Shazwani Ramly. Powered by Blogger.

Shazwani Ramly

Assalamualaikum. (:


Entry yang lama tapi tak berapa lama. haha.

Dah masuk alam ke'universiti'an kan, mestilah nak bukak cerita pasal u memasing.
Ya ya, termasuk wanie jugak. Nak cerita jugak pasal ukm. Okay wanie suka over. ihiks.

Cerita tak berapa nak best, tapi korang baca je la sampai habis. Apa salahnya tahu pasal ukm sikit-sikit kan?


UKM telah adakan sukan universiti. Semua kolej kediaman yang ada kat UKM ni hantar wakil untuk setiap acara. Mestilah kena hantar, kalau tak macam mana kolej memasing nak jadi juara kannnn?
Semua kolej termasuk yang kat kampus cheras dengan KL pun sertai jugak.

So kolej wanie, Kolej aminuddin baki telah pun hantar wakil untuk setiap acara. Lama jugak sukem ni berlangsung sampai wanie pun dah lupa berapa lama. haha.
OH!
If i'm not mistaken, before semester break haritu semua acara dah habis kecuali perlawanan akhir bola sepak dan acara penutup. Memang dah lama lah kan sukem ni berlangsung.
Sebenarnya penutup semua tu nak buat before semester break, tapi mungkin disebabkan masa tu ramai student yang tengah nak jawab mid test so postponed ke 22 November. 

Wanie tak masuk apa-apa acara pun. Pernah la jugak rasa nak sertai semua tu kan, tapi bila fikir balik apa la sangat sukan yang wanie boleh buat. Wanie jadi pendengar setia je berita terkini kolej dapat pingat apa. hihik. 


Disebabkan wanie takde bagi apa-apa sumbangan langsung kat kolej, wanie masuk lah acara perbarisan untuk penutup sukem. Acara perbarisan ni sebenarnya pertandingan jugak masa malam penutup tu.
Setiap kolej kena hantar kontijen sekurang-kurangnya 60 orang.

Okay, sebelum acara perbarisan kitaorang tengok perlawanan bola sepak antara kolej aminuddin baki vs kolej tun hussien onn. and yes, our kolej menang. Yes yes.
Pandang rendah kat kolej tun hussien onn sebab kolej tu mengumpulkan budak palapes suksis sispa semua. Takde lah terror mana. *kutuk kuat kuat. kidding.


Jadi marilah kita tengok gambar kontijen perbarisan saja ye.

Gambar curi dari group kolej. Ye, itulah pasukan perbarisan kolej amin. eh? pasukan?

Kenapa ada belon?

Kebetulan pulak kali ni punya pertandingan tak perlu bagi formasi, kitaorang buat gimik je sebab markah untuk gimik yang ada.
Wanie tak ingat la sape punya idea yang kitaorang kena lepaskan belon yang cantik tu lepas bagi lintas hormat. Tapi seriously cantik kan? Bagus yang tukang ambik gambar ni.

Nak dijadikan cerita, abg jaksa dah pesan lepas je kitaorang lepaskan belon tu jangan sesekali pandang atas. So memang takde sape la antara kitaorang pandang atas.
Then bila dah agak-agak jauh dari juri semua and nak masuk barisan kat tengah stadium, kitaorang try la pandang atas nak tengok belon. Eh, dah ghaib! Cepatnya belon terbang pergi.*ayat wani dah macam belit belit.


Ni maskot kolej ibrahim yaakub. pinjam kejap nak ambik gambar :P

Suka tengok gambar ni. Before ambik dengan encik king kong ni, kemain weh wanie dengan kawan wanie, ana dok lari lari bila encik king kong datang dekat.
Dah macam jadi tontonan orang ramai kat tengah stadium dok jerit jerit. 
Alorh, sebenarnya geli sebab encik king kong berbulu bulu. Hampeh! Pastu encik king kong lagi tinggi and for sure kami yang perempuan gerun bila nak dekat. Kang tak pasal-pasal dia datang peluk, kesian bakal suami wanie nanti. haha. Yang paling selamber adalah roomate wanie yang zaty tu. eh, gila hekau berani dok diam berdiri sebelah encik king kong. -.-




Nampak tak apa yang kitaorang pegang tuh?
Ye, kolej kami menjadi juara SUKEM kali ni. Yay! Alhamdulillah. Happy happy.

Memanglah haku tak sumbang apa-apa, tapi haku sumbangkan suara untuk sorak bila nama amin naik. ahaks.

Sape lah tak bangga kan bila kolej dah jadi juara. Terasa WOW! Barulah percaya kata-kata akak dengan abang senior yang kolej amin ni hebat kemain.
But, bila dah menang pun ada orang macam tak puas hati. Lantak pi lah. Apa nak kisah dengan apa orang kata. Even roomate wanie ada kata yang kolej lain nak jatuhkan kolej amin. Whatever.


Yang penting dah menang pun. 8 emas, 2 perak dan 9 gangsa. Terbaik!

AMIN bestari :D
Share
Tweet
Pin
Share
10 comments

Assalamualaikum.






