Minggu mesra pelajar UKM
Assalamualaikum.
Hari ni dah genap seminggu wanie masuk u, bergelar pelajar u. Minggu orientasi pun dah habis semalam. Seronok sangat sebab boleh tidur puas-puas lepas ni. heee. Alhamdulillah.
Adat la tu, masuk matriks, masuk U, nak berorientasi bagai bagi student baru kenal dan tahu semua benda baru. Kat UKM pun benda yang sama jugak jadi.
First day sampai kat UKM, nervous semacam sebab takut. Dalam hati kata, 'layak ke aku masuk ukm ni?'. Haih. Syaitan menguasai minda kepala otak semua. Ceh. Tapi bila dah turun kereta, Alhamdulillah, wanie bakal duduk dan belajar kat situ. heee. Masa tu tak nervous cuma excited. LOL.
Pendaftaran pun okay je, cara pihak kolej uruskan sesi pendaftaran pelajar baru baik baik saja. Tak kabut pun macam sesetengah pihak buat. (: Tengok akak dengan abang fasi yang uruskan pun macam boleh la layan kami baik baik. Dapat bilik untuk dua orang, sikit pulak rasa penghuni bilik kat UKM ni. Dulu kat matriks ada 4 orang so meriah la sikit. Okay, wanie tak bersyukur. haha.
Roomate wanie orang kedah. Dapat lah wanie belajar loghat kedah nanti. Dia lembut je, kalah wanie yang sopan sangat ni. First time jumpa dia tanya ambik apa, wanie jawab lah kerja sosial. Then dia kata, baguslah ambik tu sesuai dengan cara wanie. So sweet izzaty tu.
Lepas ni wanie akan bergelar pelajar universiti yang sebenar-benarnya. InsyaAllah. Semoga Allah permudahkan segala-galanya. Kena berdikari, confident, dan banyak bertanya. heee. (: Tetiba rasa excited. Nak jumpa lebih ramai kawan baru, senior, lecturer.
Nota kaki : Encik sayang pun hantar wanie kat UKM. LOL. heee.
4 comments
Memang kne pakai tudung putih ke kak? Wajib ke ?
ReplyDeleteAah memang wajib pakai tudung putih. Sediakan je. Tak tahu lah MMP kali ni boleh tukar ke apa. hehe
Deleteassalamualaikum..akak nk tanye.. t-shirt yg digunakan sepanjang minggu mesra pelajar disediakan ke..n kena pakai kasut wrne ap??tq
ReplyDeleteT shirt biasanya tshirt kolej sendiri/t shirt ukm. Tshirt kolej tu memang dapat, so guna yang tu jeee. Kasut untuk formal biasanya kasut bertutup warna hitam and aktivti lain pakai kasut sukan je. :)
Delete