Drama sebabak sem akhir

April 14, 2015

Hi.

Sekarang tengah busy dengan banyak benda and lagi-lagi dengan tesis. Ye, tesis. Menangis lah kalau cakap pasal tesis. Dah habis week 7 dan tesis masih tunggang langgang. Macam mana nak grad ni? T.T

Sekarang tengah cuti midsem. Cuti okay. Baru balik rumah 3 hari, dah kena balik UKM balik sebab nak betulkan surat. Kalau tak fikir surat tu penting dan nak dapatkan kebenaran cepat, takde lah aku gigih duduk kolej yang sunyi sepi ni. Sobs. Habiskan sisa-sisa cuti yang ada kat sini je lah. Sedihnya.


Borang soal selidik belum edar lagi sebab JKM belum bagi kebenaran. I is sedih tau. Tengok coursemate ada yang dah siap edar lepas tu tinggal nak key in data je, yang aku ni masih terhegeh-hegeh nak edar borang. Penyelia dah ingatkan, bulan 5 nanti dah kena analyse data dan hantar report kat beliau. Sakit kepala fikir. Tapi bila fikir balik, itulah ujian/dugaan untuk diri sendiri. Moga jadi tabah. Hiks.


Tak termasuk dengan banyak assignment yang berbentuk program lagi. Sampai ke sudah fikir mana satu nak didahulukan dan apa yang patut aku buat. Rasa macam masa tak cukup dah nak buat semua benda tahu tak. Tapi nak taknak, suka atau tak, kena hadap jugak semuanya.


Haritu busy pergi sana sini. Penat. Letih. Tapi outcome dia memuaskan. Akan datang ni pun ada program lagi, berat je hati nak join. Tapi bila tak join, takde markah. Maka nak atau tak, kena lah join. Sebenarnya seronok je berprogram ni, masalah dia datang bila semua benda datang waktu yang sama dan aku confused mana satu nak buat ni. Kahkah. Bila habis program tu memang tarik nafas lega sangat. Heh.

Penat macam mana pun, ku gigihkan diri jua demi menghabiskan sem terakhir dengan cemerlang. Hasil penat lelah tu nanti boleh tengok sendiri lepas grad. Tolonglah, nak grad tahun ni jugak. Taknak extend ke apa ke. Ku korbankan segala yang ada demi semester akhir ni. Hahaha.


Tempat untuk LI belum dapat lagi. 3 pilihan tu kalau tak dapat, nak kena fikir lagi mana nak LI. Stress jugak, tapi lepas tu okay je. Kena jadi positif je.


Good luck Wani :)
Till then.

You Might Also Like

0 comments