Trip ke Tasik Chini part 1

by - March 13, 2014

Program pertama untuk kitaorang satu kelas this semester.

This semester kitaorang ambik subjek Kerja Sosial Komuniti and for sure kena ada fieldwork. 
Yayyyy!

Bila part kena fieldwork je terasa seronok sebab dapat keluar and buat kerja anddddd jumpa komuniti, tapi bukan senang macam orang lain fikir sebab banyak benda kena uruskan before sampai hari sebenar. Dah sem 4 dan ianya adalah benda biasa. heh. This time memang special sebab jumpa komuniti orang asli kat sana.



Program ni 3 hari 2 malam and this is our first trip. Okay sebab ada second trip this April. 
Pengsan! hehe

Untuk first trip ni kitaorang hanya buat pemetaan aset/bancian kat sana. 

Jumaat pagi lagi kitaorang dah gerak dari UKM. Bangun subuh tak tidur balik dah. Yelah, kejap lagi tertinggal bas susah pulak. Dr Sam dah pesan, siapa lambat dan tertinggal bas kena pandai-pandai cari bas pergi sana dan mesti sampai sana jugak.



Bas gerak dalam pukul 8 lebih macam tu. Nampak lah muka masing-masing macam rasa excited or mungkin happy sebab tak sabar nak buat bancian kat sana kann. hehe.

Dalam perjalanan nak pergi ada lah berhenti kat rnr Seremban untuk kitaorang breakfast and berhenti sekejap kat muadzam shah untuk ke toilet. Pakcik bas pun baik sangat layankan kerenah kitaorang ni. Sempat lah jugak tengok maharaja lawak mega yang lepas-lepas masa on the way ke Tasik Chini. 



Macam biasa bila pergi ramai-ramai macam ni and jauh, aku memang susah sikit nak tidur walaupun rasa mengantuk tu ada, lebih suka tengok luar and tengok cerita yang pakcik bas buka. heh. Mampu tengok orang lain je tidur. Kemainn lagi dorang kan.

Dalam 4 jam lebih perjalanan and finally kitaorang sampai jugak kat bumi Tasik Chini.

 =)

Alhamdulillah.
Terjejak jugak kaki ni kat Tasik Chini.

Nak masuk Tasik Chini ni memang jauh ke dalam. Kau kena tempuh dulu felda segala dan baru lah kitaorang sampai kat Pusat Penyelidikan Tasik Chini UKM. Belum lagi nak ke kampung orang asli pulak, memang lagi jauh ke dalam dalam lah cite dia. 

Oh ye kenapa kena pergi Pusat Penyelidikan?
sebab program kitaorang ni kerjasama dengan pusat penyelidikan UKM sendiri kat sana. Well kira besar jugak lah program kitaorang ni kann. 





Disebabkan sampai sana tengahari so semua orang dah lapar. hehe perkara biasa, lagipun budak-budak social work ni kerja makan je. setiap masa nak lapar. :p
Makanan tengahari tu memang dah siap sedia dah dari orang sana, sedap pun sedap. Hmm cite dia kalau dah lapar, makan apa pun sedap. K. 


Dah datang tempat orang kan, pergi mana-mana macam tak lengkap kalau tak bergambar. Konon-konon nak abadikan memori  kat sana lah. Konon je. Selagi boleh nak ambik gambar tiap masa kitaorang ni.

-.-







Then dah lepas makan, solat, rehat dan bergambar, kitaorang gerak masuk Kampung Gumum. 
Finally. hehe.

Agak jauh sebenarnya nak masuk kampung tu dan jalan dia sangat kecik. Hanya sebuah kenderaan je boleh lalu. Nasib baik masa bas masuk tu takde kenderaan lain yang datang dari arah bertentangan. Kalau tak mesti haru jadinya.





Sampai kampung tu, kitaorang disambut baik dengan Tok batin serta beberapa orang kampung.
Alhamdulillah.

Semuanya berjalan macam yang dirancang walaupun kitaorang terlewat dari waktu yang dijanjikan. Majlis perasmian untuk program semua okay. Kat sana tak perlu risau sangat sebab line maxis celcom tetap ada. haha. K itu yang penting kan. Takde lah, before pergi lecturer cakap line takde and kena panjat bukit baru dapat tapi sebenarnya ada je. hehehe.



Lepas habis perasmian ucapan semua, kitaorang balik kuarters guru kat felda chini. Tempat tinggal untuk 3 hari 2 malam kitaorang selama duduk kat Tasik Chini. heh. Kasi rehat dulu sebab esok dah mula kerja banci membanci. 


Cerita untuk first day dah habis. 
Sambung untuk hari berikutnya kat entry lain. Banyak benda yang nak diceritakan.


Till then.

You May Also Like

0 comments