Shazwani Ramly. Powered by Blogger.

Shazwani Ramly

Assalamualaikum.


Sem 2 kali ni terasa macam more complicated.

Kalau dulu mula mula masuk, yelah budak baru masuk u kan, sem 1 lagi, tak reti pape so semua benda orang tolong buat. ahaks. Termasuk lah jadual untuk kelas, fak dah tolong buatkan. haha.


Berbeza pulak dengan sem 2, lebih berdiri di atas kaki sendiri. *muka comel


Sem ni ada 6 kursus/subjek wanie ambik nak cukupkan kredit. Tu pun ikut apa yang dah diberitahu and buku panduan. haha. Semua kena ada panduan hoi, kalau tak camne nak berjaya, ye dak?

First day masuk kelas semuanya okay okay je. Takde apa yang menarik pun sebab first day tu lah lecturer dah suruh buat group untuk assignment, report. Apakah?? Redha je lah. Pulak tu kelas statistik. Dengar statistik mesti dalam kepala pikir math. Hakikat dan realitinya adalah bukan. T-T Redha lagi.


Tipu lah kalau takde masalah pasal jadual kelas. =.='


Rasanya dah banyak kali wanie gugur subjek bahasa inggeris untuk sains sosial, lepas tu daftar balik. Ni semua angkara sistem kat ukm yang tah pape.
Dah elok wanie ambik kelas pukul 10 pagi lepas tu boleh pulak sistem tukar pukul 8 pagi. Ceh. Melampau kau tahu sebab hari isnin kann. Hari isnin adalah hari malas sedunia tak kira kerja, belajar ataupun pergi sekolah. Haku ni tak rajin nak pergi kelas pepagi buta.
In fact clash dengan kelas keusahawanan dan inovasi.

Pasal kelas pengantar sains sosial. Kali ni bukan salah sistem, yang ni salah lecturer. Sungguh lahai aku menyalahkan lecturer. *ok tipu. Tak patut lah orang dah daftar kelas ambik hari khamis lepas tu lecturer pergi tukar hari jumaat. Pehhh tak menahan hoi. Orang tak nak kelas hari jumaat. Tak nak! Tak nak! *hentak kaki.
At least tanye student dulu boleh? kot ada yang clash dengan waktu yang dia tukar tu ke.

Semoga lecturer terbukak hati nak tukar khamis balik atau wanie sendiri tukar set untuk subjek tu.


Memulakan semester 2 agak menyakitkan tapi seronok. Camne tu?
Tapi redha je lah. Itu lah hakikat yang kau kena rasa wanie. -.-'

Bak kata paan, itu perkara biasa.


Mak pesan belajar rajin rajin sem baru ni. Ayah pesan kalau ada pape call je. Terharu.Semoga Allah permudahkan. Amin.
Till then.
Share
Tweet
Pin
Share
5 comments
Assalamualaikum.


Dulu dulu zaman kegemilangan adalah masa sekolah. I guess.

Sebab masa sekolah lagi-lagi kita form 5, kita lah senior kat sekolah. In fact, wanie adalah assistant monitor, rasa paling berkuasa selain class monitor. hihik. k tak caya -.-' It's okayy.


Zaman sekolah jugak lah nak ber'geng'. Tak tahu lah camne boleh ada benda benda camtu kan sebab tak terpikir langsung. Wanie punya group ada nama, glamour tahu. Flower 12. Nama nak bunga bunga konon macam comel sweet gituuu. Tak ingat tah sape bagi nama tu tapi memang bukan wanie. ihiks.


Dah habis sekolah for sure lah akan berpecah. Sorang ke sana, sorang ke sini, sorang pergi utara, sorang pergi selatan. Sampai lah dah dekat 3 tahun, kitaorang jumpa balik. Yay!


Patutnya jumpa 12 orang tapi yang datang hanya 8 orang. Thank God. Dapat jumpa kengkawan yang satu kepala balik. Rindu rindu rindu.



