Shazwani Ramly. Powered by Blogger.

Shazwani Ramly

Hi.


Alhamdulillah, borang soal selidik dah pun selamat dijawab oleh responden. Legaaa sangat. Sebelum ni risau gila, bila nak hantar borang soal selidik ni, bila nak bagi ni, bila boleh start buat bab 4 ni. Orang lain dah start buat bab 4, aku boleh rilek je baru nak pi hantar. Kah. Elok sangat perangai tu.


Sekarang tengah busy buat analisis untuk bab 4. T.T

Bukan boleh siap dalam seminggu okay, ambik masa. Menangis lagi macam ni. 
Dah lah guna SPSS, jenuh lah nak keluarkan data. Tu lah siapa suruh kau buat kuantitatif kan? Haaa padan muka. Juling mata dok hadap laptop tiap hari. Jadi masa ni baru kau tahu yang nak buat thesis tu bukan benda yang mudah dan baru kau tahu belajar tu bukan makin senang. Heh. Lagi-lagi aku ni slow pasal SPSS, nasib baik coursemate banyak tolong ajar macam mana nak analisis data. Terima kasih coursemate :'D

Tiap hari jugak gigih bangun awal pagi pergi library. Tak boleh nak duduk dalam bilik sebab nanti mengantuk, maka ku paksakan diri pergi ke library untuk thesis. Demi thesis. Semua kerana thesis. Sobs. Selama ni dari sem 1 sampai sem 5, mana pernah nak pergi library duduk sana lama-lama. Tak tahan kena duduk diam tak boleh cakap kuat-kuat. Study untuk exam pun belum pecah rekod lagi duduk library. Kahkahkah. Harap sem akhir ni rekod tak terpecah lagi. 


Nak habiskan thesis ditambah lagi dengan final exam bulan Jun ni, sakit kepala hoi. Stress pun ada. Stress sampai nak sahkan exam pun sampai lupa. Duit melayang kena bayar denda. T.T Pulak tu sem ni takde study week, terus exam je. 

Tinggal sebulan je lagi nak habis belajar, lepas tu nak pergi praktikal pulak. Tempat untuk LI dah dapat, yayyyy! Tak payah serabutkan kepala mana nak pergi untuk LI. Boleh lah fokus kat dua benda je lepas ni, THESIS dan FINAL EXAM. Heee.



Till then.
Share
Tweet
Pin
Share
2 comments
Hi.


Dah masuk tahun akhir ni macam biasalah, dinner adalah keperluan bagi kakak dan abang senior. Kakak dan abang senior ni diraikan untuk saat-saat akhir mereka sebelum habis belajar. Gitu. Tema Black and White and of course kakak dan abang senior engkorang akan pakai sesuka hati mereka walaupun engkorang dah tentukan colour apa patut mereka ni pakai. Luls.

Tapi kita orang takde kejam sangat lari jauh dari tema. Heh. Ada je third year yang betul-betul ikut tema and ada yang pakai satu colour je and satu lagi warna lain. Mostly ramai pakai baju hitam and tudung warna suka hati. Haha.

Sekejap je dah tahun 3, sekejap je lagi nak habis belajar. T.T

Okay boleh makan sampai kenyang, esok pagi puasa. Kahkah.

 Hai Kak Hazim :)

Muka lapar muka gembira, semua muka ada. 

Tak tahu kenapa nak kena buat muka macam tu masa ambik makanan -.- 

Kak Ana nak rebut ambik ayam dulu sebab nak paling besar hahaha.  

Pehh ayam kau pun taknak kalah atas pinggan tu Wani. Heeeee.

Sambil makan sambil dengar orang menyanyi. Persembahan malam tu dari Tasya. Peh suara sedap kalah Stacy, boleh dah tercalon artis baru paling popular abph.

Mak-mak Jemah bersembang siap main pegang-pegang. Mampu? Heee.

Kak Ilah dengan Syahrul. Aku doa budak berdua ni ada jodoh. Hahaha. 

