Shazwani Ramly. Powered by Blogger.

Shazwani Ramly

Semester ni memang terasa beban sikit lah.

Mungkin sebab dah second year dan semester 4 so kena buat kerja lebih dari yang sepatutnya.

Nak kata berat sangat pun boleh lah sebab pack sangat kot program kitaorang.
Patutnya buat fieldwork kat Tasik Chini dua kali je so tak payah nak fikir banyak sangat tapi disebabkan program tu jadi makin membesar, maka ada program lain jugak yang bertambah.

It's okay.
Kita kan belajar.
Makin banyak kita buat kerja, makin banyak yang kita akan tahu.

Well said.

Pengalaman tu penting untuk masa akan datang tau.

Program yang paling dekat buat masa ni adalah Diskusi Perkongsian Ilmu Tasik Chini.

Untuk diskusi ni kitaorang tengah bertungkus lumus buat preparation.







Boleh nampak kan betapa seronoknya kitaorang buat preparation untuk diskusi ni? Hehe.

Kerjasama semua orang akan buat kerja tu lagi mudah dan cepat siap.
Alhamdulillah, masing-masing bagi komitmen.






Preparation dah okay dah semua cuma ada sikit-sikit kena betulkan kot.

So dengan harapan semoga semuanya berjalan lancar macam yang kitaorang plan. InsyaAllah. Berkat tolong menolong dari semua pihak dan ahli kumpulan, semoga dipermudahkan diskusi ni. Aminnn.

Tak lupa jugak,
Lecturer kitaorang Dr Sam pun banyak nasihat, banyak membantu dan bagi semangat kat kitaorang. Terima kasih Dr.
 :)


Good luck everyone!

Share
Tweet
Pin
Share
No comments
24 April 1993 telah lahir seorang bayi yang sangat ditunggu-tunggu oleh Encik Ramly dan Puan Jamilah.

Pasangan suami isteri yang sangat bahagia ini akhirnya dikurniakan seorang bayi perempuan yang sangat comel dan diberi nama Nur Shazwani Binti Ramly. Bak kata mak, dulu ayah tak suka nama anak beliau panjang sangat dan complicated.

Biar lah ringkas dan sedap. Haa gituu.
:)


Anak sulung yang lahir dengan berat 2.0 kg sahaja.

Tak percaya?

Ye aku sendiri tak percaya bila mak cakap berat aku hanya 2kg je masa lahir. Tengok surat beranak sepuluh kali pun macam confused je kan, still susahnya nak percaya aku hanya seberat tu je masa lahir. *hentak kepala kat meja*
Sebab tak percaya adalah kerana kenapa masa kecik aku paling ringan dan paling comel tapi sekarang aku membesar dengan jayanya?
Hahaha.


Ahhh siapa peduli dengan berat masa kecik tu. Orang dok perhati berat sekarang ni? T.T


24 April 2014.

Aku dah masuk usia yang ke 21 tahun. Yayyy! Kunci kebebasan yang ayah dok cakap selama ni dah ada kat tangan sendiri. Kebebasan sangat ye wani yeee. Ayah dah cakap, selagi takde lelaki yang jaga aku takde maknanya kebebasan tu ada. Okay ayah, wani mintak maaf sebab terlalu excited. Hehe.

So, hai 21 tahun.
hiks.

Alhamdulillah dengan cemerlang dan dedikasinya aku berjaya mencecah ke umur 21 tahun dengan penat lelah selama ni dok berkejar nak capai 21 tahun tu. Susah nak dapatkan umur ni, tapi Allah bagi peluang untuk rasa cemana nikmatnya 21 tahun. Alhamdulillah. Mak ayah penat nak didik dan bagi makan kat aku siang malam untuk aku jadi besar sampai macam sekarang ni.

Terima kasih mak ayah.


So,

Happy birthday Wani.
Semoga awak lebih matang, lebih sopan dan lebih baik dari umur sebelum ni. Kurangkan sikap nakal yang suka kacau orang tu, kurangkan sikit sifat suka manja terlebih dengan semua orang untuk bakal suami nanti, semoga sentiasa bahagia dengan apa awak ada, sentiasa bersyukur dengan apa yang awak dapat dan yang paling penting rendahkan suara bila bercakap dengan orang. 21 tahun dah awak hidup dan banyak lagi benda awak kena hadap dalam hidup ni.

