Trip ke Tasik Chini part 2

by - March 18, 2014

Hari pertama dah habis cerita, sambung pulak untuk hari kedua dan ketiga.

Kitaorang tidur kat kuarters guru Felda Chini.
Macam biasa sebab satu rumah tu dimuatkan dengan 18 orang lebih dan kurang camtu, terpaksa lah bangun awal pagi dalam pukul 5 sebab tak nak berebut mandi. haha.

Siap segala-galanya, pukul 7.30 pagi dah keluar rumah tunggu bas kat tepi jalan.

Gigih kitaorang tunggu bas awal pagi kat tepi jalan dan tak tahu kenapa Arif boleh terselit kat pokok tu? -_-


Aku syak semua orang tak sabar nak buat tugasan masing-masing.
Syak je k. hehe

Permulaan untuk tugasan pertama ni memang sedikit mencabar. Bagi aku lah.

T.T

Kena jalan dalam group then pergi setiap rumah dalam kampung untuk buat bancian.
Mula-mula group aku dalam Kampung Gumum je. Boleh tahan lagi sebab jalan bersama 5 orang kann. Kalau tak plan awal nak pecah dua, dua orang pergi sana and tiga orang pergi sini. Memang tak lah.

Typical reason.

Takut anjing. heh.

Tapi seriously cakap memang aku penakut. Mungkin tak biasa lagi kot sebab baru pertama kali jalan-jalan dalam kampung orang asli sambil menikmati pemandangan. Mungkin lah. So jangan lah pelik bila tengok yang perempuan-perempuan ni jenis penakut especially aku. hahaha first time mungkin.

Masa ni masing-masing dah sibuk bawak hamper masing-masing sebagai cenderamata untuk orang kampung lepas proses bancian.

Okayyy yang ni group aku. :)













Hari kedua ni kitaorang ada pecahan, ada beberapa kumpulan yang ni pergi Kampung Gumum and ada beberapa kumpulan pergi Kg Ulu Gumum. So gambar-gambar hanya berdasarkan kampung aku pergi lah.

Pengalaman untuk hari pertama buat bancian memang susah nak lupa. Ada group ni tetiba kena serang anjing sedangkan dorang tak buat pape pun. haha okay itu kelakar sebab group aku hanya mampu tengok je aksi kakak-kakak aku dengan hero mereka.


:')

Semuanya okay, takde masalah pun.

Kitaorang buat bancian dari pagi sampai petang.
Panas terik berjalan sesama.
Orang asli kat sana semua baik jawab soalan kitaorang even sepatah sepatah je.
Gigih kitaorang berebut rumah dengan group lain sebab nak habiskan hamper masing-masing. hee.

Bila dah habis semuanya, kitaorang balik semula kat kuarters untuk rehat.

Cerita pasal makanan, makan pagi tengahari petang malam semua cukup. Takde yang tak cukup makan lah kiranya. Terasa macam duduk asrama dulu-dulu sebab ikut waktu sampai 5 kali makan. -.- Ingatkan balik dari Tasik Chini boleh rasa kurus sikit tapi tak pun. haha.


Sambung hari ahad hari terakhir.

Bancian ke 3 buah kampung.
dan kumpulan aku dapat Kampung Cendahan.
Naik bot. T.T
first time ever naik bot okay merentas Tasik Chini yang luas pulak tu.

Kampung Cendahan memang takde bekalan elektrik dan air. Sumber air pun dorang ambik dari air tasik je. Dalam kampung tu hanya ada 8 buah rumah so bermakna ada 8 buah keluarga kat sana.
Sungguh hidup mereka sangat berbeza dengan kita-kita ni. Insaf sikit bila tengok cara hidup dorang.
Budak-budak macam kita sekarang sibuk main game kat handphone/ipad, tapi dorang?
Dorang setiap masa main kat luar rumah kawasan rumah dengan kawan-kawan. Ada sorang budak perempuan ni kecik  lagi, dia suka sangat main kucing. Dukung kucing ke hulu ke hilir. entah kenapa rasa penyayangnya budak perempuan tu. :')

Bila siang main, bila malam takde lampu dorang guna pelita je dan memang dorang akan tidur awal. Itu lah hidup orang asli kat Kampung Cendahan. Boleh dikatakan kampung ni paling kesian antara 5 buah kampung yang ada. Jadi kita mestilah sentiasa bersyukur dengan apa yang kita ada kan.










Walaupun ada rasa takut nervous masa nak naik bot mula-mula tu, tetap rasa seronok. Memang lah dalam kepala ada banyak yang difikirkan termasuk 'cemana lah kalau aku tetiba jatuh dalam tasik ni?' haha tapi takde pun. Asalkan duduk elok-elok sudah. Nikmati ciptaan Allah dengan sabaiknya.

Seronok!



Alhamdulillah.
Pengalaman yang memang takkan lupa lah seumur hidup. :)

Kadang-kadang rasa bersyukur sebab dapat bidang kerja sosial ni. heh. Baru tersedar. Kalau tak masuk bidang ni mungkin aku takkan dapat rasa experience camni dan belajar terlalu banyak benda baru.

Selamat pergi dan selamat balik pun. So tunggu untuk next trip pulak.


Till then.


You May Also Like

4 comments

  1. challenging jugak ni wani. memang org ckp ssh nk dpt pengalaman mcm ni. boleh explore sekali.
    tp bila dh kawen lg la xleh nk join aktiviti mcm ni.sob sob

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu kak. memang challenging tp alhamdulillah semua okay :) hehe wani nak buat semuanya sblm kahwin lah camni kak lyaa sbb akak cakap dah kahwin takleh join dah.

      Delete
  2. Dapat lebih dekat dengan Alam dan masyarakat. Beruntung.

    ReplyDelete