Shazwani Ramly. Powered by Blogger.

Shazwani Ramly

Assalamualaikum dan hai semua. 


Hampir sebulan hilang macam tu je tanpa sengaja. Mungkin kerana kesibukan menjadi seorang pelajar. -.- Ye wani harus sedar banyak benda dalam hidup ni yang perlu dilakukan. Ahhh skema ayat tu, sangat!


Haritu masa memula masuk sem baru, dah banyak meeting yang kena attended. Penat lah jugak sebab dah jadi ahkak senior kannn. hiks. Penat jugak beranikan diri balik kolej dari fak sorang-sorang jalan malam. Tu kira paling berani lah tu sebab sorang-sorang je tau. Nasib baik iman wani ni masih kuat, yelahhh kat UKM ni macam-macam dan pelbagai bentuk jenayah ada. ehh tercakap pulak. haha.

Banyak aktiviti wani join, pegang jawatan itu ini, ohhh bukan wani ni gila kuasa tapi orang dah pilih nak buat macam mana. Kita pun terima dengan hati terbuka. ihihi *gelak sopan*.
You know what, pegang satu jawatan yang bukan lah tinggi mana tapi kerja melambak-lambak macam pegang jawatan presiden pulak. T-T k takpe kita buat kerja kena ikhlas tahu tak.



Haritu kitaorang kena handle untuk hari interaksi bersama pelajar tahun satu anjuran kelab Pemadam. Penat. Serious. Macam mana tak penat, lagi seminggu nak buat program seminggu tu jugak baru fikir baru plan apa nak buat semua. Wani paling kabut lah sebab pegang jawatan ketua program. Takde pengalaman, sakit kepala toksah cerita lah kan. sobsob


Lepas tu meeting lah paling banyak kena pergi. Join OPKIM kat Johor lagi, join program kolej lain lagi, sekarang pulak tengah busy meniaga. Ada tak ciri ciri businesswoman? haha.
Sekarang tengah ada pesta konvo kat UKM, so PEMADAM pun join berniaga so wani kena lah on duty. Wuuuu rajin kan? *tumbuk pipi*.

Takpe, mana nak dapat pengalaman macam tu kan. Well ada jugak orang yang tak berapa reti nak melibatkan diri dengan program camni so memang rugi. Masa jadi student ni lah kita kena belajar selok belok, cari experience banyak-banyak. Oho semakin pandai wani ye. D: Tu belum cakap pasal fieldwork lagi, assignment lagi, kuiz lagiiii. Oh noooo!


In real life, baru lah sedar bukan senang hidup ni.
Rasa sendiri betapa sukarnya nak menjadi dewasa kini.

Okay harap cukup sekadar ini saja. haha.
Till then adioss =)
Share
Tweet
Pin
Share
2 comments
Assalamualaikum semua.


Rasa macam dah berminggu jugak lah tak menaip. -.- Tahap kemalasan tu memang tak dapat nak bendung, lagi-lagi bila dah mula sem baru and tahun pengajian yang baru. Ahkak senior dah sekarang ni kan. hiks


Ceritanya camni, sebab wani memang jakun sangat dapat pergi jauh buat fieldwork. haha jakun sangattt. Kebetulan kelas hubungan etnik lecturer mintak buat kajian luar dari UKM ni. Makanya wani pun jadi excited sangat dan sangat. Iye lah, orang macam wani yang belajar jejauh tak dapat so dapat buat fieldwork kat luar dari selangor pun kira terlebih baik dah tu. Ingat, peluang tu datang bukan dua tiga kali, tapi hanya sekali. :D

Benda ni buat dalam group, jadi tak susah lah nak fikir sangat nak buat kajian apa dan kat mana. Well, dalam group wani tu pun wani sorang je dari selangor. -.- terasa diri ni kecik sangat. *lap air mata


Mula-mula plan nak pergi Kuala Lipis. wuuuuu tempat dato' siti kau tahuuuu. Ni buat wani gila tak sabar melompat-lompat dalam kelas. kekeke. Lepas dah berapa hari discuss tu tetiba plan pergi Kuala Lipis tak jadi sebab nak jimat kos, tukar pulak pergi Bentong. As long as keluar dari selangor negeri tumpah darahku, wani setuju jee. :p Nampak dah keterujaan kan? Lagipun akak sorang ni memang duduk sana dan berkawan dengan orang asli. Ohhh lupa nak cakap, kitaorang buat kajian tentang permodenan sekarang ni pengaruh masyarakat orang asli. So kerja tak susah mana pun sebab akak sorang ni boleh masuk kampung orang asli.