Dah hampir sebulan lebih ambik kursus yang sama.
Kami bangga jadi student social work kat Universiti Kebangsaan Malaysia.
heee.

Well.

Untuk pengetahuan semua, kebanyakan kengkawan wanie ramai yang datang dari kelantan dengan terengganu. Datang dari selangor hanya 3 orang je.
Bila masuk kelas mula-mula terasa kat negeri lain, confused.
Dah lama-lama tu, boleh terima. Kawan pun semua okay. Tak sombong.

Oh haah. Kengkawan yang ambik social work ni pun ramai yang lepasan STPM. hihik. Kiranya umur paling muda adalah 19 tahun iaitu wanie dan beberapa orang lagi. Well, bangga sebab masih muda. :)
Kekok jugak sebab memasing macam kakak dengan abang je kan, tapi lepas tu selamber je panggil nama. Dorang pun  tak kisah. Nak rasa muda macam wanie la tu. haha.

Assignment pun dah mula buat dalam kumpulan.

Alhamdulillah, kengkawan tak kedekut ilmu.
Kena pandai biasakan diri.

Yelah, kawan wanie yang lain suka ingatkan wani. "hmm, elakkan la berkawan dengan orang kelantan ni."
Tapi wanie jenis yang tak kisah. Apa orang lain fikir tak sama dengan apa yang wanie fikir. So what?
Memang la dalam berkawan kita kena memilih sikit, tapi jangan terlalu sangat sebab kita takkan sangka yang kita nak elak tu jugak akan tolong kita.
Tak dinafikan, kengkadang kawan wanie dari kelantan tersasul loghat kelantan dengan wanie. haha. Wanie gelak je. Lepas tu baru dia perasan yang wanie tak faham.
Alaaa, lecturer pun ada kata. Orang-orang dari kelantan terengganu ni lama-lama dah cakap KL dah. Tak main dah loghat dari kampung dia. Konon dah jadi orang KL. haha.

Best la dapat kawan macam dorang.
Caring.
Sharing.
Loving. eh?


Terima kasih sudi baca.
Share
Tweet
Pin
Share
7 comments
Newer Posts
Older Posts

About me

About Me

Popular Posts

  • Kolej Matrikulasi Selangor
    Assalamualaikum. Sekarang aku berada di rumah setelah berkampung di kms selama 5 hari. huhu. Terseksa menyeksa jugak lah orientasi kan...
  • Family Day Social Work 2014
    Family day ni mula-mula planning nak buat kat PD, tapi disebabkan ada masalah sikit so kitaorang buat kat UKM je. Apa yang penting kitaora...
  • Cuti Semester
    Exam dah habis 24hb haritu. Tinggal dua paper lagi kot masa tu, terasa makin stress sebenarnya. Tengok orang lain bukan main lagi dah habi...
  • Pulau pangkor part 1
    Assalamualaikum semua. Now, aku kat rumah. hihihi. Baru 3 hari duduk kat kms dah balik sebab period pain. Nasib ayah baik sangat nak am...
  • Suntikan HPV
    Assalamualaikum semua. Adakah anda sudah mengambil suntikan HPV? Okay, soalan ni untuk kaum perempuan je. Yang lelaki boleh duduk d...

Blog Archive

  • ►  2019 (1)
    • February 2019 (1)
  • ►  2018 (11)
    • August 2018 (3)
    • July 2018 (2)
    • June 2018 (2)
    • May 2018 (2)
    • March 2018 (2)
  • ►  2017 (2)
    • August 2017 (1)
    • June 2017 (1)
  • ►  2016 (4)
    • April 2016 (1)
    • February 2016 (1)
    • January 2016 (2)
  • ►  2015 (16)
    • November 2015 (1)
    • October 2015 (2)
    • September 2015 (1)
    • August 2015 (2)
    • July 2015 (2)
    • June 2015 (1)
    • May 2015 (2)
    • April 2015 (2)
    • February 2015 (2)
    • January 2015 (1)
  • ►  2014 (28)
    • December 2014 (2)
    • November 2014 (2)
    • October 2014 (1)
    • September 2014 (1)
    • August 2014 (2)
    • July 2014 (2)
    • June 2014 (4)
    • May 2014 (3)
    • April 2014 (4)
    • March 2014 (3)
    • February 2014 (3)
    • January 2014 (1)
  • ►  2013 (37)
    • December 2013 (1)
    • November 2013 (2)
    • October 2013 (2)
    • September 2013 (2)
    • August 2013 (2)
    • July 2013 (2)
    • June 2013 (1)
    • May 2013 (3)
    • April 2013 (4)
    • March 2013 (7)
    • February 2013 (4)
    • January 2013 (7)
  • ▼  2012 (13)
    • December 2012 (2)
    • November 2012 (2)
    • October 2012 (2)
    • September 2012 (2)
    • August 2012 (2)
    • July 2012 (1)
    • March 2012 (1)
    • February 2012 (1)
  • ►  2011 (1)
    • May 2011 (1)

Pages

  • Home

Created with by ThemeXpose