Program Citra Khazanah Pribumi Tasik Chini (part 2)

by - May 30, 2014

Hari kedua adalah hari yang dinanti-nanti oleh semua orang termasuk komuniti kat Tasik Chini.

Awal pagi lagi kitaorang dah bangun nak mandi dan siap semua sebab pukul 6.30 pagi kitaorang dah kena turun bawah untuk berkumpul. Masa tu bas pun dah tunggu nak bawa kitaorang masuk kampung. Maka masa awal pagi tu adalah sesi di mana kitaorang beratur nak mandi. Satu rumah ada lebih kurang 15 orang macam tu, bilik air ada dua je, boleh imagine macam mana keadaan rumah pada waktu semua nak mandi? Hehehe so masa ni dapat lah flashback kenangan masa duduk asrama untuk cop cop 'lepas kau mandi, aku pulak nak mandi tau.' K. hahaha. Kenangan sangat.


Seperti yang dijanjikan, 6.30 pagi je masing-masing dah keluar rumah turun pergi kat bas. Masa ni belum ada rasa apa-apa lagi, turun dengan suka rianya macam nak pergi rombongan je. -.-

Suasana awal pagi kat padang.

Hanny tengah siapkan cenderamata hamper untuk pemenang hari tersebut.

Atikah tengah siapkan pembahagian cenderamata.

Kebetulan hari sabtu ada sekolah ganti, so kitaorang dapat lah tengok budak-budak kat sana pergi sekolah. Jalan kaki jeee tau. Kau mampu?


Preparation.

Tolong tengok tuan puteri yang tengah tu je okay. Hahaha. Masa ni baru lepas ambik pakai perasmi kat sorang makcik ni, kreatifnya masyarakat orang asli ni kan, pakai daun je boleh buat sampai cantik macam tu. :)


Lepas dah siap semua preparation terakhir sebelum mula program, orang kampung Tasik Chini pun dah mula datang untuk memeriahkan program. Ada yang datang dari Kg Cendahan, Kg Puput, dan Kg Ulu Melai. Sementara orang kampung datang, kitaorang pun tengah tunggu Perasmi sampai. Tak lama je lepas tu Pn Naziah Osman sampai, beliau lah perasmi untuk Program Citra Khazanah Pribumi Tasik Chini.

Sebenarnya dalam program ni aku pegang jawatan sebagai bendahari. Okay apa lah sangat bendahari je pun -.-

So disebabkan masa program aku takde kerja sangat, dorang suruh aku jadi salah sorang usher untuk majlis perasmian tu. Orang takde pengalaman mana pun jadi usher ni tapi nak taknak kena jugak tolong. heh. Iring VIP pergi tempat duduk, iring VIP nak berucap, iring VIP nak rasmikan program, iring VIP nak makan, pehhh semuanya nak pakai iring iring. Biasa lah, orang tak pernah nak jadi usher memang suka merungut sampai 10 malam. Hahaha.

Dari kiri Pn Naziah Osman (Pegawai Pejabat Kemajuan Orang Asli Daerah Pekan), Tok Bantin dan Guru Besar Sk Tasik Chini.

Akak bendahari jadi usher. Fuyooooo hahaha. Tok Batin nak sumpit untuk simbolik perasmian masa ni.

Jadi usher tanggungjawab dia kena bagi tahu kat Tok Batin kat mana nak kena sumpit. -.- bersungguh sangat masa ni tau.

Ni nama dia Tarian Kelundang ye adik adik. Persembahan tarian ni dari pelajar SK Tasik Chini sendiri.

Alat muzik yang dorang gunakan untuk Tarian Kelundang.

Habis je ucapan perasmian, simbolik perasmian dan persembahan Tarian Kelundang tu, kitaorang pun start dengan aktiviti-aktiviti yang dah dirancang mengikut tentatif program. Semua AJK ikut lah kerja masing-masing, ada yang kena jaga makanan untuk orang kampung makan, ada yang kena jaga bahagian kesihatan, dan ada yang pergi sekolah. Aku lepas je habis jadi usher sopan santun ayu tu, aku kena lari pergi SK Tasik Chini pulak, jadi akak fasilitator untuk adik-adik. Awww akak gituuu. Masa ni jadi superwoman, hilang segala sopan ayu segala sebab dok terkejar sana sini, lari-lari anak pergi sekolah. Superwoman sangat kannnn. K.