  








Plan nak pergi paya indah wetland tapi melencong sampai morib and last decision pergi pantai kelanang. Happy gila dapat jumpa kengkawan. awww sweet je semua. Masing masing dah besar. Perangai still ada yang tak berubah.

Banyak sangat cerita nak share. Gelak sesama, suka sesama. Homaii. Sekarang pun dah terasa rindu. Nanti cuti sem confirm keluar lagi. InsyaAllah.


And for sure wanie yang duduk rumah sebulan ni ada yang tegur wanie dah berisi sikit. ahaks. k memang berisi sikit. Mak masak sedap je. Duduk rumah sarapan, makan tengahari, minum petang, makan malam. Lengkap. Lepas tu makan tidur tengok tv tolong masak. so what? hihik.


Takpe, dah balik bangi susah nak dapat makan camni. Tengoklah wanie jadi macam dulu balik. :) haha.

 Till then.

Share
Tweet
Pin
Share
3 comments
Assalamualaikum.


Cuti raya cina plan dengan ayah nak pergi zoo. Walaupun nampak permintaan tu macam budak sekolah tadika tapi apa wanie nak kisah? Plan A cancel sebab 11hb feb ada kenduri kat pekan pahang rumah pak ngah. Plan B mula dirancang, hari ahad gerak  pergi batu pahat, singgah mersing beli keropok, lepas tu terus pergi rumah pak ngah.

Plan B diterima.


Maka bermulalah perjalanan kami yang cool. haha.

Pagi dalam pukul 9 something dah gerak pergi seremban singgah rumah ucu ambik barang ayah. Teruskan perjalanan masuk highway menuju ke Batu pahat. Haku kalau sebut batu pahat terus teringat pakcik sorang tuh sebab dia kat batu pahat. hihik.

Sampai Batu pahat dalam tengahari camtu, makan solat semua kat sana. Lalu lah jugak UTHM tuh. Tak terfikir pun sebenarnya tapi dah lalu kan memang kepala pandang sana je. Pehhh lawa kot. Jealous. Yelah, bak kata ayah, ukm tu berapa lama dah kalau nak dibandingkan dengan uthm ni. Kfine. -.-'

Ayah wanie memang suka berjalan. Suka lah jalan pergi tempat-tempat orang lepas tu tengok tengok. Mungkin wanie pun terpengaruh dengan cara ayah. Bila jalan jauh, lepas tu singgah masjid, cari tempat nak makan. Seronok. Tengok sana tengok sini. Masa kecik ayah bawak jalan wanie suka tidur dalam kereta tapi sekarang tak dah. Lebih suka tengok luar. hihik.

Lepas tu ayah wanie jenis tak suka lalu highway sangat. Bila perlu je kot. Ayah kata apa guna kalau jalan jalan setakat tengok highway yang banyak kereta. haha. Sebab ayah lebih suka lalu jalan dalam then tengok rumah orang, 'ohhh macam ni rumah kat sini.', 'Ohhh ada nama tempat macam ni.'. Sangat klasik ayah saya (:


Pergi mersing singgah beli keropok. Mak memborong macam nak menjual bila balik selangor. Ratus ringgit jugak duit melayang begitu sahaja.

Mak pulak kata, balik nanti nak bagi atok, bagi nenek, bagi kawan ayah.  Agaknya kalau boleh mak nak bagi semua orang.

Baiknya hati mak :D


Perjalanan diteruskan menuju ke Pekan, Pahang. Selamat sampai rumah pak ngah dalam 8 malam camtu. Tidur sana.

Hari isnin tu kenduri sempena pindah rumah baru and akikah eisya, anak pak ngah.
Memang seronok kat sana sebab dapat jumpa akak sepupu yang comelss. ihiks. Kak Myra umur atas wanie je and now dia study kat politeknik. Tak lama lagi nak habis belajar dah. Dia kata practical pun ok je. Proud with her. Umur dah sama masuk puluhan so banyak cerita pasal relationship and future. kehkeh.
Tambah lagi dengan akak sepupu sorang, Kak Dyra. Memang bertambah meriah ler. Sorang 22, 21 and 20. Tu diaaa, sampai heboh sape kahwin dulu nanti.


