Designed by Veethemes.com | Gooyaabi

Lawatan ke Istana Kehakiman

Haritu kitaorang satu kelas ada buat lawatan ke Istana Kehakiman.

Sebenarnya lecturer yang bawak kitaorang sebab kitaorang satu kelas sem ni ambik subjek undang-undang dan kerja sosial. Apa kau ingat student law je boleh pergi sana? heh.




Banyak ilmu yang kitaorang dapat bila pergi ni. Jadi rasa tak rugi pun kalau pergi tempat-tempat yang best camni. Maklumlah, aku yang kampung sebelah dengan Putrajaya pun belum jejak kaki masuk dalam Istana Kehakiman so adalah rasa teruja sikit.

Bila pergi ramai-ramai ni kan ada rasa macam lawatan sekolah pun ada. Haha teringat zaman sekolah rendah nangis-nangis nak mintak izin ayah ikut rombongan sekolah dulu -.-

Ada juga yang cakap macam form6 dorang dulu.

T.T
Masa matrik takde lawatan camni so aku jakun sikit lah.

Dr Saadah, lecturer kitaorang :)









Kat sana kitaorang dapat dengar perbicaraan jugak. First time masuk court, kemain lah rasa macam kekok sikit, lepas tu rasa macam betul ke tidak aku buat ni sebab masa nak masuk dan nak keluar kena tunduk hormat sikit kat mahkamah untuk hormat organisasi kat situ.


See, banyak benda dapat belajar kan?

Ilmu tu kena cari.


Terima kasih Dr Saadah sebab bawak kitaorang pergi sini. Seronok. Banyak benda yang kitaorang dapat dan belajar lepas keluar dari Istana Kehakiman tu, baru lah tahu ada mahkamah tinggi, mahkamah rayuan semua tu. Heee sebelum ni tak nak ambik tahu pun.

Lepas ni boleh lah pergi sendiri kalau rasa nak dengar lawyer tegakkan keadilan. Pergi sendiri boleh je untuk tengok sendiri apa-apa perbicaraan. Masa yang kitaorang pergi tu pegawai kat sana cakap sekarang tengah hangat perbicaraan tentang kes Kalimah Allah semua tu, so kalau  nak dengar pasal kes besar camtu boleh je pergi cepat-cepat dan dapatkan pas kat sana untuk masuk.

:)


Till then.

2 comments:

  1. singgah sini. nice post. all the best :)

    ReplyDelete
  2. teringat pulak zaman uni tgk rombongan ni.hehe. syok kaaaaan.

    ReplyDelete