Kekangan atau dugaan?

April 22, 2013

Assalamualaikum and hi.


Kekalutan melanda sempena pilihanraya umum ke-13. Semua wakil rakyat adun dan yang berkenaan sedang sibuk untuk memenangi kerusi di parlimen pada 5 Mei 2013 nanti. Tak lupa juga para anak muda dan bapak budak tengah sibuk untuk menaikkan dan mencacakkan bendera pilihan mereka sendiri tak kira kat rumah mahu pun bawah jambatan. kehkeh.


Kita hanya merancang dan Allah yang membuat semua keputusan. Bersungguh mana pun kita, jika Allah kata 'TIDAK', bermaksud TIDAK.

Sebab PRU ni lah banyak masalah dah timbul. Ngeeee.

Plan untuk Program kat Kuala Pilah terpaksa ditunda selepas pilihanraya. It was like, hmmmm. Okay lah. Kalau ikut plan mula-mula nak tunda pergi ke 28hb April nanti tapi semua orang busy sangat nak pi mengundi dan ber'manifesto' jadi terpaksa tunda 11hb Mei pulak. Semester 2 ni memang agak pack sikit so memang sangat terasa bila program ni kena tunda bawak ke hari lain. Imagine, kita dah penat plan semuanya tapi sebab satu benda je kita terpaksa postpone. Pulak tu Annual Dinner kolej sehari selepas program. Ngeee. I was like, ohh takpe lah redha pasrah semua ada. Dua-dua penting sebab ada habuan di situ. K takpe sebab hal negara yang semakin berleluasa.


Banyak masalah bangkit sebab hal negara ni. Kakak sepupu wanie pun terpkasa postpone hari nikah. Ngeee. Kesian dia. Dah buat segala persiapan semua, kitaorang sepupu sepapat pun dah siap tempah baju and plan everything, tapi kisahnya kena tunda jugakk. -.-
Mungkin jugak sebab tarikh 5hb Mei tu cantik sangat nak ingat. Semua berebut nak tarikh tu.Rasanya bukan akak sepupu wanie sorang je nak nikah kahwin masa tarikh tu, mesti orang lain pun ada kann. Takpe sabar ehh. Dugaan sebelum kahwin memang banyak, nanti dah kahwin rasa lega happy ever after. K bajet le haku dah kahwin. ihiks.

For me, as long as kita kuat nak hadapi ujian dugaan semua, kita akan dapat yang baik kelak.


And Farhan dah mula tegur wanie pasal aktiviti yang wanie sibuk sangat. Bila orang tegur baru kita sedar kan? Same goes to me.

Asyik meeting itu meeting ini sampaikan kadang-kadang rasa stress. Ni assignment beratur tak reti nak buat. Kenapa wanie? Kenapa? Tekanan akan buat wanie tak fikir apa-apa. Bila sampai satu tahap wanie memang tertekan, semua kerja wanie biarkan.

For you my assignments,
I know i'm wrong. Please forgive me. Promise you i will and must take care of you.

Pheww.

Till then adiosss :)


You Might Also Like

2 comments

  1. aku teringin nk balik mengundi la

    ReplyDelete
  2. Salam sister..jemputlah berkunjung ke blog Hijab Valley utk melihat shawl dan tudung dari HV collection. Promosi sempena pembukaan blog ini sedang diadakan sehingga 30 mei 2013. Stok terhad. Jangan lupa follow ye..

    Terima kasih.
    ~Hijab valley

    ReplyDelete