Shazwani Ramly. Powered by Blogger.

Shazwani Ramly

Since I dah jadi isteri orang, I dah tergolong dalam kalangan menjadi seorang isteri/wanita yang sukakan kecantikan, kebersihan dan kekemasan di dalam rumah.

Sejak kebelakangan ni, whenever I dengan Farhan pergi groceries shopping, I akan cuba larikan diri untuk melencong ke tempat yang ada jualan bunga for indoor (dalam rumah). Sekali dua bila Farhan tengah leka tengok benda lain, I buat-buat lah jalan pergi cari barang I and then cepat-cepat pergi tengok bunga. Hahaha. Macam ada buat salah je nak pergi diam-diam padahal boleh je bagitahu.

I rasa I dah ada simptom mak-mak yang suka nak ada bunga kat rumah tapi rumah I tak mengizinkan untuk buat tanaman luar rumah. So I rasa why not I beli bunga untuk indoor, kan? Duduk kat tengah bandar buat I rasa lemas dengan bau sampah, asap motor/kereta/lori dan udara yang tak berapa nak tercemar. Jadi I pun berangan dan memasang impian untuk membeli bunga indoor yang besar terus letak dalam rumah bagi udara yang segar di samping mencantikkan rumah sendiri. I bagitahu Farhan apa yang I nak beli bunga sebab I dah tak boleh tahan diri dari tengok dan berangan tapi sampai sekarang tak terbeli. Seorang isteri yang solehah, haruslah meminta izin dan pendapat suami terlebih dulu sebelum I dikecam oleh adik-adik I kerana buang tabiat nak berbunga dalam rumah. Kahkahkah.

"Sayang macam nak beli yang ni la." tunjuk bunga yang tak berapa nak besar tapi cantik.
"Mana nak letak ni?"
"Dalam rumah lah, tak nampak dia tulis indoor?"
"Besar sangat lah, beli kecik je lah."
Lalu I terdiam dan beralih ke bunga yang lain. -.-

I kena dengar cakap Farhan atau nanti I akan dilabel memilih barang tanpa tujuan dan membazir. I tell you, bila I nak beli sesuatu I kena plan and inform him first, so that nanti dia tak bantah apa yang I nak. May be I lupa I mempunyai seorang suami yang mementingkan hala tuju kehidupan dan berfikiran 10 kali ke hadapan berbanding I yang hanya berfikiran untuk esok hari sahaja. Muahaha.

Then I decide to buy something yang mudah untuk dijaga bagi wanita yang baru nak mulakan hobi tanaman bunga dan bagi menyedarkan I bahawa tak senang untuk kita kecapi apa yang kita angan-angankan. Lol.

Hello cuties :p

Dah 3 minggu I beli cactus ni and mostly yang tolong jaga/bagi air adalah Farhan. I told you, I nak bunga yang besar but then Farhan yang suruh ambil yang kecik macam ni, so salah I ke kalau I terlupa nak tengok cactus ni? Bahahaha. 


Till then.
Share
Tweet
Pin
Share
3 comments
Before I bertunang dengan Farhan, I dah pasang angan-angan I nak macam mana untuk baju majlis perkahwinan I nanti. Of course, every girl has that perfect plan of what her wedding would be like. Perempuan kan? I plan untuk tidak membazir dan nak yang simple tapi I puas hati.

  • Bride & Groom solemnization attire + veil : Wedding Galore .

Kain untuk buat baju melayu dan dress I beli kat Jakel, then baru I bawa ke Wedding Galore untuk tempah. Design baju kita boleh ikut macam mana yang kita nak then nanti one of their staff akan bagi idea untuk cantikkan baju tu. At first I tak tahu Wedding Galore akan bagi veil sekali, but yes I dapat veil cantik. Thank you, Wedding Galore.

I pilih songket untuk nikah sebab nak lain dari yang lain dan mujur Farhan tak kisah, ikut je apa yang buah hati dia ni nak. Hehehe. Sampin lelaki tu I dah imagined before beli kain lagi nak sama dengan dress nikah I. Kan dah kata, I ni banyak berangan tapi berangan tu ikut kemampuan juga lah. 