Oh ye wish paling glamour bila dah jadi budak besar ni,
'Cecepat kahwin ye wani.'


'Semoga cepat dapat jodoh dapat makan nasi minyak kau.'


'Cepat kahwin dan dapat anak tiga.'



Oh thank you kesayangan-kesayangan semua sebab ingat birthday aku dan doakan aku yang baik-baik je. Hihihi. May Allah bless us. Thanks untuk wish dan yang bagi hadiah sekali tu. Thanks jugak kat Farhan sebab wish dan bagi hadiah lebih awal dari orang lain. Thank you again.
Sayang semua!



Till then.

Share
Tweet
Pin
Share
No comments
Aku ni boleh dikatakan suka marah. Mungkin sebab diri sendiri dah terbiasa dengan sikap yang suka menjerit dan cakap kuat-kuat, maka aku dianggap sebagai seorang yang garang dan suka marah.

Dalam kelas pun dorang kata aku garang walaupun aku 'adik' bagi dorang.


Dengan kawan-kawan memang aku garang pun.
In fact aku suka cakap macam orang marah, tapi dalam hati okay je.
Jangan nak judge orang dari luar je okay.
Padahal kau belum tahu yang dia sebenarnya hati kemahen baik kalah hati orang lain. ihiks.

Tu lah, dah terbiasa kan?

Dengan lelaki istimewa pun lebih kurang.
Tapi aku rasa lagi teruk kot perangai aku bila dengan dia.
Tiap masa aku nak marah, nak cari pasal, suka bising-bising semua tak kena sedangkan entah mana silap dia pun aku confused lepas marah-marah tu. Lepas tu nanti dia cakap aku ni terlalu ikut emosi lah, fikir negatif lah. Kuangajaa di situ ye.
-.-

Too bad ha? hee.

Kekeliruan identiti mungkin.

Bila dengan adik-adik aku, bila dorang cari pasal ke cari gaduh ke aku suka cakap camni,
"Lempang kang." "Tampar kang."

Haah memang kerja aku nak melempang nak menampar je kan?
Haih.


Kadang-kadang terfikir, 'Kenapa dengan diri aku ni ha?'


Tapi ada satu benda yang aku tak boleh nafikan, keturunan ayah aku memang semuanya jenis baran.
Dah 21 tahun ni aku dok perhati je semua jenis perangai family belah ayah aku tu, semua lebih kurang. Haha.

So masalah keturunan jugak lah ni kan? heh.
Ke memang masalah diri sendiri yang tak reti nak kawal emosi ni?
Dah, aku confused.



Till then.

Share
Tweet
Pin
Share
1 comments
Haritu kitaorang satu kelas ada buat lawatan ke Istana Kehakiman.

Sebenarnya lecturer yang bawak kitaorang sebab kitaorang satu kelas sem ni ambik subjek undang-undang dan kerja sosial. Apa kau ingat student law je boleh pergi sana? heh.




Banyak ilmu yang kitaorang dapat bila pergi ni. Jadi rasa tak rugi pun kalau pergi tempat-tempat yang best camni. Maklumlah, aku yang kampung sebelah dengan Putrajaya pun belum jejak kaki masuk dalam Istana Kehakiman so adalah rasa teruja sikit.

Bila pergi ramai-ramai ni kan ada rasa macam lawatan sekolah pun ada. Haha teringat zaman sekolah rendah nangis-nangis nak mintak izin ayah ikut rombongan sekolah dulu -.-

Ada juga yang cakap macam form6 dorang dulu.

T.T
Masa matrik takde lawatan camni so aku jakun sikit lah.

Dr Saadah, lecturer kitaorang :)









Kat sana kitaorang dapat dengar perbicaraan jugak. First time masuk court, kemain lah rasa macam kekok sikit, lepas tu rasa macam betul ke tidak aku buat ni sebab masa nak masuk dan nak keluar kena tunduk hormat sikit kat mahkamah untuk hormat organisasi kat situ.


