Designed by Veethemes.com | Gooyaabi

Teruja

Hai.


Tak nak lepaskan peluang tengok sawah depan mata. Kebetulan haritu before cuti semester habis ada kenduri kahwin kat Tanjung Karang, so ikutlah mak dengan ayah pergi sana. 

Gila tak teruja? Sangat teruja sampai rasa nak tinggal sana je T.T
Please faham perasaan seorang perempuan yang terlalu teruja tengok sawah ni. Haha.


Kat Banting mana lah nak dapat tengok sawah, yang ada pun pokok kelapa sawit je. Bila balik Bangi pulak ku dikelilingi hutan dan monyet. Sedih tau. Bila pergi Tanjung Karang haritu bukan main seronok diriku ini. Luls. Tak sabar-sabar nak simpan kenangan dengan sawah. Sawah je pun. Kahkahkahkah. Jadi perempuan gila kejap kat sana sebab tengahari panas terik pun aku sanggup berjalan pergi sawah. Kau rasa? 


Menangis bila tengok gambar ni. Kenapa cantik sangat tempat ni. T.T



Kitaorang tak kisah panas terik ke panas apa ke, asalkan dapat tengok sawah. 
Ya Allah, memang seronok. Kalau boleh tak nak balik, tapi kena lah sedar diri yang kau tu kat tempat orang. Heh. Tapi kalau rumah mak mertua kat sini pun okay jugak kan? *mati lah aku kalau Farhan baca*

Dalam rasa seronok tu ada satu benda aku tak suka. Aku tak suka kalau ada orang jalan bertentangan dengan aku, masa tu aku akan mula rasa nervous. Macam mana nak lalu ni, macam mana nak jalan ni, macam mana nak lintas ni, kau nak aku lompat ke macam mana kisahnya, nanti aku jatuh macam mana, habis lah baju cantik aku ni kalau jatuh. Hahaha. Penakut ya rabbi. Lepas tu mula lah terjerit-jerit macam perempuan gila sebab takut punya pasal. -.-

Sabrina dengan ayah. Sweet sangat boleh peluk-peluk tengah panas. Haha.




Dulu kitaorang datang pun sawah hijau macam ni jugak. Pernah je nak datang masa tengah kuning tu kan, cuma tak kena masa. Makcik/pakcik sedara kata datang bulan April nanti tengah kuning. Alaa bila pulak kitaorang dapat datang lagi, ini pun sebab ada kenduri kahwin dan ayah free nak bawak. 

Ada rezeki boleh lah kot datang lagi. InsyaAllah. Nasib baik jugak ada sedara kat sini so peluang nak tengok sawah ada. Yay!



Till then.

2 comments:

  1. Nice photo! rasa tenang tgk sawah padi.. walaupon hanya dalam gambar.

    ReplyDelete
  2. Nice photo! rasa tenang tgk sawah padi.. walaupon hanya dalam gambar.

    ReplyDelete