Majlis Kahwin Abang Sepupu

April 22, 2015

Hi.


Cerita dah nak basi, cerita nak dekat sebulan lepas dah ni. Heh.

Dua orang abang sepupu aku dah selamat mendirikan rumah tangga. Alhamdulillah. Disebabkan dua-dua lelaki, maka pak ngah aku buat majlis sambut menantu sekaligus. Senang. Sorang dapat orang Banting dan sorang dapat orang Kuala Lipis.

Majlis sambut menantu ni buat kat rumah pak ngah which is kat Pekan, Pahang. Majlis hari sabtu 28hb Mac 2015.

Pagi-pagi lagi lepas solat subuh family aku dah gerak ke Pekan sebab perjalanan dari Banting ke Pekan tu ada lah lebih kurang 4-5 jam. Memang penat lah kalau pergi sehari je, nak drive tu ingat dekat ke? Nasib baik adik aku yang Shazwan tu boleh drive, so masa pergi Shazwan drive and balik dari Pekan tu ayah pulak drive.

Dalam pukul 12 tu dah sampai rumah pak ngah terus makan. Masing-masing lapar. Hahaha. Lepas tu masuk rumah tunggu pengantin sampai. Majlis sambut menantu ni simple je pak ngah dengan mak ngah buat. Pengantin sampai, pergi makan kat meja pengantin lepas tu layan tetamu yang datang. Tujuan buat majlis pun sebab nak raikan pengantin, tetamu datang makan dan kenalkan menantu diorang je. Tapi zaman sekarang ni kan susah nak tengok orang buat majlis simple macam ni. Kalau boleh orang sekarang ni belah perempuan belah lelaki dua-dua nak kena ada kompang, silat, lepas tu duduk atas pelamin semua tu. Okay whatever. Apa yang penting semua orang happy datang majlis haritu.

Happy macam kitaorang kat atas ni :P hiks.

Dua orang lelaki yang pakai baju melayu tu pengantin, yang kat tengah tu Shazwan, adik aku.

Hai kakak sepupu baru.

Apa benda Shazwan mulut ternganga, apa benda Abang Mie jeling tempat lain hahahaha.

Ni kakak sepupu baru jugak, suami dia ada kat belakang tu tengah busy pilih lagu nak nyanyi. Luls.

Ambik gambar ni masa kitaorang dah nak balik. Kesian Kak Paan, dia penat sebenarnya tapi aku paksa jugak ambik gambar. Hahaha. Lepas tu Sabrina tegur Kak Paan senyum sebab terpaksa, terus dia gelak jadi macam gambar kat atas tu. Hahaha.

Kak Meera, kakak sepupu tua setahun dari aku. Abang-abang dia lah yang kahwin tu.

Kak Meera paling susah nak jumpa sebab dia tinggal kat Pekan, so jarang sangat jumpa dia. Dalam setahun boleh kira dengan jari berapa kali pernah jumpa. Sekarang dia study kat USM Penang, lagi payah nak jumpa T.T

Happy dapat jumpa :)

Kak Meera terkejut Kak Dyra pegang dia ke macam mana. Hahaha. Comel.

Nak tunggu kitaorang punya majlis lambat lagi, kitaorang tumpang lah duduk kat kerusi pengantin ni.

Ucu dengan Abang Reza.

Lepas majlis tu dalam pukul 3 lebih kitaorang nak gerak balik dah. Sebelum balik tu singgah kejap kat homestay yang pak ngah sediakan untuk mandi dan tukar baju. Masing-masing dah rimas dah. Ikut plan, ayah nak pergi Muzium Sultan Abu Bakar sebelum gerak balik Selangor. Sebenarnya aku dengan Sabrina yang nak sangat pergi. Hehehe. Lepas tu entah macam mana adik ayah yang lain pun nak ikut, so semua pergi kecuali Ucu. Ucu nak bawak Atuk dengan Ateh balik awal.

Because we love each other sampai tutup mata hahaha :P

Gembiranya Sabrina siap bersila okay.

Ni kalau boleh bawak balik kan best, boleh langgar semua orang. Kah.

Cepatlah terbang, kita dah sedia dah ni.

Aku rasa aku teruja sangat sampai nak belek benda tu sampai macam tu sekali. 

Sabrina dengan kawan baru dia. Kahkah. 

Apa benda tutup mata tu woi?

Nak main lompat-lompat pulak dia ni. 

Walaupun dah petang tapi cuaca panas sangat, mari minum air kelapa yang sejuk dan sedap ni.

Lepas tu abang lang belanja kitaorang semua makan cendol kat Pekan. Sedap tak terkata.

Habis makan cendol kitaorang gerak balik. Masuk je kereta penat dia tak payah cakaplah. Macam engkau yang drive padahal kau duduk belakang senang lenang. Heh. Sampai rumah dalam pukul 11 malam terus rehat sebab esok pagi kena pergi rumah jiran pulak. Anak jiran kahwin. Pengsan.

Congratulation Abang Mie and Abang Reza.
Cepat-cepat dapat baby k. Heee :D

You Might Also Like

0 comments