Semua tahun 3 yang datang dinner. Kan dah kata ada yang tak ikut tema atau lari tema. Tapi at least ada satu warna yang ikut teman pun okay dah tu. Semuanya cantik-cantik.

Okay belanja gambar terakhir. Lelaki sorang tu sesat kejap, dia second year -.- LOL

So far everything okay, takde masalah. Kitaorang datang pun enjoy je dinner malam tu. Mungkin lah ada kurang sikit-sikit, takpe boleh baiki lagi. 

Tiap tahun aku tak lepaskan peluang datang dinner. Nanti bila habis belajar and keluar dari UKM ni ada lah benda yang aku akan ingat. Heh. First year dinner macam mana, second year dinner macam mana, and final year pulak macam mana. Semua ada, semua aku rasa. Thank you untuk dinner and makanan yang mengenyangkan. 


Next, dinner kolej pulak!
Share
Tweet
Pin
Share
No comments
Newer Posts
Older Posts

About me

About Me

Popular Posts

  • Kolej Matrikulasi Selangor
    Assalamualaikum. Sekarang aku berada di rumah setelah berkampung di kms selama 5 hari. huhu. Terseksa menyeksa jugak lah orientasi kan...
  • Family Day Social Work 2014
    Family day ni mula-mula planning nak buat kat PD, tapi disebabkan ada masalah sikit so kitaorang buat kat UKM je. Apa yang penting kitaora...
  • Cuti Semester
    Exam dah habis 24hb haritu. Tinggal dua paper lagi kot masa tu, terasa makin stress sebenarnya. Tengok orang lain bukan main lagi dah habi...
  • Pulau pangkor part 1
    Assalamualaikum semua. Now, aku kat rumah. hihihi. Baru 3 hari duduk kat kms dah balik sebab period pain. Nasib ayah baik sangat nak am...
  • Suntikan HPV
    Assalamualaikum semua. Adakah anda sudah mengambil suntikan HPV? Okay, soalan ni untuk kaum perempuan je. Yang lelaki boleh duduk d...

Blog Archive

  • ►  2019 (1)
    • February 2019 (1)
  • ►  2018 (11)
    • August 2018 (3)
    • July 2018 (2)
    • June 2018 (2)
    • May 2018 (2)
    • March 2018 (2)
  • ►  2017 (2)
    • August 2017 (1)
    • June 2017 (1)
  • ►  2016 (4)
    • April 2016 (1)
    • February 2016 (1)
    • January 2016 (2)
  • ▼  2015 (16)
    • November 2015 (1)
    • October 2015 (2)
    • September 2015 (1)
    • August 2015 (2)
    • July 2015 (2)
    • June 2015 (1)
    • May 2015 (2)
    • April 2015 (2)
    • February 2015 (2)
    • January 2015 (1)
  • ►  2014 (28)
    • December 2014 (2)
    • November 2014 (2)
    • October 2014 (1)
    • September 2014 (1)
    • August 2014 (2)
    • July 2014 (2)
    • June 2014 (4)
    • May 2014 (3)
    • April 2014 (4)
    • March 2014 (3)
    • February 2014 (3)
    • January 2014 (1)
  • ►  2013 (37)
    • December 2013 (1)
    • November 2013 (2)
    • October 2013 (2)
    • September 2013 (2)
    • August 2013 (2)
    • July 2013 (2)
    • June 2013 (1)
    • May 2013 (3)
    • April 2013 (4)
    • March 2013 (7)
    • February 2013 (4)
    • January 2013 (7)
  • ►  2012 (13)
    • December 2012 (2)
    • November 2012 (2)
    • October 2012 (2)
    • September 2012 (2)
    • August 2012 (2)
    • July 2012 (1)
    • March 2012 (1)
    • February 2012 (1)
  • ►  2011 (1)
    • May 2011 (1)

Pages

  • Home

Created with by ThemeXpose