Selamat tinggal 2012

by - January 01, 2013

Assalamualaikum semua =D



Kalau dulu wanie masih di alam belasan tahun, tapi hari ni usia sudah semakin meningkat. Dari 19 sudah pun masuk ke 20 tahun.


Alhamdulillah.

Dah semakin tua. Eh? Tak lah, semakin matang :p


Bila masuk je tahun baru, hari baru, tetiba rasa semua nak baru. Baju baru, kasut baru, beg baru, hidup baru, semangat baru, azam baru, lelaki idaman pun nak baru boleh? haha.


Tahun yang lepas lepas banyak mengajar wanie dari yang tak baik untuk jadi yang lebih baik. Pergi sekolah, pakai baju sekolah, masuk matriks, hari-hari kena pakai baju kurung, nak keluar rumah kena mintak ayah hantar sana sini, tak cukup duit mintak mak ayah. And until wanie masuk universiti, everything has been change. Takde dah peraturan macam budak sekolah, macam kat matriks.

Sekarang semua kena buat sendiri. Nak makan sendiri, basuh baju sendiri, barang habis beli sendiri, even kalau tak cukup duit pun pandai-pandai lah hidup sendiri. Bukan nak berlagak tapi itu lah permulaan untuk umur yang baru. Perghhh, azam yang tinggi menggunung.


Berdikari. Berdiri di atas kaki sendiri.


Now, i'm a big big girl. 20 years old. Ya Allah, terasa tua sudahhh.


Banyak yang wanie kena ubah. Kot. hahaha. Tetiba rasa matang gila. Tetiba rasa nak jadi perempuan yang sebenar-benarnya. Nak belajar masak. Nak belajar rajin-rajin. Nak cepat-cepat kerja. Nak jadi anak yang solehah. Nak kahwin. Banyak dah yang ada dalam kepala cuma tak boleh lah nak explain satu-satu. Tapi memang lah, dah masuk tahun yang baru, memang semua rasa nak buat and nak yang baru. Lagi-lagi bila dah masuk ke alam puluhan gituu. haha. Apakah?


Sesungguhnya, tahun yang lepas banyak yang manis dari yang pahit. Mungkin lah. Terlalu manis bila wanie secara rasmi telah menjadi pelajar universiti. Menara gading tuuu. And of course, itu impian parents wanie jugak nak tengok anak perempuan sulung mereka belajar sampai ke menara gading. For sure nak buat mereka happy and rasa bangga ada anak macam wanie. *perasan hokayy.

Dulu masa sekolah, cikgu dok cakap pasal menara gading wanie buat 'pandai' jee. Sekarang baru sedar and terfikir apa yang cikgu cakap, apa yang cikgu dok membebel dalam kelas, semuanya betul. Thank you cikgu.


Cepatnya masa pergi. Pejam celik pejam celik wanie dah besar. *sepuluh kali nak ulang.


Bila dah masuk umur yang baru dan tinggalkan umur belasan tu, rasa bersemangat je.
Maybe sebab wanie dah sedar diri yang wanie bukan budak kecik lagi. Tak boleh dah mengada-ngada sangat. Mungkin jugak ke duit raya tahun ni makin berkurang? phewww. Sempat lagi fikir pasal duit raya.

Semoga Allah permudahkan segala urusan kita.


Jadi marilah kita mulakan dengan final exam yang menanti dengan semangat baru ye. ihiks.
Till then. (:

You May Also Like

4 comments

  1. happy new year wani! moga apa yg wani hajatkan tu dpt ditunaikan la tahun ni..wani ckp wani rs tua? akak ni nak masuk 24 dlm bbrape hari lagi kre cmne la? aaaaa..akak pn xcaye *pingsan* ;p

    ReplyDelete
  2. yeah !! tahun baru azam baru !! ^^ aja-aja fighting !!!!

    ReplyDelete