Family Day | Bagan Lalang Beach

by - March 31, 2013

Assalamualaikum.


Kebetulan banyak sangat aktiviti this week. Pergi sana pergi sini sampai tak tahu mana nak update dulu.
Grrrrr, busy memanjang lepas tu kuiz statistik pun ni hilang entah ke mana. Revision buat last minute =.='

Abang dengan akak senior anjurkan family day untuk course kitaorang. Dari first year sampai lah third year student yang join. Family Day ni khas untuk student social work. Maybe.


Dari kami first year student semester 2 (tiru cara sora cakap), ada 13 orang yang join sebab yang lain sibuk dan ada hal yang lebih penting. Tapi takpe, kitaorang yang pergi ni memang rajin and suka benda benda camni. So it's okay and enjoy !

Tarikh   : 30 Mac 2013
Tempat : Pantai Bagan Lalang, Sepang

Masa tengah tunggu naik bas sebelum pergi

 Tetiba nak kata konon konon sampai turun bas je suasana kat Bagan Lalang cenggini. Macam sejuk gitu. Padahal? haha.

Sampai je tempat untuk buat aktiviti, akak abang senior yang busy aturkan apa yang patut. 

Actually, bukan kitaorang tak nak tolong buat pape tapi tak tahu apa kena buat. So kitaorang hanya duduk tepi dan tengok. Agak kejam di situ tapi tidak mengapa. Sebagai abang dan kakak, mereka lah yang kena buat kerja. Wanie fikir macam tu. haha. Padahal malas nak tolong. -.-' Maaf.

Lepas dah kemas and atur apa yang patut tu, aktiviti pun bermula. Kalau nama pun Family Day for sure lah tak lari dari game kan. Memang, memang banyak game yang kitaorang main sampai satu tahap rasa malas pun ada. haha. Duduk dan tengok jugak kami suka. LOL.



Thank you kat Hidayah yang tolong ajar macam mana nak tipu belon. Serius wanie fail bila bab bab nak meniup ni. T-T Nasib lah dia tolong ajar. 'Tarik nafas dari perut lepas tu tiup belon.'
Memang menjadi and benda sama jugak dia ajar kat soraya. Jadi okay !

Game dah nak mula. Yay !

Bagi sokongan kat group sendiri masa ni. 

Game memang part paling best lah pada mulanya. Dah bagi bagi group and lepas tu buat sesi taaruf dalam group kejap. Lepas tu baru game start. Main belon lah, gelecek bola lah, paling tak suka cari gula gula dalam tepung. Serius habis semua muka baju kena tepung. Tak suka game macam ni. Sedih gilaaa. Tapi kena layankan jugak sebab semua orang mesti join. Ok redha.

Dah habis part game yang macam seronok tu, penat penat mandi peluh lah konon konon semua kan. For sure lepas main nak makan. Lapar.



Okay lepas dah kenyang makan nasi goreng dengan ayam bbq tu, aktiviti bebas. Suka hati kau lah nak buat apa pun, nak mandi pantai ke, nak main kejar kejar ke, nak solat dulu ke, nak makan lagi ke, semua terpulang sebab memang bebas sangat.


Macam kitaorang, yang boleh solat pergi cari surau then solat dulu. Lepas tu baru mula aktiviti bebas. Dahulukan yang wajib okayy. :)


Then baru lah buat aktiviti bebas semua. Macam wanie dan beberapa orang pergi tepi pantai lepas tu ambik gambar. Motif? Perempuan tak lari dari suka bergambar. Itu fakta ye. 
Yang ikut kitaorang pun berapa orang je sebab yang lain tak habis urusan lagi, ada yang pergi minum lagi. 









Haaaa, ni kalau nak citer pasal gambar memang ada banyak sangat. Terlampau sampai rasa semua nak tunjuk. Tapi apakan daya, malas nak tunggu upload lama lama. Wanie bukanlah seorang yang penyabar untuk pengetahuan semua. heee. 


Masa dihabiskan dengan aktiviti bebas, ambik gambar berjuta juta kali. Sungguh tak tipu. Duduk tunggu waktu balik pun sibuk ambik gambar lagi. Why? Ini semua sebab tak tahu apa lagi nak buat. Errr, takut salah cakap so anggap je kitaorang takde hala tuju dan asyik cakap nak balik. Takpe, kita sabar je lah walaupun dalam hati memberontak kata nak balik setiap masa. huahua.

Well, family day ni walaupun kurang aktiviti tapi bagi kitaorang adik adik first year kata takpe. Sebab masa tu lah dapat spend time lepas tu gelak lepas tu ambik gambar lagi lepas tu jalan sama sama. Everything. Seronok sangat. Terima kasih di atas anjuran program ni.


Happy sangat sampai tak tahu nak describe macam mana.
You know, apa lagi bila kawan kawan tu sekepala kann.





Dalam pukul 5 camtu kitaorang dah gerak naik bas balik UKM. Masuk bas semua pakat tidur sebab letih. Walaupun takde aktiviti mandi pantai kann. haha. 

Sekian saja berita hari keluarga dari saya, Shazwani Ramly. Terima kasih di atas kerjasama semua yang terlibat walaupun naik bas duduk belakang rasa macam naik roller coaster. Grrrrr. LOL.
Till then, adiosss.

You May Also Like

2 comments