1 Hati 1 Jiwa di Kuala Pilah

by - May 20, 2013

Assalamualaikum and hi.

Entry paling lambat nak tekan publish dan paling basi. tssk T-T


Alhamdulillah program yang dirancang telah pun berlangsung dengan jayanya :)

Banyak benda yang kitaorang terpaksa hadapi and diberi dugaan ujian yang agak tinggi tahapnya. tssk T-T still rasa seronok tu ada walaupun ada banyak masalah. Kecoh kelam kabut dan banyak lagi. Tapi takpe sebab ni lah first time kitaorang handle and organize program. Make it easy and chill.



Pagi-pagi bangun awal berkumpul dan naik bas. Kecoh jugak pagi tu sebab ada yang datang lambat. ngeee. Biar lambat asal selamat ye dak? heee. Excited jugak lah nak pergi Kuala Pilah. Program pertama yang kitaorang handle hokayyy. *ulang banyak kali. Excited sangat-sangat.

Bergerak awal pagi and perjalanan ambik masa 1 jam lebih sikit je nak sampai. Before, wanie dengan kawan pun pernah datang melawat tempat so takde masalah lah nak agak berapa jam sampai. Sampai sampai sana je dah ada orang kampung yang datang and tunggu kitaorang. Terasa macam VVIP gituu -.- kononnya lah.

Geng masak+jamuan

Sebelum pergi kena pastikan semua dah sedia tahu apa nak buat and kerja masing-masing. Mesti ! Kalau tak nanti ketua pengarah mengamuk. haha. Ok kidding. Memasing memang dah tahu apa kena buat and tak patut buat. So kerja akan jadi mudah. Yay.

Wanie sebagai pengarah dokumentasi. Pengarah lah sangat kannn. Dokumentasi sangat kannn. muahaha. Kerja wanie nampak macam mudah senang dan seronok. Padahal? Banyak kerja jugak kena buat. Before hari program kena fikir pasal banner/bunting, kena buat tag untuk setiap ajk, kena ambik gambar setiap kali meeting. K nak cakap yang wanie tak pernah ponteng meeting mungkin. :) dan banyak lagi. Sama jugak bila tiba hari program ni, kerja wanie ambik gambar. Lari sana sini sebab orang dok panggil wanie. ngee. Kejap pi tempat masak-masak. Kejap lari pi tempat budak-budak main dan join aktiviti.




Rajin budak-budak ni rupanya. Ringan tulang sangat. Semua bergotong-royong nak siapkan masakan, basuh pinggan cawan, siang ikan keli, basuh ayam. Masa ni jugak lah bakat memasing terserlah, siap boleh pilih untuk jadikan bakal suami/isteri. hahaha. Gatal wanie gatal. Walaupun wanie agak busy ambik gambar and lari sana sini, ada lah jugak wanie tolong kat bahagian masak-masak tu sebab dorang macam tak cukup tangan nak buat semua benda.


Dalam pada buat kerja tolong menolong ni kan, masa ni jugak le wanie belajar dan dapat tahu macam mana orang kelantan dengan pahang potong buah tembikai. heeee. Orang selangor potong buah tembikai tak payah buang kulit kan? Tapi orang kelantan pahang dorang buang kulit dulu baru potong. Mula-mula wanie dengan kawan sorang ni macam pelik lah sebab kitaorang berdua je anak selangor. tssk T-T malu wanie malu sebab baru tahu ada orang potong camtu. Sedih betul.

Orang kuat program. Dr Khadijah, lecturer kitaorang untuk subjek perubahan sosial. Dr seorang yang sangat sporting, baik sangat, and suka share cerita kat class. :D Thank you Dr.

 Sesi beramah mesra dengan penduduk kampung

Kitaorang panggil wan. Sangat mesra dengan semua orang. Kuat pulak bercerita itu ini. Sayang wan lebih.



Seronok sangat aktiviti kat sana. Walaupun ada masalah yang timbul, program tetap berjalan dengan baik. Lagi-lagi program kitaorang ni nak dekat pilihanraya umum, dugaan tu takkan dapat kita elakkan. Overall, memang best. Lepas ni boleh organize program lain pulak. hihi.


Muka gembira dan wanie suka jadi paling over -.-

 



Banyak benda yag kita belajar bila buat sesuatu. Same thing goes to me. Alhamdulillah. Tak kisah betapa susahnya kerja tu, selagi kita bekerjasama dan saling membantu mesti akan jadi mudah. Tak tipu k. heee. Macam-macam aktiviti kitaorang buat dalam masa satu hari. Memasak, bergotong royong, main aktiviti yang ajk program buat. Seronok. Mana lagi nak dapat kalau bukan masa ni kan.

Bila dah buat field work, masa ni jugak kita tahu betapa ruginya tak join mana-mana aktiviti kat u. *lebih kepada kutuk diri sendiri.

Orang kampung kat sana pun sangat baik, sangat ramah dan sangat mementingkan tetamu. eceh. Puji lebih-lebih sebab sebelum balik dapat kuih wajik dari orang kampung sebenarnya. kehkeh. >.<
Pulak tu before balik petang tu, kitaorang dibawa melawat sekitar kampung. Jalan kaki ramai-ramai sambil borak dalam kampung. Kau hado? heheh. Motif sangat nak riak semua wanie hoi. Masalahnya wanie sendiri duduk kampung tapi tak rupa kampung. Acane tu? -.- Mana nak rasa suasana betul-betul kampung kalau bukan kat Kuala Pilah tu. LOL.



Jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat. Tanpa anda semua, tanpa kerjasama yang diberikan, program takkan berjalan seperti yang dirancang. :) Terima kasih sekali lagi.

Till then adiosss.

You May Also Like

6 comments

  1. wah wahhhh..best btol! meriah sungguh nampaknya..wuuu akak rindu aktiviti2 cmni time zaman blaja dulu. Penat pun penat lah wani, semua ni akan jadi priceless ble da abes blaja nanti..enjoy ze moments okeyh :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. meriah lah kak. heeee. yup. takkan lepaskan peluang buat program mcm ni lg. thank you.

      Delete
  2. bgus korg sumer ni..rajin buat social work

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha. dah nama pn ambk social work cikgu faiq :D

      Delete