Dating dengan girlfriends

February 06, 2015

Hai.


Semester break dah 2 minggu dan seperti biasa cuti yang sangat tak produktif. Tak usah ditanya apa aku buat waktu cuti macam ni sebab takde yang seronok langsung. Bahaha.

Well, haritu sebelum cuti bukan main aku plan dalam kepala apa nak buat. End up tak buat apa-apa pun. 
Goyang kaki macam tuan puteri je. Muahaha.


Tapi cuti takkan sempurna tanpa jumpa dengan kawan baik sendiri. Plan last minute lepas tu masing-masing terus setuju nak keluar sama. Dah ajak yang lain jugak cuma yang lain-lain tu busy. Maka hanya kitaorang bertiga je yang keluar. Jangan kata kitaorang lupa yang lain, tak tak. Ingat je dalam hati. Sweet tak? Heh.

Mula-mula ingat nak tengok wayang tapi tak jadi. Kebetulan masa sampai Alamanda tu dah tengahari masing-masing lapar so kitaorang makan dulu. Makan tu lagi penting dari segala benda yang ada sebab kalau takde tenaga macam mana nak buat kerja kan. Gituu.


Makan macam ni pun dah kenyang bagi aku. Memang kenyang sekenyangnya lah, padahal macam ni je makan untuk 3 orang. Bahaha. Mesti orang tengok macam tak percaya kan. Ekin dengan Afika complain takde nasi lah apa lah, aku relaks je makan takde nasi. Luls berlagak sangat. Habis jugak makanan tu walaupun takde nasi. Takpe, balik rumah masing-masing cari nasi kat dapur okay. 





Lama jugak kitaorang makan masa ni sebab memang sengaja nak makan lama-lama sambil borak. Kitaorang ni bukan senang nak jumpa. Sorang kat Kedah, sorang kat Sarawak, aku jugak tak keluar-keluar dari Selangor ni menanti kepulangan diorang cuti. 


Tahun ni masing-masing dah 22 tahun. Cepat sangat dah besar. Bila jumpa ni memang takkan terkecuali pasal kahwin. 

'Kau bila nak kahwin? Cepat sikit lah, aku tak sabar.'
'Eh aku lambat lagi, kerja pun tak.'

'Kau bila pulak? Calon dah ada.'
'Tunggu habis belajar dulu.'

'Kau dengan siapa sekarang?'
'Aku mana ada sesiapa, tolong carikan untuk aku.' 

Macam ni lah perempuan bila jumpa, especially yang dah lama tak jumpa. Tapi ada je yang setiap hari jumpa tanya soalan yang sama. Eh tak bosan ke? Orang nak jawab pun rasa nak muntah dengar soalan sama je. Kekeke.


Lepas makan kitaorang main bowling. Bertiga pun jadi okay. Aku ni pernah main sekali seumur hidup je, bowling sangat tidak menarik minat aku ye. Tapi atas desakan dan ajakan budak berdua ni maka aku ikutkan je. Sekali dapat main sampai taknak berhenti main walaupun skor aku paling rendah. Kahkahkah. Eh aku ni bukan pro dan bowling ni selagi aku boleh elak, aku akan elak dan sebab tu jugak aku kalah. Haha.

Kau bagi aku pilihan antara tengok wayang dengan bowling, aku tetap akan pilih tengok wayang. I don't care.






Seronok sebenarnya bila girls day out macam ni sebab banyak benda boleh share, boleh luah dan boleh buat. Kadang-kadang bercakap pun tak peduli orang kanan kiri. Hahaha. Nak bercakap pun kena ikut turn siapa nak cakap dulu sebab kang huru hara jadinya kalau tiga-tiga cakap serentak. Lepas tu confuse siapa nak cakap siapa nak dengar ni. Bahahaha.

Sementara masih bujang, elok lah kitaorang keluar tanpa rasa was-was dan bimbang. Nanti masing-masing ada suami kena minta izin dulu, kena fikir nak bawak anak ke tidak. LOL. 


Macam ni lah rutin bila cuti sem. Lepas rindu dengan bestfriend sendiri. Ahaks.
Lepas ni cuti lagi boleh lah jumpa borak sakan tak ingat dunia kan. 


Till then.

You Might Also Like

0 comments