Pengalaman pergi ke negeri orang dan tempat orang tanpa jagaan mak ayah. Kiranya ni kali pertama naik bas pergi jalan jauh. *cough* Seriously bila umur menginjak 20 baru merasa macam mana naik bas, bayar tiket bas sendiri dan jalan jauh. Experience yang takkan lupa okayyy.


 
masa ni kitaorang baru sampai stesen bas Bentong sambil tunggu orang datang ambik.
 

ehh korang nampak tak apa wani nampak? tuuu atas bukit sana tu ade Genting. wuuu nasib baik kaki tak panjang nak gi sana. kahkah

Sebelum pergi rumah kak zue, singgah pasaraya kejap beli ayam ikan dia nak masak. so masa ni lah dapat tengok genting dengan cameron highlands dari jauh. Walaupun jauh, kira nampak jugak lah. Kagum 10 saat tau.

 
 Kami kat luar setia menunggu. hahaha

Lepas dah singgah pasaraya tu, baru gerak pergi rumah kak zue. Kawasan rumah kak zue kawasan Felda jadi memang ambik masa lama nak masuk sana. Adalah dekat setengah jam jugak. Okay yang ni pun kira first time ever masuk felda. That's why wani suka pergi tempat orang, masa tu wani baru tahu macam mana cara hidup orang lain kann. Wani teringin nak travel, like seriously memang nak sangat. Lepas kahwin nanti wani heret laki wani sekali travel and no excuse. Korea dan jepun dalam wish list k encik bakal suami. muahaha.

Sampai rumah kak zue, bungkus buah tangan sikit nak bagi kat Tok Batin nanti. Gigih masing-masing sebab tak sabar nak masuk kawasan kampung orang asli. Makan bihun sikit lepas tu terus gerak pergi kampung orang asli. Kitaorang sebenarnya nak kejar masa balik sebab bas akhir dari Bentong pergi KL pukul 5.15. Sampai rumah kak zue dah pukul 12.30 camtuu makanya kena cecepat sikit lah.

Nak masuk kawasan orang asli ni pun kena masuk dalam sikit. Jiwa kena kental nak tunggu sampai, sebab wani dah siap nak terlentok dalam kereta. Haishhh memang iols ni kuat tidur agaknyaaa -.-

 

 

yang berdiri tengah lelaki tu, jkkk kampung. Tok Batin takde sebab meeting jadi beliau lah yang ganti.


Ni anak-anak orang asli. Masa nak datang dekat dorang ni, dorang lari. Mungkin tak biasa kot ada orang datang. Nasib baik ada sorang budak ni okay sangat tengah duduk atas pokok senyum-senyum je. Siap masa nak ambik gambar tahu nak senyum buat peace. Comelnyaaaa. Anak orang asli kat sini semuanya takde yang tak pergi sekolah tau. Tengok lah, sekarang negara dah makin maju jadi takde siapa pun yang tertinggal untuk sekolah siap ada dah dua tiga orang yang masuk universiti. Jangan pandang rendah dengan masyarakat ni k.



Kalau nak diikutkan banyak lagi gambar nak share sebenarnya, tapi tak mampu nak tunggu lama-lama upload. heee. Well, masyarakat orang asli kat sini memang dah moden pun. Ada astro ada kereta ada motor dan kat kampung pun ada wifi tau. Lengkap! Kalau dengar cerita dari jkkk kampung dengan anak beliau tu memang lagi seronok sebenarnya. Kitaorang pun dapat dah apa yang kitaorang nakkan. Datang tengok dan bertanya. Mereka ada budaya mereka, kita ada budaya kita. Cuma masyarakat orang asli ni mereka ada benda yang mereka nakkan dari dulu lagi, hak mereka sendiri. 

