Designed by Veethemes.com | Gooyaabi

Hobi baru

Assalamualaikum.



Sesungguhnya memasak itu sesuatu yang sangat menyeronokkan. awwww.


Hobi baru masa cuti selain tengok tv, layan citer korea, baca novel semua tu kan wanie dah mula suka main masak masak. Kalau dulu masa budak berhingusan mak ayah belikan mainan masak masak lepas tu main mak mak lepas tu main kahwin kahwin, sekarang realitinya wanie sedang belajar memasak. hihik. Alhamdulillah.

Tersedar dari mimpi nak kahwin dengan anak raja lepas tu ada orang gaji kat rumah boleh masakkan untuk wanie dengan family. Okay tu berangan lebih je.


Bak kata mak wanie, kalau orang gaji tolong masak buat kerja rumah tu semua, kau nak buat apa? goyang kaki? nak orang gaji jadi madu ke?
Insaf dah. T-T
Betul lah mak cakap, everything yang mak nasihat tu untuk kebaikan anak anak beliau. Sayang mak.


Haritu dah lulus masak sup ayam, harini wanie buat spaghetti. Haaa sejak bila tekak jadi italian pun tak tahu padahal hari hari makan nasi je. Sungguh haku tak sedar diri kan. Tapi saja nak try (:
Apa salahnya buat lain dari yang lain. Hellooo, tak salah pun nak cuba kan.


Google dan google dapatlah resipi nak buat spaghetti. Yay.

Finally wanie berjaya buat spaghetti. Ye walaupun orang lain tahu nak buat tapi tetap nak kata wanie hebat. Walaupun  nanti bakal suamiku kata beliau tak sukakan spaghetti, akan haku paksa dia telan jugak. Walaupun biasa biasa je tapi bila kita buat dengan kasih sayang memang menjadi tau. haha.
Ayah, adik adik, sepupu semua kata sedap. Alhamdulillah. Happy happy.



Moral support dari family sangat lah membantu. Family jugak yang jadi tukang komen kritik dan komplen. Manisnya keluarga bahagia. Thank you so much mak ayah. Tak lupa jugak buat orang tersayang. awwww lagi lah sweet walaupun jauh -.-'

Lepas ni cuba resipi lain pulak. Pehhh suka benau haku main masak masak. Ayah pesan belajar buat mee kari. Yes ayah punya favourite lerr. Till then :D

8 comments:

  1. wewittt..wah da bleh wat spaghetti! tahniah wani!! pasni bertambah tere la wani masak ni..lulus la nk masak kt mak mtua ye dak? :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha. alhamdulillah :) kak IM lg pandai dari wani lahh. mak mertua? aminnn. mtk mntk camtu lah. hihik

      Delete
  2. Jealousnya tengok org pandai masak. hemhem.

    ReplyDelete
    Replies
    1. nurul pn blh blaja lahhh. akak bru blaja pun.

      Delete
  3. peh..bak bg aku rasa lak...tp spaggeti mmg aku kurg mint

    ReplyDelete
    Replies
    1. pehhh jauh nau sarawak tu ckgu faiq nak hntr. tggu blk sini lerr.

      Delete
  4. hai...salam pkenalan...wah ok la pmulaan msk pnd masak spagheti...:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hai salam kenal jugak :)) ahaks. sikit je tuh.

      Delete