Wanie dengan akak sepupu bila nak balik memang sibuk nak bergambar. Gambar pinjam dari Kak dyra. Terima kasih akak :D

Dari kiri, kak myra, kak dyra and wanie.


Nak sampai pahang setahun sekali and nak jumpa Kak Myra pun setahun sekali sebab dia jauh kat Kedah. Sampaikan dia suruh stay kat pekan dulu tapi wanie tak nak. haha. Tak bawak baju hoi. Lain kali lah kot.

Bye pahang.


Oh ye lagi satu yang wanie suka tentang ayah bila jalan jalan, ayah akan singgah tempat tu tempat ni. Ada certain orang tak suka kan. Kalau aim dia nak pergi pahang, takde dah benti ke nak makan or minum dulu. Kalau nampak tempat macam best pun tak nak singgah. -.-'
Ayah lain sangat. Berbeza dari orang lain mungkin.

Sorry sebab tak dapat nak tunjuk gambar masa kat batu pahat, kat mersing and pahang. Memory card kena format. T-T

Till then.
Share
Tweet
Pin
Share
3 comments
Assalamualaikum.


Since wanie form 4, wanie beli novel sendiri. Wanie ingat lagi, novel pertama wanie beli masa tu kat sekolah sebab ada buat jualan. Masa tu lah berjinak jinak nak baca novel hasil dari belian sendiri.



Makin bertambah hari, makin bertambah tahun, dah jadi banyak macam ni. Sungguh tak percaya. haha. Pernah je wanie stop dari beli novel kejap masa kat matriks sebab takde masa sangat nak keluar ke apa kan, duit elaun pun tak cukup untuk makan ni kan pulak ada hati nak membazir beli novel. hihik.

Yes, wanie suka baca novel. Dalam banyak banyak jenis pembacaan wanie lebih prefer novel. In fact, orang akan kata tak guna and tak berguna baca novel bebanyak macam ni kan, wanie tak kisah.

Tu semua terpulang kat diri seseorang tu jugak. Kalau memang minat tu, orang nak cakap apa pun haku tak kisah yang penting kita memang minat kan -.-'
Sekarang ni dalam sebulan sekali tu wanie akan beli lah. Kalau dulu tu kat sekolah ada kawan yang sama sama minat baca and beli, suka tukar tukar. Aku pinjam kau punya lepas tu kau pinjam lah aku punya. heee.


Baca novel ni dah macam satu kemestian jugak kalau ada waktu terluang. Dari dulu sampai sekarang, then bila selongkar segala novel tengok tengok dah banyak. Dah nak dekat 60 buah dah. Pehhh banyak kemain sampai dah lupa cerita pasal apa. hihik.

Tamak sangat sampai lupa. Tapi kalau novel siti rosmizah, damya hanna, fauziah ashaari, lynn dayana, herna diana, aleeya aneesa, haaa memang lah ingat.

And sekarang dah jadi trend pulak drama kat tv semua adaptasi dari novel. Kekadang kalau yang tak best tu mesti wanie cakap, 'dah takde modal dah sampai nak ambik citer dari novel.' haha.
Macam ombak rindu tu, lebih feeling bila baca novel sendiri sebab tengok dalam movie wanie takde pun feeling nak nangis ke hape. But sekarang boleh laa. Macam citer adam dan hawa tu, boleh la sikit sikit. Tapi wanie lagi suka setia hujung nyawa. ihiks.


Lately ni wanie lebih suka beli novel terbitan karya seni dengan fajar pakeer. Kalau alaf tu, tengok penulis baru beli. Jadi trend jugak zaman sekarang jalan citer dalam novel pasal kahwin paksa, kahwin muda, tak suka lama lama jatuh cinta, happy ever after.