  • Bride & Groom reception attire : Pesona Pengantin D'Ella

Baju untuk reception sewa sekali pakej pelamin+baju lelaki dan perempuan+MUA+bunga tangan. Baju ni I pilih yang sedia ada kat butik D'Ella je sebab I tak nak membazir jahit baru and of course harga nanti lain takut terlari dari budget. At first nak color maroon sebab reception belah lelaki dah pilih navy blue. Biasa lah perempuan, bila nampak benda cantik dah rambang mata nak memilih. Nak color maroon tiba-tiba jadi biru (biru lebih muda). Hahaha. So I decide okay takpe lah biru pun sebab dua-dua biru yang berbeza. Baju ni baru siap jahit so I adalah orang pertama pakai.

  • Handbouquet (solemnization & reception) : Pesona Pengantin D'Ella


Handbouquet untuk nikah dan sanding I ambil fresh flower. Actually, bunga tangan ni dah termasuk dalam pakej tapi sebab I minta nak fresh flower so kena tambah harga. Love it.

  • MUA : Asma Aleeya

Nikah dan sanding Kak Asma yang make up and I rasa bertuah dapat Kak Asma as MUA. After siap make up Kak Asma akan tunggu sampai majlis makan beradab. Orang lain pun puji Kak Asma sebab boleh stay untuk touch up make up pengantin. MUA ni sekali pakej ambil dengan Pesona Pengantin D'Ella.

  • Henna : Syafiqah Ishak

Syafiqah is one of my high school friend. Since high school dia memang kreatif bab seni and that's why tak heran dia ada business henna sekarang ni. Orangnya memang cantik dan sampai sekarang maintain cantik + kurus walaupun dah ada anak tiga orang. Tak rugi ambil henna dengan dia sebab memang lawa dan puas hati.

  • Pelamin : Pesona Pengantin D'Ella

I requested nak pelamin bawah khemah yang simple tapi cantik dan I sangat berpuas hati dengan hasil pelamin yang diberi. 

  • Custom Yassin : Kenduri Door Gift

Custom Yassin untuk VIP guests sahaja. 

  • Canopy : Khaifa Canopy
Khemah adalah perkara pertama dan paling awal yang I fikir untuk preparation majlis I. I selalu berangan nak khemah yang transparent bila malam cantik je tengok dan I gigih survey kos untuk khemah tersebut. I ada budget untuk certain part of majlis, so I rasa khemah tu melebihi budget yang ditetapkan dan tidak memenuhi kriteria majlis I, at last I pilih Khaifa Canopy. I sangat berpuas hati dengan service Khaifa Canopy and I cukup bangga dengan pilihan I sendiri sebab semua orang puji khemah cantik. :p

  • Official Photographer : Thepicsxel
Thepicsxel memenuhi piawai yang I nak dan I rasa berbaloi dengan service yang dia bagi. Semua gambar cantik dan I sangat berpuas hati. Semua gambar kahwin I dari Thepicsxel. Thank you, Afifah.


Untuk majlis I ni, I dah tetapkan certain budget untuk every part of majlis. I tak plan in details tapi bila I kata I nak macam ni then I nak macam ni dengan budget yang sedia ada. I tak pernah menyesal dengan semua decision yang I buat. Bila ada yang bertanya mana I ambil pelamin, photographer dan lain lain, I akan share but I takkan cakap apa yang I ambil semua ni bagus atau pengaruh orang lain untuk pilih yang sama macam I pilih. May be orang lain punya budget lebih besar dan I punya budget kecil je atau sebaliknya. You need to consider several things before you make a big decision. Jangan ikut orang buat macam tu, you pun nak macam tu tapi nanti you yang menyesal.

Till then.
Share
Tweet
Pin
Share
No comments
Sekarang kat Malaysia tengah musim buah durian. Tepi jalan kiri kanan ada orang jual durian, tapi kitaorang laki bini tak pernah berhenti nak beli. Not even once.


I'm not a big fan of durian. Makan seulas boleh lah tapi lagi suka kalau buat serawa/sambal tempoyak. Yummy! Jadi sebab tu kalau orang offer bagi sebiji durian pun I takkan ambil. Hehe. My husband paling tak suka durian. Dia anti-durian. Lalu tepi jalan kadang-kadang saja usik, "Sedapnya durian tu, murah je." Dia tak layan lepas tu siap bagi jelingan manja gitu. Hahahaha. Dia punya anti dengan durian sampai bau durian pun dia tak boleh nak go. -.-

So bila I teringin nak makan serawa durian/sambal tempoyak, I akan balik Banting sebab I tak sampai hati makan kat rumah nanti suami terbau pula. #isterisolehah

Sambal tempoyak adalah antara yang I takkan tolak especially bila mak yang buat. DIa punya lemak lemak tempoyak ditambah pula dengan sambal cili yang pedas. Jangan kata mertua lalu depan mata I tak perasan, suami duduk sebelah pun I tak pandang. 


