Designed by Veethemes.com | Gooyaabi

Koleksi novel kita

Assalamualaikum.


Since wanie form 4, wanie beli novel sendiri. Wanie ingat lagi, novel pertama wanie beli masa tu kat sekolah sebab ada buat jualan. Masa tu lah berjinak jinak nak baca novel hasil dari belian sendiri.



Makin bertambah hari, makin bertambah tahun, dah jadi banyak macam ni. Sungguh tak percaya. haha. Pernah je wanie stop dari beli novel kejap masa kat matriks sebab takde masa sangat nak keluar ke apa kan, duit elaun pun tak cukup untuk makan ni kan pulak ada hati nak membazir beli novel. hihik.

Yes, wanie suka baca novel. Dalam banyak banyak jenis pembacaan wanie lebih prefer novel. In fact, orang akan kata tak guna and tak berguna baca novel bebanyak macam ni kan, wanie tak kisah.

Tu semua terpulang kat diri seseorang tu jugak. Kalau memang minat tu, orang nak cakap apa pun haku tak kisah yang penting kita memang minat kan -.-'
Sekarang ni dalam sebulan sekali tu wanie akan beli lah. Kalau dulu tu kat sekolah ada kawan yang sama sama minat baca and beli, suka tukar tukar. Aku pinjam kau punya lepas tu kau pinjam lah aku punya. heee.


Baca novel ni dah macam satu kemestian jugak kalau ada waktu terluang. Dari dulu sampai sekarang, then bila selongkar segala novel tengok tengok dah banyak. Dah nak dekat 60 buah dah. Pehhh banyak kemain sampai dah lupa cerita pasal apa. hihik.

Tamak sangat sampai lupa. Tapi kalau novel siti rosmizah, damya hanna, fauziah ashaari, lynn dayana, herna diana, aleeya aneesa, haaa memang lah ingat.

And sekarang dah jadi trend pulak drama kat tv semua adaptasi dari novel. Kekadang kalau yang tak best tu mesti wanie cakap, 'dah takde modal dah sampai nak ambik citer dari novel.' haha.
Macam ombak rindu tu, lebih feeling bila baca novel sendiri sebab tengok dalam movie wanie takde pun feeling nak nangis ke hape. But sekarang boleh laa. Macam citer adam dan hawa tu, boleh la sikit sikit. Tapi wanie lagi suka setia hujung nyawa. ihiks.


Lately ni wanie lebih suka beli novel terbitan karya seni dengan fajar pakeer. Kalau alaf tu, tengok penulis baru beli. Jadi trend jugak zaman sekarang jalan citer dalam novel pasal kahwin paksa, kahwin muda, tak suka lama lama jatuh cinta, happy ever after.

Ada benda yang wanie tak berapa nak suka lah kan, kalau koleksi novel dah makin banyak, orang pulak tahu kita memang beli novel, mula lah orang tanya tanya lepas tu nak pinjam.
Okay, wanie tak kisah pun kalau nak pinjam tapi kalau dah pinjam tapi tak reti nak jaga pun payah jugak.Haritu mintak ayah belikan rak untuk letak novel, wanie elok dah susun novel cantik cantik dalam bilik. Datang pulak makcik wanie main pakai ambik je. Masuk bilik orang sesuka hati lepas tu ambik novel. Patut ke macam tu? Bilik orang, privacy orang kan. Haihh.
Nak buat camne lagi, redha je lah. Tahu pinjam tahu pulang ok je lah kot.


Apa pun tak bolehhh. Till then.

11 comments:

  1. wow !!! byknyer koleksi !!!! boley pinjam nih ! kekekekeke

    ReplyDelete
  2. agak-agak kalau aku buat buku, ko nk beli x? hehe

    ReplyDelete
  3. sama ngn anak bunda,,,suke novel..

    ReplyDelete
  4. Byk betui. Dah boleh bukak kedai buku ni. Ee comic byk lahhhh,

    ReplyDelete
  5. huishhhhh..bny tol novel wani! leh geng ngn adik sis..dia mmg pminat setia novel melayu, sis lak layan english..haha..

    ReplyDelete
  6. Kak lya jrg beli novel, sbb asal beli je org pinjam buat harta..
    tu yg mls

    ReplyDelete
  7. wah banyaknya novel..excited terus..suka sangat baca novel atleast boleh ambik pengajaran..berangan sekali gak..hehe

    ReplyDelete
  8. Get some more books from us... English novels, childrens books..
    http://bangibookseller.blogspot.com/

    ReplyDelete