Study Week yo

by - June 05, 2013

Assalamualaikum semua and hi :)



Bulan 6 dah masuk, maka study week pun dah bermula. 
Macam biasa, study week asyik terperap kat dalam bilik je kecuali nak beli makanan atau pergi toilet. hiks. As usual, wanie tak pernah lagi belajar kat library masa study week. You know, ai tak suka belajar dalam suasana sunyi sepi sampai ai nak kena bisik-bisik masa cakap. haha. sebab tu ai belum dapat dean list lagi. -.- hmmm maybe.


Next week wanie dah pun start exam yooo. Berderet dari isnin sampai khamis ( 10,11,12,13/6 ). Cerita tarikh exam pulak, ada satu paper tersesat pergi tarikh 27/6. Huwaaaaaa. Gap lama kot. Orang lain habis awal dah boleh siap keluar enjoy dah dengan kawan, yang wanie ni? Still mengadap buku nota segala bagai.


Study pun masih lintang pukang. Sem ni terasa berat sikit bila kena belajar math balik. 
tssk. ai dah lama dah tinggalkan zaman kegemilangan cerdik pandai ai pasal mathematics. Apehal pulak kena belajar math balik pun ai tak tahu. -.- Dah jatuh hati dah kat teori, kat fakta, pastu nak kena belajar statistik. Pulakkk. Mula tu agak stress sebab wanie dah lupa apa yang diajar kat matriks dulu, sampai menangis wehh. Lama-lama tu boleh lah terima. Dalam kelas pun bila lecturer kata, 'sisihan piawai', wanie kat belakang kata, 'standard deviation'. pehhh, saja nak tunjuk hebat. 

Agak terduga jugak sebab UKM sangat memartabatkan Bahasa Melayu. 
so bila statistik belajar dalam BM, semua jadi tak tentu arah especially wanie. Mungkin jugak sebab kat matriks dulu dah belajar dalam BI, lepas tu kat sini sampai tergeliat lidah nak sebut dalam BM. LOL. haha. Bertambah tertekan bila nota yang lecturer bagi dalam BM, buku pulak BI. Wanie jadi pening sampai lari dari bab. hek.


Wish me luck. and for those yang akan ambik exam jugak. Wish us all the best  :D
Selamat belajar!



Till then adiosss.


You May Also Like

9 comments

  1. study week ni la waktu free utk relak2 tgk muvee baru..eehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. ade lah sikit sikit wani campur aduk dgn movie. kehkeh

      Delete
  2. Good Luck Dear, BlogWalking memalam ni sampai kat sini. Salam Kenal.

    ReplyDelete
  3. study smart wanie
    jgn stresskan diri sgt
    good luccck

    ReplyDelete
  4. hai jom join contest saya.. http://yuyukstandalone.blogspot.com/2013/06/contest-mereka-tagline-jelitawanis.html

    ReplyDelete