Dating with girlfriend

January 30, 2013

Assalamualaikum and hyee.


Setelah seminggu duduk rumah je, akhirnya dapat jugak keluar dengan kawan. how sweet kan? Yay, finally kami berjumpa dan keluar bersama. Lebih kurang macam dating jugak sebab only two of us okay. Ajak kawan lain semua macam tak nak lah, busy lah, itu lah, ini lah. Tak kisah pun sebab memang sebelum cuti sem lagi dah plan kami berdua je. hee.



Ekin yang comelsss. Thank God ada kawan macam dia. Walaupun jauh tapi still contact each other. Now dia sambung degree jugak course human resource kat uum. Bila jumpa kemain banyak citer kitaorang dok cakap cakap sampai tak hengat dunia. Well, i'm lucky to have a friend like her.

Dah janji bila keluar wanie belanja tengok wayang dan dia belanja makan. Makang makanggg. ahaks. Kalau dah janji mestilah ditepati kan? Wanie tunaikan lah janji tu dengan belanja tengok citer Hansel and Gretel:witch hunters. Actually banyak sangat pilihan masa tu sebab ada juvana, mama and etc. Tapi hansel and Gretel tetap pilihan kami. pheww meriah gila weh. Pulak tu pilih nak tengok yang 3D, memang gempak.
Pasal movie ni memang kau orang takkan rasa membazir atau rugi kalau tengok. Seriously menarik sangat. Suka tengok Gretel dalam movie ni sebab cantik sangat. Witch dalam citer muka memang lah seram melampau. Mula mula tunjuk muka cantik je lepas tu terus tukar jadi yewwww susah ah nak explain sampai wanie pun tutup muka sikit nak tengok. haha.


Lepas tengok movie, jalan kejap lepas tu masuk MPH. Beli novel sekali beli buku latihan pmr sabrina punya. Tetiba wanie terfikir bukan ke kat mph boleh guna kad diskaun 1Malaysia tuh kan? Why not gunakan benda yang sepatutnya boleh guna. Apa guna jugak kalau dah dapat tapi tak reti nak menggunakan. ihiks. Untunglah dapat diskaun and yes takde lah keluar banyak sangat duit hoi walaupun sikit je dia diskaun.


Ekin belanja makan, McD. Lepas tu sebelum tengok movie pun dia belanja tutti frutti. awwww bukan takat belanja tapi sharing is caring lagi.



Thank you ekin for tutti frutti. Disebabkan sama sama memilih dan sama sama makan, jadi lain kan bila makan. Feeling makan sendiri dengan makan sesama tu lain. Lagi lagi dengan bestfriend (:


Lain kan bila keluar dengan kawan, sebab bila dengan kawan banyak benda yang kita akan cakap, lepas tu boleh tarik sana tarik sini. Tapi bila keluar dengan berlainan gender nih, lain pulak caranya. Maybe. haha.
Ohh ya, lupa nak mention pi mana. Wanie dengan ekin keluar alamanda je. 

Kira wanie ni tak lah macam katak bawah tempurung yang dok rumah tengok tv je. At least haku ni bersosial lah jugak kann. In fact, ambik pun social work, for sure kena keluar jumpa orang bukan dok rumah makan tido makan tido.



 makin gemuk haku ni. makan tido makan tido. homaiii T-T

Plan lepas ni nak jumpa kawan yang lain. yay. InsyaAllah. Semoga cuti ni lebih baik dari apa yang diharapkan.
Till then.

You Might Also Like

4 comments

  1. Thanks juga wanie sayangs :D After this kita keluar dengan kawan2 yang lain pulak hewhew ;)

    ReplyDelete
  2. sedap ! ok im craving for tutti frutti :(

    ReplyDelete
  3. I am truly grateful to the holder of this website
    who has shared this great paragraph at here.
    Feel free to visit my web blog ... drama

    ReplyDelete
  4. eh2 muka awak dua macam nak sama la..hehe best kan kalau dapat luangkan masa ngan kawan2..lama2 pon xpa :)

    ReplyDelete