Cuti oh cuti

by - February 03, 2014

Assalamualaikum =)



Rasa macam sekejap je dah habis sem 3.

Alhamdulillah, exam dah habis semua. Tak usah lah dikenang lagi paper yang entah betul entah tidak jawapannya. Harap lecturer mampu bagi markah kesian. hihik.


Lepas habis exam 15hb Januari haritu terus fikir pasal program OPKIM kat Batu Pahat.

Excited!
sebab dah lama tunggu nak join program tu.
dan sebab program ni program pertama yang aku join buat kat luar UKM dan selama beberapa hari. Lama okay.

Walaupun sebelum ni banyak je fieldwork aku pergi sana sini tapi yang ni special sikit. Special sebab ada banyak aktiviti kitaorang buat bersama especially dengan orang kampung and first time ever join program yang ada keluarga angkat ni. Heee.


Batu Pahat :)

Susah nak lupa pengalaman ni. Mungkin lain entry aku boleh tulis full story masa aku kat sana.

Habis program je balik rumah.
HOLIDAY.

Yayyyy! Siapa tak suka sebab time ni lah yang aku tunggu. Tunggu sebab dapat duduk rumah buat kerja rumah, tengok tv, online for 24 hours, belajar masak sikit-sikit, tidur banyak mana kau nak, tengok drama korea yang tertinggal sebelum ni dan banyak lagi lah.

Kiranya takde lah aku tahu membesarkan badan je cuti ni kan?

K. haha.

Diam tak diam cuti pun tinggal 2 minggu je lagi.
Cepatnya masa berlalu T-T rasanya baru je balik cuti, baru je habis exam kannn. Haihhh. Terlalu cepat jugak dah nak masuk sem 4, maksudnya tinggal 3 sem je lagi okay nak habis belajar. *juling mata*


Second year dah nak habis, boleh percaya tak?
Aku pun dok cakap dengan kawan aku yang 2015 nanti aku habis belajar, kau sedar tak yang tahun depan tu tahun 2015? kahkah.
Eh, 3 tahun je ke aku belajar kat UKM tu? pffttt. Kenapa kejap sangat ni? -.-

Yelah, dah masuk umur 21 tahun tetap tak sedar diri. Boleh kahwin dah kan? wiwiwiwi.

All is well.

Semoga semuanya dipermudahkan.


Till then.



nota kaki : Maaf atas penggunan kata ganti nama 'aku'. Rasa lebih gembira dan selesa macam tu. Sorry.

You May Also Like

1 comments