Selamat melangkah ke usia 21 tahun

by - April 25, 2014

24 April 1993 telah lahir seorang bayi yang sangat ditunggu-tunggu oleh Encik Ramly dan Puan Jamilah.

Pasangan suami isteri yang sangat bahagia ini akhirnya dikurniakan seorang bayi perempuan yang sangat comel dan diberi nama Nur Shazwani Binti Ramly. Bak kata mak, dulu ayah tak suka nama anak beliau panjang sangat dan complicated.

Biar lah ringkas dan sedap. Haa gituu.
:)


Anak sulung yang lahir dengan berat 2.0 kg sahaja.

Tak percaya?

Ye aku sendiri tak percaya bila mak cakap berat aku hanya 2kg je masa lahir. Tengok surat beranak sepuluh kali pun macam confused je kan, still susahnya nak percaya aku hanya seberat tu je masa lahir. *hentak kepala kat meja*
Sebab tak percaya adalah kerana kenapa masa kecik aku paling ringan dan paling comel tapi sekarang aku membesar dengan jayanya?
Hahaha.


Ahhh siapa peduli dengan berat masa kecik tu. Orang dok perhati berat sekarang ni? T.T


24 April 2014.

Aku dah masuk usia yang ke 21 tahun. Yayyy! Kunci kebebasan yang ayah dok cakap selama ni dah ada kat tangan sendiri. Kebebasan sangat ye wani yeee. Ayah dah cakap, selagi takde lelaki yang jaga aku takde maknanya kebebasan tu ada. Okay ayah, wani mintak maaf sebab terlalu excited. Hehe.

So, hai 21 tahun.
hiks.

Alhamdulillah dengan cemerlang dan dedikasinya aku berjaya mencecah ke umur 21 tahun dengan penat lelah selama ni dok berkejar nak capai 21 tahun tu. Susah nak dapatkan umur ni, tapi Allah bagi peluang untuk rasa cemana nikmatnya 21 tahun. Alhamdulillah. Mak ayah penat nak didik dan bagi makan kat aku siang malam untuk aku jadi besar sampai macam sekarang ni.

Terima kasih mak ayah.


So,

Happy birthday Wani.
Semoga awak lebih matang, lebih sopan dan lebih baik dari umur sebelum ni. Kurangkan sikap nakal yang suka kacau orang tu, kurangkan sikit sifat suka manja terlebih dengan semua orang untuk bakal suami nanti, semoga sentiasa bahagia dengan apa awak ada, sentiasa bersyukur dengan apa yang awak dapat dan yang paling penting rendahkan suara bila bercakap dengan orang. 21 tahun dah awak hidup dan banyak lagi benda awak kena hadap dalam hidup ni.

Oh ye wish paling glamour bila dah jadi budak besar ni,
'Cecepat kahwin ye wani.'


'Semoga cepat dapat jodoh dapat makan nasi minyak kau.'


'Cepat kahwin dan dapat anak tiga.'



Oh thank you kesayangan-kesayangan semua sebab ingat birthday aku dan doakan aku yang baik-baik je. Hihihi. May Allah bless us. Thanks untuk wish dan yang bagi hadiah sekali tu. Thanks jugak kat Farhan sebab wish dan bagi hadiah lebih awal dari orang lain. Thank you again.
Sayang semua!



Till then.

You May Also Like

0 comments