Aktiviti kat sekolah ni kitaorang libatkan muid tahap 2 (tahun 4, 5 dan 6) je. Dah siap-siap bahagi group semua, cari tempat dalam sekitar sekolah tu untuk kitaorang buat aktiviti bersama adik-adik. Partner aku adalah Kak Ninie, kekok jugak mula-mula sebab kitaorang tak faham sangat aktiviti yang kena buat. At last kitaorang buat ikut kepala sendiri je. Kekeke.

Dalam masa 1 jam tu aku dengan Kak Ninie habiskan masa dengan main buat roket dengan budak-budak tu, lepas tu baling siapa punya paling jauh, aktiviti kertas A4 lipat empat then suruh dorang tulis empat benda, ILMU, IBU BAPA, ILMU PENGETAHUAN dan AGAMA. Haa dorang kena pulak tulis apa yang dorang fikirkan tentang empat perkataan yang dorang tulis tadi. Aku dengan Kak Ninie perhati je memasing. Hahaha mende ah akak fasi korang ni kan, tak serupa akak fasi langsung. Part last sekali kitaorang dalam group kena buat pakaian beragam guna surat khabar lama, pehh glamour engkorang kan siap buat fashion show lagi hihi. Pakaian beragam ni Kak Ninie yang banyak handle sebab Kak Ninie lagi kreatif dari aku, dorang siap buat macam merak gituu. Part aku bila tang nak buat persembahan sajoo. Part ni memang aku akak fasi paling semangat sebab nyanyi sesama dengan budak group aku. Mana pernah aku tak macam budak-budak kannn.


 Adik-adik group aku masa ni tengah buat roket katanya. Memang semangat membantu dalam group tu nampak tau, bagus adik bagus. Keep it up! *tetiba*


Juri untuk persembahan dengan pakaian beragam masa tu Dr Sam dan Datuk Musyrifah, rileks je kot duduk kat atas rumput dengan budak-budak ni. Orang lain mampu? haha.


Akak Ninie dengan Akak Wanie bersama adik-adiknya. -.-

Habis je aktiviti kat sekolah, kitaorang kena bawak adik-adik ni pergi balai raya untuk bahagian kesihatan. Dorang diajar macam mana nak gosok gigi, sambil tu dapat lah berus gigi dan ubat gigi free. Selain dapat belajar macam mana nak gosok gigi dengan cara yang betul, dorang jugak dapat buang kutu di kepala, yang ni siapa yang memang ada kutu je lah. Wahhh banyak betul adik-adik ni dapat, untung kannn. Kat balai raya tu bukan AJK kitaorang handle, ada student dari Perubatan dan Pergigian yang datang untuk bahagian kesihatan.

Program Citra Khazanah ni memang besar sebab program ni bukan sahaja melibatkan student Kerja Sosial tapi melibatkan student dari Fakulti Sains Kesihatan UKM. Gituuu.

Kemahen lah engkorang suka kan dapat berus dengan ubat gigi free. Khusyuk benar yee.

Lepas je budak-budak ni belajar macam mana nak gosok gigi semua tu, dorang pergi padang untuk makan tengahari. Masa hari kejadian memang makan pagi makan tengahari makan petang kitaorang sediakan untuk orang kampung. Lauk pun sedap-sedap, ada yang sampai 2 kali tambah sebab lapar.



Tengahari makan, rehat kejap semua, petang sambung dengan aktiviti lain pulak. Memang padat jugak lah tentatif hari sabtu tu. Semuanya memang kitaorang buat dalam sehari je, senang kerja jugak. Nak penat ke, nak letih ke, nak kena panas ke, memang sehari suntuk tu lah. Hebat tak hebat? Hahaha.

