Shazwani Ramly. Powered by Blogger.

Shazwani Ramly

Assalamualaikum and hi.


Haritu punya dinner kolej wanie kena bertugas sebagai jawatankuasa. Tak dapat nak cantik-cantik lepas tu tak sempat nak tukar baju ikut tema pun. tsssk. sadis. Banyak nau kerja sampai diri sendiri terpaksa pakai baju yang sama dalam satu hari iaitu tshirt lengan panjang dan berseluar jeans sahaja. huwaaa T-T


Di atas kesempatan dinner course yang third year student (senior) buat dan ajakan dari coursemate secara paksa rela, wanie dapat makan malam yang sedap-sedap dengan pakaian yang walaupun nampak biasa tapi selesa dan suasana yang meriah seperti wanie yang diraikan. kehkeh.


agak menarik bila bukak tengok macam ni ha makanan dia. waaaaa, dah siap-siap kosongkan perut semata untuk dinner. ihiks

kami wakil tahun satu untuk datang dinner. :)

First time ever rasa dapat pergi dinner yang betul-betul sebab sebelum ni ada dinner je kena buat kerja. Alhamdulillah. Suasana yang seronok meriah dan pelbagai macam ragam. Semua makanan pun sangat sedap. Lepas ni kalau organize dinner pulak boleh lah ambik katering tu sebab sangat puas hati. Nak makan banyak kali pun boleh. Wani paling banyak makan, mungkin -.- Sebab lepas makan nasi, makan tomyam, lepas tu makan buah, lepas tu desert dia. pehhh, sodap lak ai. Terasa nak makan untuk esok sekali. Perut oh perut.


Masa makan-makan tu ada lah jugak yang buat persembahan. Tahun satu dua dan tiga kena ada wakil pergi depan menyanyi. Part paling tak tahan, kita datang dinner lepas tu kita jugak buat persembahan. haha. Berkaroeke lah kita ye dak? As long as nyanyi bersama-sama, itu tidak mengapa. Pilihan lagu pertama budak-budak ni lagu jiwang. tssk. Wanie tak layan lagu jiwang sangat lepas tu pulak lagu lama, so memang takat berdiri tepi lepas tu senyum tersengih je. Lagu kedua disebabkan lagu najwa latif  Carta Hati yang popular tu, so wanie menyanyi macam tak hengat. LOL. 

Marilah menyanyi. spot me ! kehkeh


Upacara perasmian oleh Ketua program kerja sosal, Dr Suhaimi atau lebih dikenali dengan Dr Sam.


i am who i am. comel tak kak ton? kahkah

Dinner yang superb. LOL. Happy happy me ! Terima kasih akak abang yang buat dinner ni jadi dinner paling best walaupun persembahan semua secara spontan and ada jugak yang request nak buat gyomi. haha. Makan sedap, suasana meriah, tempat selesa. What else? Everything is completed. Jangan nak demand sangat ehh. ngeee. Lepas ni dinner mana pulak nak pergi? haha.

ni paling drama. haha. motif sangat perangai tu wanie. -.-


till then adioss.
Share
Tweet
Pin
Share
4 comments
Assalamualaikum and hi.

Entry paling lambat nak tekan publish dan paling basi. tssk T-T


Alhamdulillah program yang dirancang telah pun berlangsung dengan jayanya :)

Banyak benda yang kitaorang terpaksa hadapi and diberi dugaan ujian yang agak tinggi tahapnya. tssk T-T still rasa seronok tu ada walaupun ada banyak masalah. Kecoh kelam kabut dan banyak lagi. Tapi takpe sebab ni lah first time kitaorang handle and organize program. Make it easy and chill.



Pagi-pagi bangun awal berkumpul dan naik bas. Kecoh jugak pagi tu sebab ada yang datang lambat. ngeee. Biar lambat asal selamat ye dak? heee. Excited jugak lah nak pergi Kuala Pilah. Program pertama yang kitaorang handle hokayyy. *ulang banyak kali. Excited sangat-sangat.

Bergerak awal pagi and perjalanan ambik masa 1 jam lebih sikit je nak sampai. Before, wanie dengan kawan pun pernah datang melawat tempat so takde masalah lah nak agak berapa jam sampai. Sampai sampai sana je dah ada orang kampung yang datang and tunggu kitaorang. Terasa macam VVIP gituu -.- kononnya lah.

Geng masak+jamuan

Sebelum pergi kena pastikan semua dah sedia tahu apa nak buat and kerja masing-masing. Mesti ! Kalau tak nanti ketua pengarah mengamuk. haha. Ok kidding. Memasing memang dah tahu apa kena buat and tak patut buat. So kerja akan jadi mudah. Yay.

