Mana Nak Letak Ni?

by - August 14, 2018

Since I dah jadi isteri orang, I dah tergolong dalam kalangan menjadi seorang isteri/wanita yang sukakan kecantikan, kebersihan dan kekemasan di dalam rumah.

Sejak kebelakangan ni, whenever I dengan Farhan pergi groceries shopping, I akan cuba larikan diri untuk melencong ke tempat yang ada jualan bunga for indoor (dalam rumah). Sekali dua bila Farhan tengah leka tengok benda lain, I buat-buat lah jalan pergi cari barang I and then cepat-cepat pergi tengok bunga. Hahaha. Macam ada buat salah je nak pergi diam-diam padahal boleh je bagitahu.

I rasa I dah ada simptom mak-mak yang suka nak ada bunga kat rumah tapi rumah I tak mengizinkan untuk buat tanaman luar rumah. So I rasa why not I beli bunga untuk indoor, kan? Duduk kat tengah bandar buat I rasa lemas dengan bau sampah, asap motor/kereta/lori dan udara yang tak berapa nak tercemar. Jadi I pun berangan dan memasang impian untuk membeli bunga indoor yang besar terus letak dalam rumah bagi udara yang segar di samping mencantikkan rumah sendiri. I bagitahu Farhan apa yang I nak beli bunga sebab I dah tak boleh tahan diri dari tengok dan berangan tapi sampai sekarang tak terbeli. Seorang isteri yang solehah, haruslah meminta izin dan pendapat suami terlebih dulu sebelum I dikecam oleh adik-adik I kerana buang tabiat nak berbunga dalam rumah. Kahkahkah.

"Sayang macam nak beli yang ni la." tunjuk bunga yang tak berapa nak besar tapi cantik.
"Mana nak letak ni?"
"Dalam rumah lah, tak nampak dia tulis indoor?"
"Besar sangat lah, beli kecik je lah."
Lalu I terdiam dan beralih ke bunga yang lain. -.-

I kena dengar cakap Farhan atau nanti I akan dilabel memilih barang tanpa tujuan dan membazir. I tell you, bila I nak beli sesuatu I kena plan and inform him first, so that nanti dia tak bantah apa yang I nak. May be I lupa I mempunyai seorang suami yang mementingkan hala tuju kehidupan dan berfikiran 10 kali ke hadapan berbanding I yang hanya berfikiran untuk esok hari sahaja. Muahaha.

Then I decide to buy something yang mudah untuk dijaga bagi wanita yang baru nak mulakan hobi tanaman bunga dan bagi menyedarkan I bahawa tak senang untuk kita kecapi apa yang kita angan-angankan. Lol.

Hello cuties :p

Dah 3 minggu I beli cactus ni and mostly yang tolong jaga/bagi air adalah Farhan. I told you, I nak bunga yang besar but then Farhan yang suruh ambil yang kecik macam ni, so salah I ke kalau I terlupa nak tengok cactus ni? Bahahaha. 


Till then.

You May Also Like

3 comments

  1. Sama! Baru beli cactus like these haritu. But end up malas nak jaga hahaha. Kena jaga baik2, nanti dia cepat layu :(

    ReplyDelete
  2. alahai comey sangat ni. kalau saya pun, akan terlepas pandang jugak. hehehehehhee

    ReplyDelete