Petang pulak lebih kepada aktiviti sukan dan main-main. Ada karoeke terbuka untuk semua katogeri (kanak-kanak, wanita dan lelaki), ada sukan macam tarik tali, cari gula-gula dalam tepung, main rebut kerusi,  gusti lengan, bola sepak dan banyak lagi. Tarik tali dengan bola sepak rasanya macam paling banyak dapat perhatian. Heee mana taknya, wakil UKM vs komuniti kat Tasik Chini kan. Beriye bagi support untuk team masing-masing. Masa tengok bola sepak paling best lah sebab kitaorang AJK yang paling over memekak kat tepi padang tengok budak lelaki kelas kitaorang main. Ada yang bagi semangat, tepuk paling kuat, ada jugak yang mengutuk sebab tak menahan tengok dorang main. Kahkahkah. *taip sambil teringat waktu kat Tasik Chini makanya gelak sorang-sorang*


Kebetulan masa petang tu cuaca macam dah mendung je kat langit. Memang ada tanda-tanda hujan bakal turun tapi kitaorang proceed je dengan game semua sebab selagi hujan tak turun, selagi tu lah game diteruskan. Seronok tak hengat melayan budak-budak kat sana tau, kita pun jadi macam budak-budak sebab main sama dengan dorang walaupun hanya menguruskan je. Haha aku mana pernah tak jadi budak-budak, memang begini lah aku bila dah melayan budak-budak, tak sah kalau tak jadi macam dorang. 

Masa tengah main-main kat padang tetiba hujan turun. Pehhh feeling lari-lari dalam hujan masuk khemah macam cerita hindustan sangat kan. Lepas tu tengok kat padang budak-budak ni rileks je nak main masa tengah hujan. Kakak-kakak dah panggil masuk khemah baru lah masing-masing datang. Tapi still ada je budak-budak yang dok main bola masa tengah hujan tu. Aku syak dorang ni memang tak kisah hujan ke panas ke asalkan dorang puas dapat main. Lagi suka ada lah. 

Hujan dah berhenti baru kitaorang sambung main. Seronok melayan budak-budak katanyaaa. Kekeke.



















Penat main, memang cari makanan dan air. Minum petang tu menu dia bubur, makan ramai-ramai dengan orang kampung memang seronok. Paling seronok bila kita tengok dorang makan. Macam bila mak kita masak lepas tu kita makan siap tambah banyak kali, mak tengok suka je sebab kita makan dengan jaya dan gembiranya kan. Perasaan dia lebih kurang macam tu jugak tengok orang kampung makan.

Petang tu habis dengan majlis penutup, penyampaian hadiah lepas tu sesi bergambar. Walaupun petang tu semua macam dah letih, muka pun nak taknak je senyum, Kak Hazim pun dah pening nak pitam segala dan aku pun tak terkecuali dah sakit kepala, tapi kitaorang tetap rasa seronok. Seronok sebab program berjalan macam yang kitaorang plan even last minute ada tukar sikit-sikit. It's normal okay.


Suka duka, penat lelah, menangis ketawa, sakit pedih pahit gembira, semuanya kitaorang rasa. You know, bukan mudah nak buat program yang besar macam ni lepas tu melibatkan banyak pihak. Kau nak uruskan hal ni, kau nak uruskan hal yang tu, kerjasama lagi, dengan perangai masing-masing yang berbeza, bukan mudah tau nak handle benda-benda ni.

 But at the end, Alhamdulillah semuanya okay. Cacat cela tu boleh baiki untuk masa akan datang.


Pengalaman tu banyak mengajar kita sebenarnya. Kerja yang kau belum pernah buat then kau dapat, itu lah yang paling berharga. Esok-esok kau dapat tanggungjawab tu takde lah kau rasa nak terbalik dunia ni. Hahaha. Paling penting hati kena kental, jiwa kena mantap. 

Terima kasih untuk semua yang terlibat.
Peace! :)

You May Also Like

0 comments