See, banyak benda dapat belajar kan?

Ilmu tu kena cari.


Terima kasih Dr Saadah sebab bawak kitaorang pergi sini. Seronok. Banyak benda yang kitaorang dapat dan belajar lepas keluar dari Istana Kehakiman tu, baru lah tahu ada mahkamah tinggi, mahkamah rayuan semua tu. Heee sebelum ni tak nak ambik tahu pun.

Lepas ni boleh lah pergi sendiri kalau rasa nak dengar lawyer tegakkan keadilan. Pergi sendiri boleh je untuk tengok sendiri apa-apa perbicaraan. Masa yang kitaorang pergi tu pegawai kat sana cakap sekarang tengah hangat perbicaraan tentang kes Kalimah Allah semua tu, so kalau  nak dengar pasal kes besar camtu boleh je pergi cepat-cepat dan dapatkan pas kat sana untuk masuk.

:)


Till then.

Share
Tweet
Pin
Share
2 comments
Newer Posts
Older Posts

About me

About Me

Popular Posts

  • Kolej Matrikulasi Selangor
    Assalamualaikum. Sekarang aku berada di rumah setelah berkampung di kms selama 5 hari. huhu. Terseksa menyeksa jugak lah orientasi kan...
  • Family Day Social Work 2014
    Family day ni mula-mula planning nak buat kat PD, tapi disebabkan ada masalah sikit so kitaorang buat kat UKM je. Apa yang penting kitaora...
  • Cuti Semester
    Exam dah habis 24hb haritu. Tinggal dua paper lagi kot masa tu, terasa makin stress sebenarnya. Tengok orang lain bukan main lagi dah habi...
  • Pulau pangkor part 1
    Assalamualaikum semua. Now, aku kat rumah. hihihi. Baru 3 hari duduk kat kms dah balik sebab period pain. Nasib ayah baik sangat nak am...
  • Suntikan HPV
    Assalamualaikum semua. Adakah anda sudah mengambil suntikan HPV? Okay, soalan ni untuk kaum perempuan je. Yang lelaki boleh duduk d...

Blog Archive

  • ►  2019 (1)
    • February 2019 (1)
  • ►  2018 (11)
    • August 2018 (3)
    • July 2018 (2)
    • June 2018 (2)
    • May 2018 (2)
    • March 2018 (2)
  • ►  2017 (2)
    • August 2017 (1)
    • June 2017 (1)
  • ►  2016 (4)
    • April 2016 (1)
    • February 2016 (1)
    • January 2016 (2)
  • ►  2015 (16)
    • November 2015 (1)
    • October 2015 (2)
    • September 2015 (1)
    • August 2015 (2)
    • July 2015 (2)
    • June 2015 (1)
    • May 2015 (2)
    • April 2015 (2)
    • February 2015 (2)
    • January 2015 (1)
  • ▼  2014 (28)
    • December 2014 (2)
    • November 2014 (2)
    • October 2014 (1)
    • September 2014 (1)
    • August 2014 (2)
    • July 2014 (2)
    • June 2014 (4)
    • May 2014 (3)
    • April 2014 (4)
    • March 2014 (3)
    • February 2014 (3)
    • January 2014 (1)
  • ►  2013 (37)
    • December 2013 (1)
    • November 2013 (2)
    • October 2013 (2)
    • September 2013 (2)
    • August 2013 (2)
    • July 2013 (2)
    • June 2013 (1)
    • May 2013 (3)
    • April 2013 (4)
    • March 2013 (7)
    • February 2013 (4)
    • January 2013 (7)
  • ►  2012 (13)
    • December 2012 (2)
    • November 2012 (2)
    • October 2012 (2)
    • September 2012 (2)
    • August 2012 (2)
    • July 2012 (1)
    • March 2012 (1)
    • February 2012 (1)
  • ►  2011 (1)
    • May 2011 (1)

Pages

  • Home

Created with by ThemeXpose