SERI MENANTI KUALA PILAH

by - April 15, 2013

Assalamualaikum semua.


Program Hari Bersama Komuniti tak lama je lagi. Sedia maklum lah tu program yang kitaorang akan buat and organize sendiri. hihik. Hasilnya? Tunggu lah sampai tiba waktu kejadian. Tarikh tak sure lagi sebab sekarang orang dok sibuk dengan PRU tuh. -.-

Pemegang jawatan tertinggi seramai 6 orang pergi melawat tempat program kat Kampung Pulau, Seri Menanti Kuala Pilah sebelum cuti midsem haritu.

Bukan nak kata apa lah kan, tapi seriously tak tipu Seri Menanti is one of nice places.


Meeting bermula. Tengok le kitaorang meeting kat dalam kedai runcit je, sempoi habis Pn Normawati nih.

Sampai je kat kampung yang nak buat program tu kan, macam tak sangka lah yang jalan kat situ kecik je. Dah macam boleh buat jalan one way je tau, sampaikan kitaorang terfikir macam mana lah bas nak masuk ni? Takkan le kena jalan jejauh masuk kampung ni. Motipnya nak suruh kitaorang exercise ke apa? haha. Tu semua otak kitaorang yang fikir bukan bukan padahal tempat program tu tak lah jauh mana dengan jalan yang bas boleh masuk.

Okay tak sangka Pn Normawati ketua kampung kat Kg Pulau tuh. Hebat haku cakap. Pulak tu dia bekas lecturer kat uitm.

 Salah satu tempat melawat dan dicadangkan untuk pergi masa program berlangsung.

Ada sebuah keluarga sedang jalankan research kat sini and ada yang tinggal kat sini. Hebat bukan?

sedang sibuk membincangkan sesuatu.

Actually kitaorang memang teruja habis bila Ketua Kampung kata buat program kat rumah dia. weeeee. Suka weh sebab rumah dia cantik sangat. Kawasan yang lapang. WOW! Dalam hati kata, 'nak jugak rumah cantik macam ni'. hehek. 

takpe kita ambik gambar dekat pintu je. orang dulu dulu kata anak dara tak elok dok kat tangga nanti takde orang masuk minang. eh?

Teruja habis dengan rumah cantik unik macam ni sampai kitaorang mintak nak masuk and tengok dalam rumah pulak. Apa lagi bila dapat permision memasing nak buat macam rumah sendiri kan. 

Lepas dah habis tengok tempat nak buat program tu, salam salam dengan orang kat sana lepas tu balik. On the way nak balik tu sempat lagi nak masuk istana lama Seri Menanti. K teruja jugak sebab tak pernah masuk situ. Not bad. Tempat makan raja, tempat beradu and etc. Ada sorang kawan wanie, belum jalan semua tempat dalam istana tu dah nak turun dah. Takpe wanie paham sebab tempat orang kan, kita akan ada rasa pelik pelik sikit.





Dalam istana lama dilarang bergambar jadi kita ambik gambar kat luar istana je lah. Lepas dah memasing puas ambik gambar, tengok dalam istana semua, kitaorang balik. Penat tu penat jugak even sebenarnya tak lah jauh mana pun. Masuk kereta je semua buat muka mintak penampar makan. kehkeh.

Before sampai ukm, kitaorang pergi makang makang dulu. Lapar. Perut berbunyi bunyi mintak isi. 



Gendang gendut tali kecapi, kenyang perut jom lah kita balik ukm bangi. 
Till then adioss.

You May Also Like

0 comments