baru. hihik. *perasan.
Basuh tangan sebab takut ada jangkitan kuman. Erk?  Dalam hati kata, entah-entah baby tu kot yang berkuman. *sila tumbuk saya, dushhh!
Tak boleh bising-bising. Dalam hati kata, fine.


Gambar curi diam-diam. ahaks.






Over all, okay je. Dapat main baling-baling bola dengan budak kecik. Dapat dukung baby. Awww. Dapat cakap sorang-sorang dengan baby. Manjanya budak kecik kan? haih. Nak baby nak baby. haha.Bila dah habis tugas, pergi merayau tengok group lain pulak. 
Pi tengok budak tadika, budak umur 2 3 tahun. Arghhh! Comelnya semua. 
Bila tanya nama, pandai sungguh menjawab. Dan wanie terkejut bila kawan cakap, ada sorang budak umur 4 tahun. kot. Dah pandai tulis nama dia dengan binti sekali. 
Kemain hebat budak zaman sekarang kan.

Experience untuk kali pertama. Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar. Bebudak pun semuanya baik-baik je. Mendengar kata. Sukanya. Rasa nak datang balik kat tunas permata ni. 

Nampak senang je kan kursus ni? Hakikatnya balik bilik je kena buat report. Apakah T-T 
Lepas ni banyak lagi kerja lapangan yang kiteorang kena buat, belum lagi jumpa orang-orang tua. Jumpa macam-macam jenis orang lagi lah. 


Lately ni, orang suka tanya wanie apa course yang wanie ambik kat UKM.

Dia tanya, "apa course kau ambik ha?"
Wanie jawab, "social work."
Dia buat muka pelik dan kata, "haa?? camne tu?"
Wanie geram sambil kata, "tak faham? okay, nanti kalau kau dera bini kau atau kau didera suami kau, datang jumpa aku sebab aku yang akan tolong. clear?"

Tak ramai faham apa benda yang wanie ambik, tapi kengkadang tu rasa geram jugak. Sabar je lah. 



.Terima kasih sudi baca :')

You May Also Like

3 comments

  1. http://myakamelia.blogspot.com/2012/10/baju-kurung-cotton-gorgeous-dari-butik.html

    ReplyDelete
  2. hahaha sabar lah. biasa kalau kos pelik2 mmg org tanye selalu. hee
    jom baca rahsia sy jom =)

    ReplyDelete
  3. Baby dr umur 2 bulan je yg diterima kt situ ehh??

    ReplyDelete