Ada one night tengah tengok tv, I saja cakap pasal durian dengan Farhan.
"Kalau nanti pregnant tiba-tiba mengidam durian macam mana?"
"Takpe, nanti abang belikan."
"Seriously?"
"Yelah, tapi sayang makan sendiri dalam rumah dan abang duduk kat kereta. Kalau terpaksa, tidur dalam kereta pun takpe."

See? Dia punya anti-durian tu memang tak boleh bawa bincang. So whenever kitaorang diajak atau dipelawa atau diberi untuk makan durian bersama, I akan tolak dulu sebab tak nak husband tidur dalam kereta. Hahaha.

#doublesolehah :p
Share
Tweet
Pin
Share
No comments
Dah sebulan duduk rumah and I am officially a housewife. Heee. I love my house. I love cooking so much (I can cook now and still learn to love cooking). I get excited when I think about making some food things. My husband really like chicken and I need to make different dishes of chicken everyday. I love cleaning my house. I love stay at home and do nothing. Well, I love what I am doing right now actually.

No, it's not that easy for being a housewife. 
I love my previous job but I think I have learnt so many things that makes me myself want something new and yes, I am looking for a new challenge to gain a new skills. May be as a housewife? Kidding. Hahaha.

Nak jadi housewife adalah bukan satu keputusan yang mudah. Dah 3 tahun bekerja lepas tu tiba-tiba nak berhenti dan duduk rumah. Benda pertama yang I fikir of course lah nanti apa orang kata? Belajar tinggi, baru kahwin then tak kerja dah. Stress berfikir tu tak payah cakap lah. Sakit kepala, migraine, semua datang dalam satu masa. Lepas kahwin ni I senang sakit. Pergi klinik dapat MC, rehat kat rumah, masuk kerja then sakit balik. I felt worst that time. Rasa macam tak berguna pun ada sebab tak boleh bagi komitmen kat office dan rumah. Mulut yang bercakap tu ada je tapi I telan buat tak tahu dan buat tak dengar. People will judge you for what they do not understand and I still remain to be silence sebab kalau I bagitahu pun I tak rasa orang akan faham dan cuba untuk faham. Get it? I am not sharing with anyone what situation I had before, even my officemate yang I rapat.

I bersyukur sebab my husband seorang yang sangat memahami. At first, dia macam tak berapa setuju I berhenti kerja tapi mungkin sebab dia tengok keadaan I, stress I, dia jadi faham (kot?). Hahaha. So I buat keputusan untuk jadi suri rumah yang akan membahagiakan hati suami instead of suri rumah yang malas dan goyang kaki. 

People will judge you. Trust me. I can explain to them what situation I had, but, I know they will never and not even try to understand me. Whatever, I tetap bahagia jadi housewife sebab I banyak rehatkan diri dan belajar menjadi isteri solehah untuk suami I. Gituuu. 

Sebulan duduk rumah jadi suri rumah yang sambut kepulangan suami balik kerja dan masak untuk suami setiap hari, I rasa macam ini bukan apa yang I nak. So sekarang I cuba cari kerja yang baru, yang boleh bagi I tingkatkan kemahiran sedia ada, yang sesuai dengan jiwa dan matlamat hidup I dan yang boleh buat I happy untuk bekerja walaupun I stress. I tak kisah bila orang cakap nanti kerja baru mesti lagi challenging, stress 2 kali ganda and bla bla bla. I don't mind at all. I tak nak duduk di tempat yang I dah selesa lepas tu tak reti nak tingkatkan skills dan cabar diri untuk belajar benda baru.

I jadi hosuewife and at the same time I apply kerja juga. I dah pergi beberapa interview dan I dapat pengalaman yang before this I tak pernah dapat. Husband cakap takpe pergi je mana-mana interview yang dapat tu. Kerja dapat atau tidak belakang kira sebab dia nak I tahu macam mana nak baiki diri dan belajar susah senang nak dpaat kerja. Thank you, suami. 