Wanie sebagai pengarah dokumentasi. Pengarah lah sangat kannn. Dokumentasi sangat kannn. muahaha. Kerja wanie nampak macam mudah senang dan seronok. Padahal? Banyak kerja jugak kena buat. Before hari program kena fikir pasal banner/bunting, kena buat tag untuk setiap ajk, kena ambik gambar setiap kali meeting. K nak cakap yang wanie tak pernah ponteng meeting mungkin. :) dan banyak lagi. Sama jugak bila tiba hari program ni, kerja wanie ambik gambar. Lari sana sini sebab orang dok panggil wanie. ngee. Kejap pi tempat masak-masak. Kejap lari pi tempat budak-budak main dan join aktiviti.




Rajin budak-budak ni rupanya. Ringan tulang sangat. Semua bergotong-royong nak siapkan masakan, basuh pinggan cawan, siang ikan keli, basuh ayam. Masa ni jugak lah bakat memasing terserlah, siap boleh pilih untuk jadikan bakal suami/isteri. hahaha. Gatal wanie gatal. Walaupun wanie agak busy ambik gambar and lari sana sini, ada lah jugak wanie tolong kat bahagian masak-masak tu sebab dorang macam tak cukup tangan nak buat semua benda.


Dalam pada buat kerja tolong menolong ni kan, masa ni jugak le wanie belajar dan dapat tahu macam mana orang kelantan dengan pahang potong buah tembikai. heeee. Orang selangor potong buah tembikai tak payah buang kulit kan? Tapi orang kelantan pahang dorang buang kulit dulu baru potong. Mula-mula wanie dengan kawan sorang ni macam pelik lah sebab kitaorang berdua je anak selangor. tssk T-T malu wanie malu sebab baru tahu ada orang potong camtu. Sedih betul.

Orang kuat program. Dr Khadijah, lecturer kitaorang untuk subjek perubahan sosial. Dr seorang yang sangat sporting, baik sangat, and suka share cerita kat class. :D Thank you Dr.

 Sesi beramah mesra dengan penduduk kampung

Kitaorang panggil wan. Sangat mesra dengan semua orang. Kuat pulak bercerita itu ini. Sayang wan lebih.



Seronok sangat aktiviti kat sana. Walaupun ada masalah yang timbul, program tetap berjalan dengan baik. Lagi-lagi program kitaorang ni nak dekat pilihanraya umum, dugaan tu takkan dapat kita elakkan. Overall, memang best. Lepas ni boleh organize program lain pulak. hihi.


Muka gembira dan wanie suka jadi paling over -.-

 



Banyak benda yag kita belajar bila buat sesuatu. Same thing goes to me. Alhamdulillah. Tak kisah betapa susahnya kerja tu, selagi kita bekerjasama dan saling membantu mesti akan jadi mudah. Tak tipu k. heee. Macam-macam aktiviti kitaorang buat dalam masa satu hari. Memasak, bergotong royong, main aktiviti yang ajk program buat. Seronok. Mana lagi nak dapat kalau bukan masa ni kan.

Bila dah buat field work, masa ni jugak kita tahu betapa ruginya tak join mana-mana aktiviti kat u. *lebih kepada kutuk diri sendiri.

Orang kampung kat sana pun sangat baik, sangat ramah dan sangat mementingkan tetamu. eceh. Puji lebih-lebih sebab sebelum balik dapat kuih wajik dari orang kampung sebenarnya. kehkeh. >.<
Pulak tu before balik petang tu, kitaorang dibawa melawat sekitar kampung. Jalan kaki ramai-ramai sambil borak dalam kampung. Kau hado? heheh. Motif sangat nak riak semua wanie hoi. Masalahnya wanie sendiri duduk kampung tapi tak rupa kampung. Acane tu? -.- Mana nak rasa suasana betul-betul kampung kalau bukan kat Kuala Pilah tu. LOL.



Jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat. Tanpa anda semua, tanpa kerjasama yang diberikan, program takkan berjalan seperti yang dirancang. :) Terima kasih sekali lagi.

Till then adiosss.
Share
Tweet
Pin
Share
6 comments
Assalamualaikum semua.


Banyak perkara buat wanie semakin sibuk dan sibuk. Sungguh tak tipu. Baru sekarang lah haku merasa macam mana orang buat kerja satu hari tak rehat tak baring tak tidur dan hanya sempat makan maggi tomyam je. -.- first time hokayy. Before, tak pernah buat kerja sampai pagi buta. Dah nak subuh pun kejap lagi.