Bak kata jkkk tu, 57 tahun dah merdeka tapi hak mereka, mereka belum dapat sampai harini. Harapnya ada orang yang ambik berat lah. 


 Dah habis kerja kitaorang, balik lah rumah kak zue nak makan tengahari. Makan tengahari kitaorang pukul 3 lebih camtu, tengahari sangat kan? ahak. Plan awal tak nak susahkan abang dengan ayah kak zue hantar kat stesen bas Bentong tu, jauh kot. Tapi sebab macam dah lewat lepas tu ahkak ahkak wani ni sibuk nak makan pauh dalam bahasa melayunya buah pelam/mangga kecik tu, maka terpaksa mintak hantar jugak. 

dengan keterujaan kak anis yang sangat melampau dapat makan kicap dan budu. haha

 gigih wani tolong kupas kulit untuk kak Fathiah. haha 

Habis makang makang, siap solat asar semua, gerak balik. Badan penat, dalam kereta dok menahan tak nak tidur sebab takut tak dapat naik bas balik KL. hihi. Kita seronok sangat. Terima kasih kak zue bawak datang rumah. Bye Bentong, jumpa lagi :D



Till then adiosss.

Share
Tweet
Pin
Share
No comments
Newer Posts
Older Posts

About me

About Me

Popular Posts

  • Kolej Matrikulasi Selangor
    Assalamualaikum. Sekarang aku berada di rumah setelah berkampung di kms selama 5 hari. huhu. Terseksa menyeksa jugak lah orientasi kan...
  • Family Day Social Work 2014
    Family day ni mula-mula planning nak buat kat PD, tapi disebabkan ada masalah sikit so kitaorang buat kat UKM je. Apa yang penting kitaora...
  • Cuti Semester
    Exam dah habis 24hb haritu. Tinggal dua paper lagi kot masa tu, terasa makin stress sebenarnya. Tengok orang lain bukan main lagi dah habi...
  • Pulau pangkor part 1
    Assalamualaikum semua. Now, aku kat rumah. hihihi. Baru 3 hari duduk kat kms dah balik sebab period pain. Nasib ayah baik sangat nak am...
  • Suntikan HPV
    Assalamualaikum semua. Adakah anda sudah mengambil suntikan HPV? Okay, soalan ni untuk kaum perempuan je. Yang lelaki boleh duduk d...

Blog Archive

  • ►  2019 (1)
    • February 2019 (1)
  • ►  2018 (11)
    • August 2018 (3)
    • July 2018 (2)
    • June 2018 (2)
    • May 2018 (2)
    • March 2018 (2)
  • ►  2017 (2)
    • August 2017 (1)
    • June 2017 (1)
  • ►  2016 (4)
    • April 2016 (1)
    • February 2016 (1)
    • January 2016 (2)
  • ►  2015 (16)
    • November 2015 (1)
    • October 2015 (2)
    • September 2015 (1)
    • August 2015 (2)
    • July 2015 (2)
    • June 2015 (1)
    • May 2015 (2)
    • April 2015 (2)
    • February 2015 (2)
    • January 2015 (1)
  • ►  2014 (28)
    • December 2014 (2)
    • November 2014 (2)
    • October 2014 (1)
    • September 2014 (1)
    • August 2014 (2)
    • July 2014 (2)
    • June 2014 (4)
    • May 2014 (3)
    • April 2014 (4)
    • March 2014 (3)
    • February 2014 (3)
    • January 2014 (1)
  • ▼  2013 (37)
    • December 2013 (1)
    • November 2013 (2)
    • October 2013 (2)
    • September 2013 (2)
    • August 2013 (2)
    • July 2013 (2)
    • June 2013 (1)
    • May 2013 (3)
    • April 2013 (4)
    • March 2013 (7)
    • February 2013 (4)
    • January 2013 (7)
  • ►  2012 (13)
    • December 2012 (2)
    • November 2012 (2)
    • October 2012 (2)
    • September 2012 (2)
    • August 2012 (2)
    • July 2012 (1)
    • March 2012 (1)
    • February 2012 (1)
  • ►  2011 (1)
    • May 2011 (1)

Pages

  • Home

Created with by ThemeXpose