Designed by Veethemes.com | Gooyaabi

BEST FRIENDSSS

Assalamualaikum



Cerita pasal BCI dengan FESKAB dah nak muntah hitam. Jadi wanie tak nak bukak cerita pasal program tuh. Maaf. Cerita dah basi boleh simpan jauh jauh. Tapi apakan daya, tiap kali nak bukak cerita je mesti kena sebut pasal dua program ni. T-T


Masa program berlangsung, kawan sekolah datang saja nak melawat. Motif? Lebih kepada datang nak ambik video running man. Sanggup korang datang jejauh nak ambik benda tu semata. Tapi takpe.

Sambil menyelam minum air.
Sambil ambik video running man tu, boleh tengok tengok UKM.
kan?


Ain, Afika dan kecik.

  

 
First time lah kawan datang saja saja nak tengok wanie lepas tu borak pendek. Sebelum ni yang datang hanya muka Farhan. -.-' Sampaikan dia pun bosan dah agaknya. haha.

Well, budak bertiga ni sama sama baru lepas STPM. So bagi lah dorang nasihat, kata kata semangat untuk sambung belajar masa ni. Asyik promote UKM. Ahhh lantak lah kan. Ikut suka hati wanie. Motif?
At least wanie jumpa kawan sekolah lama kat sini. Ada lah kawan bila jumpa lepas tu makan sama sama lepas tu borak borak ingat pasal zaman jahiliah kat sekolah. Best wehhh. Tu lah angan angan yang asyik tak menjadi. 

Keputusan dah keluar and semuanya okay. Tahniah untuk awak bertiga. Lepas ni sambung belajar peringkat lebih tinggi. Wanie selalu doakan yang terbaik :)


Afika selalu cakap,
'Nak belajar sampai degree macam kau.'

InsyaAllah afika. 
Doa banyak banyak.
Allah tahu apa yang terbaik, jangan cepat putus asa okay.

 Mungkin takde tempat lain masa ni melainkan tempat ni je. haha.


Kawan baik sejak sekolah, kekal sampai harini walaupun masing masing dengan hal sendiri.
Terima kasih.
Adiosss.

pssttt : mereka antara best buddy, and ada lagi yang lain lain. (:

2 comments:

  1. Mohon mereka2 nie memohon UUM juga ye. Kbye. xD

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha. nak jugak kan? ade je rasanya. jgn risau ye kin :p

      Delete