Ada apa dengan 21 tahun?

by - February 07, 2014


Oh, cepatnya kau dah besar wani.

Mak selalu cakap aku lah yang paling degil paling lasak, paling suka nangis masa kecik, dan semua yang paling lah.

Aku nafikan semua tu sebab mak suka cerita kat orang. haha.
Tak kisah lah orang tu datang rumah ke, sedara ke, atau sesapa pun termasuk masa pergi kenduri kahwin tetap mak akan cerita bila datang bab budak kecik lasak dan aku ada depan mata.

'ni ha budak paling lasak masa kecik sampai jatuh tangga masa kenduri kahwin orang.'


-.-

Sikit-sikit aku tahu rasa malu bila makin besar makin tua, mak dok cerita kat orang kisah kening terbelah dan berjahit tu. Malu okay. Sebab masa tu aku akan rasa macam tak berguna betul aku masa kecik-kecik dulu. Sedih betul. Teruknya zaman budak kecik zaman hingus meleleh tak reti nak lap sendiri tu, teruk. kahkahkah.

Kejap lagi dapat suami, habis segala cerita lama mak bukak bagitahu kat suami aku. Masa tu lah baru suami aku sedar yang aku bukanlah seorang perempuan melayu terakhir yang diidam-idamkan selama ni. haha. Dan aku bukan lah seorang yang sopan mahupun baik melampau-lampau. Habis lah camni T-T jatuh saham separuh. Cisssss.


Belum lagi cerita betapa sukanya aku panjat pokok dulu-dulu.
hihi.

Harapnya nanti aku ada anak tidaklah dia mengikut perangai masa kecik aku tu.
Aku tahu kalau perangai tu muncul kat anak aku, mak akan cakap pulak,
'ni ikut perangai ibu dia lah ni.'

Confirm!

Lebih baik diikutnya perangai laki aku yang mungkin baik dan skema je masa kecik. :P
Mungkin lah.


Maka disebabkan dah makin membesar dengan jayanya, dengan penuh rasa riangnya walaupun paling lasak paling nakal dan paling dalam segala hal, umur pun dah 21 tahun. Tua sangat dah aku rasa sebab hilang belasan tu. Tak boleh nak terima kenapa cepat sangat masa ni, tapi nak tak nak kena lah redha dan pasrah dengan kenyataan tu kan.

Haritu duduk lah kitaorang satu family kat ruang tamu sambil borak-borak hal semasa dan sewaktu dengannya.
Yelah, orang kalau dah 21 ni kan memang akan jadi bahan atau topik hangat tak kira kat mana pun lagi-lagi bab kahwin =.= Adik aku pun datang lalu mencelah kata aku nak kahwin tahun depan. Bukan sekali dia suruh aku kahwin cepat, tapi dah dekat sepuluh kali jugak rasanya. Tak tahu lah apa masalah budak sorang tu sampai nak sangat aku kahwin awal-awal sedangkan aku tak cakap apa-apa pun.

Ayah pun balas kata-kata adik aku tu,

'Boleh je. Suruh lah lelaki tu masuk meminang sekarang, lepas tu tahun depan habis belajar boleh nikah terus. Cantik dah tu plan dia.'

Kau fikir apa aku fikir?
hihi
*tutup muka*


Tapi tu semua dalam mimpi je lah kalau nak ikut apa ayah aku cakap tu. Dalam mimpi okay.
Masa depan kita tak mungkin sama dengan orang lain sebab kita semua berbeza. Kita memang lah dah rancang sikit punya cantik lagi menarik, tapi semuanya dah pun ditentukan. Kalau dah memang belum sampai masanya, cakap lah NAK macam mana pun memang takkan menjadi.

21 tahun ni tak janjikan aku apa-apa.
Mungkin yang membezakan umur 21 dengan umur sebelum ni, aku rasa aku memang dah besar sangat.
Dah patut buat perangai matang sikit, cuba ubah perangai yang tak elok tu bagi elok sikit orang tengok dan untuk diri sendiri jugak kannn.


Biar pun ayah pernah kata,

'dah besar anak ayah ni, dah nak masuk 21 tahun pun.'

tapi aku tetap rasa aku masih budak kecik yang perlukan orang sekeliling aku.


Biar lah dah masuk umur 21 tahun pun, kau tetap kena hadap dengan banyak benda lagi dalam hidup kau.
Kita tengok tahun depan pulak apa yang jadi.

macam ni muka perempuan 21 tahun? k. haha.


Till then.

You May Also Like

1 comments

  1. Hye, saya suka baca blog awak, saya p0wn ada blog harap awk boleh singgah dan follow blog saya. awksweetgitu.blogspot.com :)

    ReplyDelete