My biggest supporter :)

So macam tu je lah life I sekarang ni. Nothing special tapi I suka apa yang I buat sekarang. At least I tahu macam mana jadi housewife dan dalam masa yang sama bersusah payah cari kerja. Bila dah jadi housewife ni kan banyak benda yang you akan belajar, dari jarang masak kat rumah nanti you akan automatik nak belajar resepi baru bagi husband makan. Dulu masa bujang, mak sediakan everything but then dah jadi housewife secara sendirinya tiba-tiba pandai masak dan kemas rumah sendiri. Lipat kain masih menjadi perkara terakhir yang I akan buat dan tunggu weekend baru rajin sikit (itu pun kalau rajinlah). Kalau bosan duduk rumah, I minta izin husband balik rumah mak ayah  kat Banting. hee. Life is simple, jangan susahkan benda yang mudah tapi mudahkan benda yang susah. Get it?


Lots of love,
Suri rumah yang comel dihati suami.

Share
Tweet
Pin
Share
No comments
Baru hantar adik bongsu sambung belajar kat Johor dalam 2/3 minggu lepas. Dah big boy sangat sebab lagi tinggi dari kaklong dia, dah pergi sambung study, dah pandai berdikari, lepas tu terasa lah diri kita semakin meningkat dewasa. The whole family nak hantar dia sebab dia bongsu (maybe). Hahaha. 

Orang paling emosi sekali dalam family bila dapat tahu adik nak pergi sambung belajar adalah mak. Emotional mak memang tak boleh nak sorok. Tengah borak satu family lepas tu topik adik dah nak pergi Johor keluar je mak dah bergenang air mata. At first rasa macam, alah bukan jauh pun, tapi mak tetap dengan sedih mak. Mak kata nanti sunyi rumah sebab adik dah pergi sambung belajar, along dah kahwin tak duduk dengan mak ayah, Shazwan kerja kat Klang so dia stay sana tapi on weekend balik rumah, Kaklang pun kerja sementara tunggu result UPU awal bulan Ogos ni. Mak rasa sunyi sebab 4 orang anak dia dah dewasa dan sibuk dengan tanggungjawab masing-masing. 

Sebelum pergi, on the way pergi dan nak balik dari hantar adik pun mak still sedih. Kita bukan kat tempat mak, kita takkan faham apa dia rasa, so kita boleh cakap, "nanti adik balik lah, nanti ayah bawa mak tengok adik ye." Itu je lah yang mampu nak cakap pujuk mak. Ayat ebih kurang sama masa nak pujuk mak dulu tengah sedih sebab anak sulung dah kahwin.

Dulu adik beradik 4 orang rasa dah cukup ramai tapi rupanya tak. Bila semua dah besar ni pandai cakap kat mak ayah 4 orang tu sikit lah, patutnya mak kena ada anak ramai lagi ni. Mak jeling je. Kekeke.


I feel you, mak. 

Before this memang tak faham sangat perasaan sedih mak tu, tapi sekarang dah faham sikit.
Walaupun rumah mak tak jauh macam utara-selatan (dalam 40 minit), tapi bila dah balik rumah mak dan nak balik rumah sendiri mesti rasa sedih. Awal kahwin lagi sedih sampai menangis tiap malam, lepas tu okay dah bahagia dah ada suami, lepas tu sedih tu datang balik. Kegedikan apakah ini? Duduk dengan mak ayah berbeza bila duduk dengan suami. Orang dah kahwin je faham kot. Hahaha. Ke kita sorang je masih emosi nak sedih bila kena balik rumah sendiri sambil bergenang air mata dalam kereta? Feeling dia macam kau dah duduk rumah lama masa cuti sekolah and then kena balik asrama. 

Tu lah perempuan, emosi dia memang tak boleh diramal. Bila-bila masa je dia boleh sedih lepas tu ketawa lepas tu nak marah tak tentu pasal lepas tu bahagia. Hihihi.
Okay dah rindu kat mak sendiri, kena pujuk suami ajak balik rumah mak ni.


Till then.
Share
Tweet
Pin
Share
No comments

Raya tahun ni dah jadi isteri orang. Raya pertama sebagai suami isteri feeling dia lain sikit, happy sebab dapat beraya dengan suami tapi sedih sebab tahun ni raya belah suami dulu. Sedih yang tak dapat dibendung dalam hati, tertumpas juga air mata perempuanku ini. 

Sehari sebelum raya pukul 7 pagi gerak balik kampung suami kat Perak. 2 hari sebelum pergi rasa excited sikit sebab kita takde kampung, rumah atuk nenek pun dekat dengan rumah kita je. First time juga rasa jammed atas jalan raya. Mujur bulan puasa jadi kita punya sabar dalam jammed berada di level yang tinggi. Hahaha.


