OPKIM Batu Pahat

February 25, 2014

Dalam banyak-banyak program, aku tak dapat nak nafikan kali ni punya program paling best seronok menarik dan paling susah nak lupa.


Masa mula-mula nak join this program actually aku nak pergi Mersing.

Tapi entah macam mana tetiba nak ke Batu Pahat pulak. Alasannya sebab ayah aku tiap tahun memang bawak pergi Mersing -.- and masa tu aku dengar Batu Pahat tak ramai lagi yang daftar. Kalau ikutkan daerah lain-lain tu memang tinggal sikit je yang kosong.

Batu Pahat.
=)


Penuh makna kalau sebut Batu Pahat ni, sensitif dia tak tahu nak terang macam mana. hehe.


Kalau ikutkan, program ni hanya 5 hari 4 malam je, tapi sebelum program lagi dah sibuk itu ini kan. For sure sibuk gila. Mana nak settle hal itu hal ini, nasib baik semuanya okay. Alhamdulillah.

Hari pertama kat Kampung Parit Warijo, Seri Medan.


Disebabkan kitaorang gerak dari UKM pukul 1 pagi then bas berhenti kat R&R Pagoh agak lama, kitaorang sampai kampung tu pagi. Sampai-sampai je dah kena ambik tugas masing-masing untuk majlis pembukaan OPKIM 10 Penjuru Darul Ta'zim.





Semuanya berjalan lancar walaupun mungkin ada sikit masalah.

Apa yang penting?
Kerjsama.

Lepas habis je majlis perasmian pembukaan tu, kitaorang semua ikut mak ayah angkat balik rumah, rehat ye. Tidur dalam bas tu tak lena mana pun kalau ikutkan.

Tidur lena sampai tak hengat dunia. Maklumlah, rasa penat bukan main lagi sampai terbabas-babas jugak lah tidur kann. heh. Bila bangun je mak angkat panggil makan. Terasa macam tuan puteri sebab semua makan minum dah siap :)


Hari pertama kat Kampung Parit Warijo ni ada majlis perasmian pembukaan, petang tu pulak latihan kebudayaan sikit and lepas maghrib ada tahlil dan bacaan Yassin.
Sebab baru je sampai kan, so masing-masing dalam proses membiasakan diri. Well ada 4 hari lagi untuk habiskan masa bersama, buat aktiviti bersama dan semuanya bersama-sama. heee.


Layanan mak ayah angkat semua baik belaka.
Dilayan bagaikan puteri putera, makan sedap-sedap je. Tak payah nak risau.
Ada yang dapat motor, ada yang dapat kereta, boleh lah dok pusing-pusing kampung. heh.
Kalau aku sebab rumah dekat je dengan dewan, takde lah nak dapat-dapat motor kereta ni. haha.
Mostly tak dapat dinafikan kebanyakan rumah kat kampung ni ada aircond. Boleh dikatakan makcik pakcik kat sini orang-orang yang mampu.















Untuk 5 hari 4 malam ni memang banyak program yang kitaorang buat.

Ada buat program kat sekolah, sukaneka dengan orang kampung, senamrobik yang unik sangat dari wakil orang kampung sana, ada bengkel kek dan kuih, pemeriksaan kesihatan ke rumah-rumah, sambutan maulidur rasul kat surau, gotong royong kat masjid dewan dan balai raya, rewang dan akhir sekali malam kebudayaan serta malam penutup OPKIM Batu Pahat. Memang banyak sangat tapi semua orang seronok. I guess. haha.


Walaupun kitaorang para AJK ni ada yang baru first time handle program macam ni, tapi semuanya okay dan enjoy.

Bak kata orang,
tak kenal maka tak cinta.
bila dah kenal, terus jatuh cinta.

=)


Dalam program macam ni jugak kita dapat kenal orang-orang baru, yang ambik course lain dari kita, share pendapat dan idea, tolong antara satu sama lain bila susah senang, dan yang penting sama-sama dapat pengalaman dari program macam ni.

Aku dengan Zaty bersama mak angkat kitaorang. heh.

Hari terakhir kat Batu Pahat, sebelum naik bas nak tinggalkan kampung dan mak ayah angkat.


Seriously aku cakap, semua ni kenangan terindah.
Simpan baik-baik dalam hati, susah nak dapat lagi.

Terima kasih mak ayah angkat kitaorang yang sanggup bagi makan minum sedap-sedap je sepanjang 5 hari 4 malam ni, bawak keluar makan jalan-jalan, yang sanggup tunggu dan bukakan pintu bila kitaorang balik rumah lewat malam dan sampai sanggup datang cari sebab balik lewat sangat, yang bersusah payah memeriahkan program ni.
:')


Terima kasih kawan-kawan yang best dan sekepala. Semuanya baik-baik belaka. hehe.

Ada masa ada rezeki kita jumpa lagi.

Kalau ikutkan aku memang nak cerita setiap satu aktiviti yang kitaorang buat, tapi akan ambik masa yang lama. So aku pendekkan je lah. haha. Takpe, kenangan tu aku simpan untuk diri sendiri je.


Till then.

You Might Also Like

5 comments

  1. Waaaa syok nya. mcm best je. xpenah join program mcm ni.
    dah kawen ni lg xde peluang langsung

    ReplyDelete
  2. best kan program mcm ni..sy pernah join program ni 4 years ago..alhamdulillah sampai skrg stil contact lg dgn family angkat tu :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wahhh yeke? kita dah berapa minggu ni tak contact pun. Rindu T.T

      Delete
  3. Salam... hi! Blogwalking here! :)

    Nice... ni ala2 homestay kan? I used to join all these masa kat campus dulu! BEST!

    ReplyDelete