Coursemates

March 30, 2014


Dah masuk tahun dua dan bermakna dah masuk semester 4. Sekarang ni pun hampir separuh sem dah ni. 

T.T

Rasa macam terlalu cepat masa berlalu. 
Serius.

Dan dah dua tahun jugak aku berkawan dengan coursemates/classmates sendiri. 

Dulu masa mula-mula duduk sekelas hari pertama semua malu kan, sekarang ni dalam kelas pun tak kisah kalau nak menjerit panggil nama. Heh aku le tuu. Dah dua tahun ni baru lah ada coursemates yang dok ungkit macam mana perangai masing-masing dulu bila belum kenal rapat. Tergelak sendiri bila dorang cakap itu ini.


"Wani dulu berlagak gila, sombong pulak tu."

"Wani dulu mana nak kawan dengan akak ni."

"Kau ni wani asyik kawan dengan Tikah je."


Lepas tu mula lah nak nafikan benda-benda tu kan. Konon tak buat camtu padahal memang perangai sebegitu rupa. Kehkehkeh.

"Wani mana ada camtu, wani kawan dengan semua orang." kata-kata nak tutup rasa malu.


Hakikatnya memang macam tu lah nampaknya sebab bukan aku sorang je yang kena. Orang lain kena jugak sebab memang masing-masing masa mula nak kenal sombong kot. Actually bukan sombong cuma segan je. *ayat cover* hahahaha.

Dalam kelas tu aku dan beberapa orang lagi adalah yang paling muda, kira yang lain tu semua atas kitaorang sebab dorang lepasan form 6 manakala aku dan beberapa orang lagi lepasan matrik. Tapi aku je selalu perasan aku paling bongsu dalam kelas walaupun ada jugak empat orang lagi yang muda belaka. hehehe. Mungkin sebab aku anak sulung so aku takde rasa cemana ada kakak abang kot, tu yang kadang-kadang suka manja terlebih.

Kalau nak tahu ada yang panggil aku 'adik wani'.

-_-

Awal sem haritu masuk kelas ada sesi suai kenal dengan lecturer. Lecturer suruh kenalkan diri asal mana dan anak keberapa. Sampai turn aku, aku cakap aku anak sulung je then semua macam "Ohhh anak sulung ke?" Ehhh kuangaja sangat kan, macam dorang tak nak caya je. kahkahkah. Sejak tu nak nampak matured and konon-konon watak anak sulung tu wujud.


Kesian, dah dua tahun duduk satu kelas baru dorang tahu. 
hihi.

Dalam kelas banyak buat assignment group, masa ni lah kita kenal lagi rapat.

Dan masa ni lah baru kau tahu siapa boleh buat kerja dan tak boleh buat kerja serta yang boleh bagi kerjasama paling boleh diharap paling baik paling bagus dan paling dalam semuanya lah.


Alhamdulillah.
Semua coursemates baik. Kalau ada yang tak okay tu mungkin sebab dia terlebih kasih sayang kot. heh.
Dua tahun ni memang buat aku kenal ramai manusia. Masuk u ni memang akan jumpa macam-macam lagi perangai kan. Aku ni pun tak baik mana. haha. Pandai cakap orang lain tapi check diri sendiri balik macam harammm. bahaha.

Dah dua tahun ni jugak banyak benda kitaorang belajar  bersama.
Banyak program yang kitaorang buat bersama sampai pecah kepala. 
Kena marah kena perli pun bersama tau, even bergosip mengutuk pun bersama.

Aku takut.
Aku takut nanti aku rindu semua ni.
:')

Tinggal setahun je lagi. 

Nak cipta banyak lagi kenangan. Kenangan terindah yang aku akan ingat bila aku dah keluar dari UKM ni.


Till then.

You Might Also Like

1 comments

  1. update blog banyak banyak masa tgh study ni. abadi kan gmbr dngn kwn2. sbb CONFIRM rindu punya.
    mcm kak lya.
    dok teringat je dkt coursemate, classmate bagai.
    even tak selalu contact. tp ttp dlm ingatan

    ReplyDelete