Program Citra Khazanah Pribumi Tasik Chini (part 1)

by - May 19, 2014

Haritu kitaorang dah buat trip yang pertama ke Tasik Chini, Pekan Pahang.
Masa trip yang pertama tu kitaorang cuma buat pemetaan aset/survey kat 5 buah kampung je sambil tengok-tengok suasana kampung tu sendiri. Tu untuk trip yang pertama.


9-10 Mei 2014 adalah trip kedua kitaorang ke Tasik Chini.

Alhamdulillah, kembali lagi ke Tasik Chini kali ni untuk buat aktiviti/program bersama komuniti kat sana. Sambil berprogram sambil kenal masyarakat, dekat dengan masyarakat and yes especially masyarakat Orang Asli Tasik Chini.

On our first day.

Macam biasa lah, bangun seawal pagi untuk siap-siap nak berkumpul kat Pusanika.
Dah biasa kan jumaat takde kelas, bangun pun untuk solat subuh je lepas tu tidur balik, sekali bila ada program kena bangun awal macam ni memang mata nak taknak je bukak. Hahaha.


Dalam pukul 8 lebih macam tu kitaorang gerak dari UKM. Baru duduk dalam bas tak sampai setengah jam, bas dah berhenti kat RnR Nilai untuk breakfast. Ada lah mulut-mulut yang bising termasuk aku sebab tak best berhenti kat sini, baru je jalan tetiba dah berhenti nak breakfast, tunggu lah dah sampai seremban ke baru turun breakfast. Pehh demand kau. kekeke.

Mulut memasing memang pandai cakap je, at last kena jugak turun breakfast.
Nasib baik masa beratur nak beli makanan tu Dr Sam offer nak belanja kitaorang. Huwaaa seronoknya. Terima kasih Dr, semoga murah rezeki Dr sebab belanja kitaorang :)





Dalam tengahari tu kitaorang sampai kat Tasik Chini.
Yayyyy finally!

Masa sampai tu kitaorang tak pergi Kg Gumum terus, kitaorang singgah Pusat Penyelidikan Tasik Chini (PPTC) dulu untuk makan tengahari kat sana. Berselera masing-masing makan sebab lapar, lauk pun sedap.

Kat PPTC kitaorang solat makan semua dulu, then baru gerak pergi Kg Gumum untuk tengok tempat dan buat persediaan untuk hari sabtu. Part yang ni ada rasa excited sikit sebab tak sabar nak jejakkan kaki lagi kat Kg Gumum.






Masa ni ikut Kak Nana dengan Kak Ana pergi sekolah sebab nak uruskan hal dalam sekolah. Cantik SK Tasik Chini, bersih kemas.


Kitaorang angkat benda ni dari sekolah pergi ke padang bertiga je.

Masa ni memang masing-masing gigih buat kerja. Tak kisah lah lelaki ke perempuan, semua buat kerja sama je. Tetiba terfikir, kuat jugak student social work ni. Hehe.

Nak atau tak nak memang kena buat jugak sebab tenaga lelaki dalam kelas kitaorang hanya ada 7 orang je. Kalau dah dorang pun sibuk buat kerja lain, takkan nak panggil suruh datang angkat. Kitaorang yang elok ayu sopan jadi perempuan dah bertukar jadi half lelaki. No i mean tenaga tu sama level dengan lelaki lah. Kekeke.










First day kat sana, kitaorang memang busy untuk preparation program hari sabtu. Ye sebab program besarnya hari sabtu. Masa hari jumaat ni lah kitaorang sibuk susun kerusi, angkat kerusi, sapu sampah, bersihkan longkang, bak kata memang masing-masing tengah sibuk dengan kerja dorang. Ke hulu ke hilir sana sini untuk siapkan semuanya. Kebetulan pulak kat Pahang cuaca memang tengah panas terik walaupun dah petang. Sobs hari pertama lagi dah kena berjemur tengah panas sampai aku sendiri sakit kepala sebab tak tahan. Nasib baik lah bila dah pukul 6 macam tu cuaca okay sikit dah.

Siap kemas susun semua pun hari dah petang. Tu pun Dr Sam dah suruh cepat-cepat buat taklimat akhir untuk esok. Lepas habis taklimat dari ketua program, kitaorang pun pergi kuarters yang sebelum ni kitaorang pernah tinggal.
Masa untuk rehatkan diri. Yayyy!
Kumpul tenaga untuk program besar esoknya. 


Program Citra Khazanah Pribumi Tasik Chini adalah program kerjasama Kerja Sosial dengan Pusat Penyelidikan Tasik Chini.

You May Also Like

0 comments