Life sekarang

May 14, 2014


Dah masuk minggu ke 12 dan aku baru habis program kat Tasik Chini haritu.

Sekarang ni tengah sibuk siapkan assignments yang bertangguh.
Biasa lah, kalau dah sibuk dengan satu benda lain, benda yang lain-lain akan ditinggalkan.Heh.

Kelas/kuliah pun ada yang dah habis.
YAYYYYY!
Lecturer bagi habis cepat kuliah tu untuk get ready final exam sebenarnya, dah boleh start study apa yang patut untuk student lemah menghafal macam aku ni, tapi masa ni lah yang kitaorang curi-curi untuk siapkan segala bentuk kerja. K.


Takde benda atau peristiwa menarik yang berlaku dalam life seharian aku.Semua sama je.
Bangun pagi, kalau ada kelas pergi kelas, kalau takde kelas duduk melepak depan laptop buat assignment or melayan running man, lepas tu tengahari terasa lapar baru pergi cari makanan ataupun tunggu petang pukul 6 baru lah terhegeh-hegeh pergi kafe beli nasi. Sampai ke malam duduk depan laptop buat apa yang patut.
Rasa macam tak produktif langsung hidup aku ni.

T.T

Tapi kalau waktu ada kelas semua, memang takde masa lah dok menghadap running man ke apa kan.
Bila datang busy dia, makan pun aku terlupa.
Lepas tu rasa macam tak cukup rehat sampai sakit kepala.
Lari sana sini sebab kerja.

Pejam celik sibuk sana sini, dah nak sampai penghujung second year kat UKM.

Bila dah nak penghujung ni jugak lah datang stress tu kan.

Setiap minggu ada program.
Minggu ni dinner untuk course kitaorang.
Next week family day kat PD untuk course jugak.
Then tetiba je dah masuk study week.

Assignments jugak tak siap-siap.
:(


Nak balik rumah pun belum ada masa lagi. Busy kalah perdana menteri katakan.
Tiap kali call rumah je mesti mak tanya bila nak balik. Alahai rindu.
Mak dah cakap dah masa study week nanti abang sepupu nak bertunang, lepas tu ada kenduri kat rumah nenek. Dua-dua rasa macam tak dapat nak pergi. Aku kalau dah balik rumah, buku nota segala aku tinggal camtu je, tak kisah lah nak final exam ke apa kan. Pulak tu kalau dah duduk rumah, aku akan malas nak balik Bangi balik.

Dah dua tahun duduk UKM ni pun still nak mengada macam belajar jauh sangat.
-.-

Kadang-kadang terfikir macam mana lah aku nak kahwin nak duduk jauh nanti, sikit-sikit rindu mak ayah.
Nasib lerrr.


Farhan dengan aku pulak okay je macam biasa.
Kalau ada gaduh tu pun, gaduh macam aku jugak yang suka cari pasal.
Biasa lah perempuan, sikit-sikit nak perhatian. Hahaha. Untung lah nak perhatian kan dari nak cari orang lain. heh. Dah biasa dari dulu kitaorang jauh, suka atau tak suka dah memang aku dengan dia akan jauh. Nanti dia balik sini baru lah nampak muka.

Untunglah kalau dia nak balik. Kejap lagi dia ikut kepala dia tak nak balik, aku jugak yang susah. Susah sebab rindu. Hihihi.


So semoga berjaya untuk siap segala kerja dan assignment yang bertangguh.
Semoga boleh study untuk final exam nanti.


Okbye.

You Might Also Like

0 comments