Tamat semester 5

January 16, 2015

Hai.


Baru ada masa nak menaip. 3 minggu busy study untuk final exam. Mampu buka blog, lepas tu baca blog orang lain, lepas tu tutup. Nafsu nak menaip tu hilang akibat exam. Luls.


Final exam dah habis. Yayyy! Heee.

Nak kata struggle study tu macam takde sangat sebab tak pernah lagi pecah rekod study awal, semua nak last minute. Last minute buat nota, last minute membaca, menghafal dan memahami. Power tak? Tu baru nama student yang selalu nak masuk dalam dean list tapi tak pernah tercalon. Bahahaha. Kita tak pandai macam awak awak yang tiap sem dekan tu. 


Soalan exam macam biasa, tak pernah nak ada yang senang. Ke aku sorang je yang rasa macam tu? Hee. Entah. Rasa macam semua dah baca, semua dah faham, tapi bila baca soalan je mulalah rasa macam 'apa benda soalan ni nak sebenarnya?' Omg soalan dalam Bahasa Melayu pun susah ke Wani? T.T 

Lepas tu nak jawab pun serba salah. 
Apa jawapan untuk soalan ni? Mana satu jawapan dia? Eh tadi aku dah ingat dah benda ni tapi apesal soalan dia lain macam je? Lecturer salah soalan ke ni?

Seriously, semua benda dah ingat sebelum masuk exam hall tapi kenapa soalan dia macam bukan yang aku belajar. Mulalah masa tu aku jawab je apa aku ingat. Confident tulis sampai dua jawapan sebab takut kalau tulis satu je nanti yang ni tak betul. Mana entah aku belajar, buat kerja gila macam tu. Hahaha. Macam orang tak pernah exam kan. 

Apa-apa pun exam dah habis. Hikhik. Keluar exam hall bukan main awal, patut pukul 6 habis tapi pukul 5.15 dah keluar. Gila confident je. Keluar awal pun takde rasa suka ke gembira ke, sebab rasa macam entah betul ke tak apa aku jawab untuk last paper semalam. Eee diri sendiri rasa sakit hati.


Okay stop pasal exam. Habis dah kan? K.
Semoga dapat keputusan yang tidak mengecewakan.


Cuti dah mula tapi still tak boleh nak cuti betul-betul cuti. Kata dah jadi student final year kan, tu thesis menunggu tu. Bahahaha. Nak habis belajar kan, nak grad kan, maka bawa-bawa lah sedar diri masa cuti kali ni. Luls. 





Happy semester break!

One semester left.



You Might Also Like

0 comments