Malam raya tengah duduk kat bilik dengan suami tiba-tiba rasa sebak. Dia punya sebak tu tak dapat nak tahan sebab teringat suasana rumah mak ayah kat Banting. Tak lah, bukan tak happy beraya dengan suami tapi entahlah, susah nak explain perasaan tu macam mana. Tahu-tahu dah menangis depan suami. Pagi raya tengok family kat Banting share gambar pun tiba-tiba menangis tersedu-sedu depan mak mertua. Hehehe. Dengar lagu raya atau takbir raya kat radio pun dah mengundang perasaan sebak. Tak sangka seorang Shazwani boleh jadi cengeng sebegitu sekali.





Raya kedua dah balik Banting. Dengar lagu raya kat radio pun bukan main suka sebab seronok nak jumpa mak ayah dan adik-adik. Sepanjang perjalanan senyum je sorang-sorang sampai suami kat sebelah pun pelik semacam. Hahaha. Gigih mak masak rendang ayam lagi raya kedua tu untuk anak menantu yang nak balik. I love you, mak.

This year punya raya lain sikit sebab raya sebagai isteri. Tak sama macam masa kita bujang. Pergi beraya rumah saudara mara bawa suami, dapat lah 10 buah rumah belah kita sambil nak kenalkan suami tercinta. Tapi yang buat kita pelik, soalan cepumas untuk orang lepas kahwin langsung tiada. TIADA. Mungkin sebab Malaysia dah baru, maka makcik pakcik kat kampung pun dah berubah dengan azam yang baru. Kekeke. 

List open house berderet dah, yang ajak beraya bersama pun ada, yang jemput kenduri kahwin pun ada. Kena plan nak pergi yang mana dan yang utama. Kalau boleh semuanya nak pergi tapi kena ada kesedaran diri yang awak bukanlah single lagi, dah jadi isteri. Wow, isteri solehah sangat ni. :')


Raya haritu nak salam dengan Farhan.

Sambil hulur tangan Farhan cakap, "Nak salam minta maaf kena buat list apa salah sayang."
"Okay. Abang, sayang minta maaf sebab banyak tak dengar cakap, ikutkan hati sendiri. Maafkan sayang dari hujung rambut sampai hujung jari kaki. Halalkan makan minum selama abang bagi kat sayang ye."
"Lagi?"
"Sorry sebab selalu minta bukan-bukan."
"Lagi?"
"Sorry sebab melawan cakap."
"Lagi?"
".................." 
dan dia gelak sorang-sorang ingat kelakar main-main.


Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin untuk semua.
Salam kosong-kosong ye.
Share
Tweet
Pin
Share
No comments

Bulan Mac yang lepas adik lelaki yang sorang tu dah bertunang. Tak sangka cepat betul dia jadi dewasa. Dulu selalu main sama-sama, panjat pokok la, berebut makan la. Jarak umur kitaorang tak jauh mana, 2 tahun je beza.

Masa zaman sekolah rendah dulu kitaorang pergi sekolah naik basikal je. Pernah masa tu balik sekolah kitaorang berlumba siapa sampai rumah dulu dia menang. Hahahaha. Okay lah kita lumba. Sekali dah nak sampai dekat dengan rumah, kita macam dah nak menang tapi budak tu dia macam tak puas hati lah kot, dia pergi tolak kita sampai jatuh dalam parit. Menangis teresak-esak kaklong dia. Mujur parit tu takde air. T.T

Kenangan paling takkan lupa sebab tak tahu nak suka ke nak sedih bila ingat balik.


So bila Shazwan bagitahu dia nak serius dengan girlfriend dia dengan minta mak ayah masuk merisik dan bertunang, maknanya tak lama lagi kita nak dapat adik ipar. Kekeke. This year mak dapat menantu lelaki, next year mak dapat menantu perempuan. Okay, tiap tahun mak dapat menantu baru. Hihihi.

Persiapan untuk Shazwan bertunang haritu kita dengan mak yang banyak tolong. For sure lah kalau adik lelaki yang nak bertunang ni orang paling sibuk mesti mak dan kakak dia. Mujur dia nak pergi cari barang-barang dan beli apa yang patut untuk hantaran tunang. At least he did something yang boleh dibanggakan, may be? Tapi kalau nama dia lelaki kan, tak semua lah tapi lelaki yang kita kenal especially mesti dia macam malas nak fikir sangat dan berkira sikit kot. 