Ada benda yang wanie tak berapa nak suka lah kan, kalau koleksi novel dah makin banyak, orang pulak tahu kita memang beli novel, mula lah orang tanya tanya lepas tu nak pinjam.
Okay, wanie tak kisah pun kalau nak pinjam tapi kalau dah pinjam tapi tak reti nak jaga pun payah jugak.Haritu mintak ayah belikan rak untuk letak novel, wanie elok dah susun novel cantik cantik dalam bilik. Datang pulak makcik wanie main pakai ambik je. Masuk bilik orang sesuka hati lepas tu ambik novel. Patut ke macam tu? Bilik orang, privacy orang kan. Haihh.
Nak buat camne lagi, redha je lah. Tahu pinjam tahu pulang ok je lah kot.


Apa pun tak bolehhh. Till then.

Share
Tweet
Pin
Share
11 comments
Newer Posts
Older Posts

About me

About Me

Popular Posts

  • Kolej Matrikulasi Selangor
    Assalamualaikum. Sekarang aku berada di rumah setelah berkampung di kms selama 5 hari. huhu. Terseksa menyeksa jugak lah orientasi kan...
  • Family Day Social Work 2014
    Family day ni mula-mula planning nak buat kat PD, tapi disebabkan ada masalah sikit so kitaorang buat kat UKM je. Apa yang penting kitaora...
  • Cuti Semester
    Exam dah habis 24hb haritu. Tinggal dua paper lagi kot masa tu, terasa makin stress sebenarnya. Tengok orang lain bukan main lagi dah habi...
  • Pulau pangkor part 1
    Assalamualaikum semua. Now, aku kat rumah. hihihi. Baru 3 hari duduk kat kms dah balik sebab period pain. Nasib ayah baik sangat nak am...
  • Suntikan HPV
    Assalamualaikum semua. Adakah anda sudah mengambil suntikan HPV? Okay, soalan ni untuk kaum perempuan je. Yang lelaki boleh duduk d...

Blog Archive

  • ►  2019 (1)
    • February 2019 (1)
  • ►  2018 (11)
    • August 2018 (3)
    • July 2018 (2)
    • June 2018 (2)
    • May 2018 (2)
    • March 2018 (2)
  • ►  2017 (2)
    • August 2017 (1)
    • June 2017 (1)
  • ►  2016 (4)
    • April 2016 (1)
    • February 2016 (1)
    • January 2016 (2)
  • ►  2015 (16)
    • November 2015 (1)
    • October 2015 (2)
    • September 2015 (1)
    • August 2015 (2)
    • July 2015 (2)
    • June 2015 (1)
    • May 2015 (2)
    • April 2015 (2)
    • February 2015 (2)
    • January 2015 (1)
  • ►  2014 (28)
    • December 2014 (2)
    • November 2014 (2)
    • October 2014 (1)
    • September 2014 (1)
    • August 2014 (2)
    • July 2014 (2)
    • June 2014 (4)
    • May 2014 (3)
    • April 2014 (4)
    • March 2014 (3)
    • February 2014 (3)
    • January 2014 (1)
  • ▼  2013 (37)
    • December 2013 (1)
    • November 2013 (2)
    • October 2013 (2)
    • September 2013 (2)
    • August 2013 (2)
    • July 2013 (2)
    • June 2013 (1)
    • May 2013 (3)
    • April 2013 (4)
    • March 2013 (7)
    • February 2013 (4)
    • January 2013 (7)
  • ►  2012 (13)
    • December 2012 (2)
    • November 2012 (2)
    • October 2012 (2)
    • September 2012 (2)
    • August 2012 (2)
    • July 2012 (1)
    • March 2012 (1)
    • February 2012 (1)
  • ►  2011 (1)
    • May 2011 (1)

Pages

  • Home

Created with by ThemeXpose