Annual dinner kolej kali ni buat wanie tertekan yang amat amat sangat. Semua kerja last minute, cari orang untuk persembahan, confirmation orang nak nyanyi lagu and so on. Banyak gila k, sampai kadang-kadang rasa macam nak tarik diri last minute jugak dengan alasan nak nikah. haha. pun boleh wanie >.<  By the way, wanie under post kebudayaan and yes, wanie adalah timbalan ketua post. So kau orang boleh fikir tahap kesibukan wanie macam mana. In fact, ni first time buat and handle kerja besar tanggungjawab besar camni. Even program Hari Bersama Komuniti kat Kuala Pilah pun takde busy macam sekarang.

Mak dah dok bertanya, bilakah wanie akan pulang ke rumah.

Ayah pulak asyik bertanya, duit belanja cukup ke tak.

Sebulan wanie tak balik rumah sebab uruskan ABADI. -Aminuddin Baki's Annual Dinner of Inspiration

Farhan pun dah macam nak marah wanie tak balik rumah sebab benda alah ni. Konon rumah macam 1 jam jauhnya? Padahal setengah jam lebih sikit dah sampai. Tssk. Kita rindu rumah kita. Rindu katil kita. Rindu masakan mak kita. T-T

ABADI berlangsung 12 Mei 2013.
So lepas habis program tu and siapkan segala mak nenek assignment, DST project semua, kita nak lari balik rumah.


Till then, Adiosss. :)


Share
Tweet
Pin
Share
No comments
Newer Posts
Older Posts

About me

About Me

Popular Posts

  • Kolej Matrikulasi Selangor
    Assalamualaikum. Sekarang aku berada di rumah setelah berkampung di kms selama 5 hari. huhu. Terseksa menyeksa jugak lah orientasi kan...
  • Family Day Social Work 2014
    Family day ni mula-mula planning nak buat kat PD, tapi disebabkan ada masalah sikit so kitaorang buat kat UKM je. Apa yang penting kitaora...
  • Cuti Semester
    Exam dah habis 24hb haritu. Tinggal dua paper lagi kot masa tu, terasa makin stress sebenarnya. Tengok orang lain bukan main lagi dah habi...
  • Pulau pangkor part 1
    Assalamualaikum semua. Now, aku kat rumah. hihihi. Baru 3 hari duduk kat kms dah balik sebab period pain. Nasib ayah baik sangat nak am...
  • Suntikan HPV
    Assalamualaikum semua. Adakah anda sudah mengambil suntikan HPV? Okay, soalan ni untuk kaum perempuan je. Yang lelaki boleh duduk d...

Blog Archive

  • ►  2019 (1)
    • February 2019 (1)
  • ►  2018 (11)
    • August 2018 (3)
    • July 2018 (2)
    • June 2018 (2)
    • May 2018 (2)
    • March 2018 (2)
  • ►  2017 (2)
    • August 2017 (1)
    • June 2017 (1)
  • ►  2016 (4)
    • April 2016 (1)
    • February 2016 (1)
    • January 2016 (2)
  • ►  2015 (16)
    • November 2015 (1)
    • October 2015 (2)
    • September 2015 (1)
    • August 2015 (2)
    • July 2015 (2)
    • June 2015 (1)
    • May 2015 (2)
    • April 2015 (2)
    • February 2015 (2)
    • January 2015 (1)
  • ►  2014 (28)
    • December 2014 (2)
    • November 2014 (2)
    • October 2014 (1)
    • September 2014 (1)
    • August 2014 (2)
    • July 2014 (2)
    • June 2014 (4)
    • May 2014 (3)
    • April 2014 (4)
    • March 2014 (3)
    • February 2014 (3)
    • January 2014 (1)
  • ▼  2013 (37)
    • December 2013 (1)
    • November 2013 (2)
    • October 2013 (2)
    • September 2013 (2)
    • August 2013 (2)
    • July 2013 (2)
    • June 2013 (1)
    • May 2013 (3)
    • April 2013 (4)
    • March 2013 (7)
    • February 2013 (4)
    • January 2013 (7)
  • ►  2012 (13)
    • December 2012 (2)
    • November 2012 (2)
    • October 2012 (2)
    • September 2012 (2)
    • August 2012 (2)
    • July 2012 (1)
    • March 2012 (1)
    • February 2012 (1)
  • ►  2011 (1)
    • May 2011 (1)

Pages

  • Home

Created with by ThemeXpose