Kuliah Umum Bersama Jutawan Internet

by - March 28, 2013

Assalamualaikum semua.

Wanie dan student first year yang lain WAJIB ambik subjek kursus keusahawanan dan inovasi. Ianya adalah kursus di bawah CESMED. Kengkadang rasa macam UKM kejam sangat sebab suka bagi student tension.
Grrrrrr.

Eh tapi bagi pelajar Fakulti Ekonomi dan Pengurusan for sure ianya adalah sangat membantu mereka. Happy for them and poor us.

Tak dinafikan, ramai mengeluh kerana dalam pada masa yang sama terpaksa dan dipaksa. Semua kerana jam kredit dan kursus WAJIB universiti, jadi tidak mengapa.


Tapi yang best pasal kursus ni, dia jemput jutawan datang UKM lepas tu bagi kuliah.

Macam haritu, dorang jemput usahawan usahawan wanita dari luar negara termasuk lah isteri perdana menteri. And baru baru ni, dorang jemput Datuk Irfan Khairi pulak bagi kuliah umum kat kami semua. Awesome!

 Sebelum masuk kena daftar. ni semua coursemate wani and they are my sisters. wanie paling muda.

Soo excited nampak muka IK. -.-' Baru nampak muka dah teruja habis. motif?

 IK sedang menjawab soalan soalan dari student.

  

 
Mula mula IK masuk, pehhhhh teruja habis wanie cakap. Memang lah kalau nama pun perempuan lepas tu dapat tengok lelaki kacak pulak tu muka ala ala baby face, mula nak mengada ngada. kan?
Seriously, masing masing sibuk nak jadi bini nombor 2, 3, dan 4 Irfan Khairi. haha. Dah lah kaya, bijak berniaga, wah wah cukup segalanya kann.

Banyak tips yang IK bagi kat kitaorang yang masih mentah nak uruskan dunia perniagaan. Masa dia bagi kuliah dia siap suruh kitaorang take note apa yang dia nak dan akan cakap. Dah macam lecturer betul dah ni. ihiks.

Apa antara yang dia cakap :
1. Buat berdasarkan apa yang kita suka dan minat.
2. Jangan fikirkan pulangan bila buat sesuatu.
3. Buat sesuatu tu biar lah kita tahu dan kenal apa benda tu sebenarnya.


Sangat bangga dengan dia sebab dia dah start minat dalam bisnes sejak sekolah lagi. Orang kalau dah minat sanggup buat apa je kan so why not kita mencuba. Tapi wanie takde minat dalam dunia bisnes ni. Wanie hanya boleh jadi customer yang tahu membeli dan komplen bila tak puas hati. muahahaha.
IK bagi kuliah berdasarkan soalan yang student tulis kat kertas and then dia baca, jawab. The way dia bagi kuliah tak lah membosankan sangat sebab memang menarik pun bagi orang yang nak cepat kaya macam dia. Jutawan pulak tuuu. 


Kes soalan famous, ramai nak tahu berapa banyak duit dia dapat dalam sebulan. 

IK tak nak bagitahu berapa dia dapat sekarang tapi dia jawab berapa banyak dia dapat masa umur dia macam kitaorang ( 20 or 21 macam tu). 
Tahu dak berapa banyak duit dia dapat? RM 80,000 macam tu.
Dah bila dengar semua bising bising sebab terkejut dia dapat duit banyak macam tu masa muda. Gila tak gila. Percaya tak percaya. Itu lah kenyataannya. (lompat lompat suka)


Berminat jadi jutawan macam Irfan Khairi? Mula lah dari sekarang. 


Pesanan IK :
 Gagal bisnes pertama, buat bisnes kedua, gagal bisnes kedua, buat bisnes ketiga, dan begitulah seterusnya sampai sembilan kali. Lepas sembilan kali gagal, baru cari kerja lain selain bisnes (:


Till then. Adiosss.

You May Also Like

4 comments

  1. wah wah wah .. gdluck in ur study k :)

    ReplyDelete
  2. kebetulan! Mira tengah baca buku dia, Nota Jutawan, Nota Kewangan..hehe..teringin lak nak jumpa dia..such an inspiration :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. wani blm baca lagi. and i will read his book later. thank you bg tajuk :) ade rezeki blh jumpa dia miraa. insyaAllah.

      Delete