Designed by Veethemes.com | Gooyaabi

Jalan jalan untuk cuti sem.

Assalamualaikum.


Cuti raya cina plan dengan ayah nak pergi zoo. Walaupun nampak permintaan tu macam budak sekolah tadika tapi apa wanie nak kisah? Plan A cancel sebab 11hb feb ada kenduri kat pekan pahang rumah pak ngah. Plan B mula dirancang, hari ahad gerak  pergi batu pahat, singgah mersing beli keropok, lepas tu terus pergi rumah pak ngah.

Plan B diterima.


Maka bermulalah perjalanan kami yang cool. haha.

Pagi dalam pukul 9 something dah gerak pergi seremban singgah rumah ucu ambik barang ayah. Teruskan perjalanan masuk highway menuju ke Batu pahat. Haku kalau sebut batu pahat terus teringat pakcik sorang tuh sebab dia kat batu pahat. hihik.

Sampai Batu pahat dalam tengahari camtu, makan solat semua kat sana. Lalu lah jugak UTHM tuh. Tak terfikir pun sebenarnya tapi dah lalu kan memang kepala pandang sana je. Pehhh lawa kot. Jealous. Yelah, bak kata ayah, ukm tu berapa lama dah kalau nak dibandingkan dengan uthm ni. Kfine. -.-'

Ayah wanie memang suka berjalan. Suka lah jalan pergi tempat-tempat orang lepas tu tengok tengok. Mungkin wanie pun terpengaruh dengan cara ayah. Bila jalan jauh, lepas tu singgah masjid, cari tempat nak makan. Seronok. Tengok sana tengok sini. Masa kecik ayah bawak jalan wanie suka tidur dalam kereta tapi sekarang tak dah. Lebih suka tengok luar. hihik.

Lepas tu ayah wanie jenis tak suka lalu highway sangat. Bila perlu je kot. Ayah kata apa guna kalau jalan jalan setakat tengok highway yang banyak kereta. haha. Sebab ayah lebih suka lalu jalan dalam then tengok rumah orang, 'ohhh macam ni rumah kat sini.', 'Ohhh ada nama tempat macam ni.'. Sangat klasik ayah saya (:


Pergi mersing singgah beli keropok. Mak memborong macam nak menjual bila balik selangor. Ratus ringgit jugak duit melayang begitu sahaja.

Mak pulak kata, balik nanti nak bagi atok, bagi nenek, bagi kawan ayah.  Agaknya kalau boleh mak nak bagi semua orang.

Baiknya hati mak :D


Perjalanan diteruskan menuju ke Pekan, Pahang. Selamat sampai rumah pak ngah dalam 8 malam camtu. Tidur sana.

Hari isnin tu kenduri sempena pindah rumah baru and akikah eisya, anak pak ngah.
Memang seronok kat sana sebab dapat jumpa akak sepupu yang comelss. ihiks. Kak Myra umur atas wanie je and now dia study kat politeknik. Tak lama lagi nak habis belajar dah. Dia kata practical pun ok je. Proud with her. Umur dah sama masuk puluhan so banyak cerita pasal relationship and future. kehkeh.
Tambah lagi dengan akak sepupu sorang, Kak Dyra. Memang bertambah meriah ler. Sorang 22, 21 and 20. Tu diaaa, sampai heboh sape kahwin dulu nanti.


Wanie dengan akak sepupu bila nak balik memang sibuk nak bergambar. Gambar pinjam dari Kak dyra. Terima kasih akak :D

Dari kiri, kak myra, kak dyra and wanie.


Nak sampai pahang setahun sekali and nak jumpa Kak Myra pun setahun sekali sebab dia jauh kat Kedah. Sampaikan dia suruh stay kat pekan dulu tapi wanie tak nak. haha. Tak bawak baju hoi. Lain kali lah kot.

Bye pahang.


Oh ye lagi satu yang wanie suka tentang ayah bila jalan jalan, ayah akan singgah tempat tu tempat ni. Ada certain orang tak suka kan. Kalau aim dia nak pergi pahang, takde dah benti ke nak makan or minum dulu. Kalau nampak tempat macam best pun tak nak singgah. -.-'
Ayah lain sangat. Berbeza dari orang lain mungkin.

Sorry sebab tak dapat nak tunjuk gambar masa kat batu pahat, kat mersing and pahang. Memory card kena format. T-T

Till then.

3 comments:

  1. bestnya jalan2..hehe abah kita pulak susah nak jalan jauh2 dekat2 ja cepat..dah lama tak pegi zoo pulak...hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha. takpe nanti blh jalan sendiri. :D

      Delete
  2. jauh perjalanan ko..weyh dah bnyk beli keropok tu..pas sikit kn rumah aku..hehe

    ReplyDelete