Keluar dari Selangor

October 01, 2013

Assalamualaikum semua.


Rasa macam dah berminggu jugak lah tak menaip. -.- Tahap kemalasan tu memang tak dapat nak bendung, lagi-lagi bila dah mula sem baru and tahun pengajian yang baru. Ahkak senior dah sekarang ni kan. hiks


Ceritanya camni, sebab wani memang jakun sangat dapat pergi jauh buat fieldwork. haha jakun sangattt. Kebetulan kelas hubungan etnik lecturer mintak buat kajian luar dari UKM ni. Makanya wani pun jadi excited sangat dan sangat. Iye lah, orang macam wani yang belajar jejauh tak dapat so dapat buat fieldwork kat luar dari selangor pun kira terlebih baik dah tu. Ingat, peluang tu datang bukan dua tiga kali, tapi hanya sekali. :D

Benda ni buat dalam group, jadi tak susah lah nak fikir sangat nak buat kajian apa dan kat mana. Well, dalam group wani tu pun wani sorang je dari selangor. -.- terasa diri ni kecik sangat. *lap air mata


Mula-mula plan nak pergi Kuala Lipis. wuuuuu tempat dato' siti kau tahuuuu. Ni buat wani gila tak sabar melompat-lompat dalam kelas. kekeke. Lepas dah berapa hari discuss tu tetiba plan pergi Kuala Lipis tak jadi sebab nak jimat kos, tukar pulak pergi Bentong. As long as keluar dari selangor negeri tumpah darahku, wani setuju jee. :p Nampak dah keterujaan kan? Lagipun akak sorang ni memang duduk sana dan berkawan dengan orang asli. Ohhh lupa nak cakap, kitaorang buat kajian tentang permodenan sekarang ni pengaruh masyarakat orang asli. So kerja tak susah mana pun sebab akak sorang ni boleh masuk kampung orang asli.


Pengalaman pergi ke negeri orang dan tempat orang tanpa jagaan mak ayah. Kiranya ni kali pertama naik bas pergi jalan jauh. *cough* Seriously bila umur menginjak 20 baru merasa macam mana naik bas, bayar tiket bas sendiri dan jalan jauh. Experience yang takkan lupa okayyy.


masa ni kitaorang baru sampai stesen bas Bentong sambil tunggu orang datang ambik.
 

ehh korang nampak tak apa wani nampak? tuuu atas bukit sana tu ade Genting. wuuu nasib baik kaki tak panjang nak gi sana. kahkah

Sebelum pergi rumah kak zue, singgah pasaraya kejap beli ayam ikan dia nak masak. so masa ni lah dapat tengok genting dengan cameron highlands dari jauh. Walaupun jauh, kira nampak jugak lah. Kagum 10 saat tau.

 
 Kami kat luar setia menunggu. hahaha

Lepas dah singgah pasaraya tu, baru gerak pergi rumah kak zue. Kawasan rumah kak zue kawasan Felda jadi memang ambik masa lama nak masuk sana. Adalah dekat setengah jam jugak. Okay yang ni pun kira first time ever masuk felda. That's why wani suka pergi tempat orang, masa tu wani baru tahu macam mana cara hidup orang lain kann. Wani teringin nak travel, like seriously memang nak sangat. Lepas kahwin nanti wani heret laki wani sekali travel and no excuse. Korea dan jepun dalam wish list k encik bakal suami. muahaha.

Sampai rumah kak zue, bungkus buah tangan sikit nak bagi kat Tok Batin nanti. Gigih masing-masing sebab tak sabar nak masuk kawasan kampung orang asli. Makan bihun sikit lepas tu terus gerak pergi kampung orang asli. Kitaorang sebenarnya nak kejar masa balik sebab bas akhir dari Bentong pergi KL pukul 5.15. Sampai rumah kak zue dah pukul 12.30 camtuu makanya kena cecepat sikit lah.

Nak masuk kawasan orang asli ni pun kena masuk dalam sikit. Jiwa kena kental nak tunggu sampai, sebab wani dah siap nak terlentok dalam kereta. Haishhh memang iols ni kuat tidur agaknyaaa -.-

 

 

yang berdiri tengah lelaki tu, jkkk kampung. Tok Batin takde sebab meeting jadi beliau lah yang ganti.


Ni anak-anak orang asli. Masa nak datang dekat dorang ni, dorang lari. Mungkin tak biasa kot ada orang datang. Nasib baik ada sorang budak ni okay sangat tengah duduk atas pokok senyum-senyum je. Siap masa nak ambik gambar tahu nak senyum buat peace. Comelnyaaaa. Anak orang asli kat sini semuanya takde yang tak pergi sekolah tau. Tengok lah, sekarang negara dah makin maju jadi takde siapa pun yang tertinggal untuk sekolah siap ada dah dua tiga orang yang masuk universiti. Jangan pandang rendah dengan masyarakat ni k.



Kalau nak diikutkan banyak lagi gambar nak share sebenarnya, tapi tak mampu nak tunggu lama-lama upload. heee. Well, masyarakat orang asli kat sini memang dah moden pun. Ada astro ada kereta ada motor dan kat kampung pun ada wifi tau. Lengkap! Kalau dengar cerita dari jkkk kampung dengan anak beliau tu memang lagi seronok sebenarnya. Kitaorang pun dapat dah apa yang kitaorang nakkan. Datang tengok dan bertanya. Mereka ada budaya mereka, kita ada budaya kita. Cuma masyarakat orang asli ni mereka ada benda yang mereka nakkan dari dulu lagi, hak mereka sendiri. 

Bak kata jkkk tu, 57 tahun dah merdeka tapi hak mereka, mereka belum dapat sampai harini. Harapnya ada orang yang ambik berat lah. 


 Dah habis kerja kitaorang, balik lah rumah kak zue nak makan tengahari. Makan tengahari kitaorang pukul 3 lebih camtu, tengahari sangat kan? ahak. Plan awal tak nak susahkan abang dengan ayah kak zue hantar kat stesen bas Bentong tu, jauh kot. Tapi sebab macam dah lewat lepas tu ahkak ahkak wani ni sibuk nak makan pauh dalam bahasa melayunya buah pelam/mangga kecik tu, maka terpaksa mintak hantar jugak. 

dengan keterujaan kak anis yang sangat melampau dapat makan kicap dan budu. haha

 gigih wani tolong kupas kulit untuk kak Fathiah. haha 

Habis makang makang, siap solat asar semua, gerak balik. Badan penat, dalam kereta dok menahan tak nak tidur sebab takut tak dapat naik bas balik KL. hihi. Kita seronok sangat. Terima kasih kak zue bawak datang rumah. Bye Bentong, jumpa lagi :D



Till then adiosss.

You Might Also Like

0 comments