Ada satu hari tu kita balik rumah mak nak siapkan hantaran dia, so we discussed apa yang nak kena beli dan perlu ada. 

"Takpe lah kalau hantaran terlebih satu, bukan masalah besar pun."
"Tak payah lah long. Dah cukup 5 kan, 5 je lah."
"Ala tambah coklat je pun."
"Tak payah lah, dah cukup tu."

Okay, whatever suka hati lah.

Pasal tambah coklat je pun, tetap dia tak nak dan berkira. Coklat mahal lah, apa lah. Dulu masa kita nak bertunang rasa excited nak prepare hantaran dan beli barang semua tu. Tapi lain pulak dengan adik lelaki sorang ni. Haihh. Berbeza betul bila perempuan dengan lelaki buat preparation. Bagi dia, asal benda ada okay dah tak payah fikir lain. I guess. Lol/


Congratulations Shazwan and Effa.
Next year majlis kahwin pula, insyaAllah


Till then.

Share
Tweet
Pin
Share
No comments

2 years ago, my cousin which is from my mother's side already asked me if I want to be her 'pengapit' on her wedding day. That time I masih single and not available (sedang hangat bercinta dengan Farhan), so I said YES with confident. Tanpa ragu-ragu kita jawab sebab kita belum ada komitmen (tunang/isteri/mak orang) dan sepupu kita dah bertunang masa tu and of course dia yang akan kahwin dulu.

Then, after 2 years dah terima offer dari sepupu, Farhan and I were enganged.
So we (my cousin and I) both are getting married. We are so excited for each other. :p

Apa taknya, geng masa umur 5 6 tahun balik rumah nenek je mesti main sama-sama, melawa masa majlis abang/kakak sepupu pun bersama, sekolah rendah bersama dan kitaorang jadi geng kat sekolah bersama. Tak pernah bosan asyik tengok muka dia je sebab kitaorang sayang each other. Gitu. Hahaha. Walaupun sekolah menengah terpisah tapi still contact each other dan borak bila jumpa.

Exactly tahun lepas, habis je majlis bertunang, kita dah fikir siapa calon pengapit untuk majlis kita nanti. Hahaha. Advanced. Cepat-cepat kita tanya sepupu yang dulu pilih kita jadi pengapit untuk majlis dia dan kita pun nak pilih dia jadi pengapit untuk majlis kita. Lol.

"Angah (her nickname), nanti aku kahwin nak tak jadi pengapit aku?"
"Hahaha." she laughed first and replied, "InsyaAllah boleh."
"Yay thank you. Walaupun nanti kau kahwin dulu dan dah jadi isteri Redza kan? Redza tak kisah kan?"
"Boleh, insyaAllah Wani."


Kita hanya merancang dan Tuhan yang menentukan.

Kalau ikutkan Angah kahwin dulu sebab yelah, kan dia dah bertunang lama and of course dia yang kena kahwin dulu kan. Konon tak nak langkah bendul. Tapi rupanya kita yang kahwin dulu. Hahaha. Unexpected. Majlis kita bulan Januari dan dia bulan April, so siapa yang patut jadi pengapit siapa dulu ni? Of course dia kena jadi pengapit kita dulu. Hehe. Alhamdulillah Angah jalankan tugas sebagai pengapit dengan cemerlang sebab banyak tolong itu ini dan ikut ke sana ke sini. I am so thankful. Thank you Angah.

Then, it should be my turn jadi dia punya pengapit on her wedding day right?
 On the way balik dari outdoor photoshoot untuk majlis kahwin kita, Angah saja tanya Farhan boleh ke nak passing tugas untuk bulan April nanti.

"Nanti Wani jadi pengapit boleh kan Farhan? Nak minta izin ni."
Farhan jeling kita kat sebelah sebelum jawab, "Tak boleh."

and I was like, WHAT?? Are you serious? Haritu kata akan difikirkan tapi sekarang jawab soalan macam tak fikir je.

Tanpa berfikir panjang Farhan jawab lagi, "Hmm kan dah jadi isteri orang, yang single je boleh jadi pengapit ni."

-__________-



Selamat Pengantin Baru, Angah dan Redza.

Walaupun kita tak jadi pengapit di sisi, tapi kita tetap pengapit dalam hati awak. Gitu. It's okay, kita jadi pengapit belakang tabir tolong potong bawang, tolong sambut hadiah dan paling penting tolong makan bertambah-tambah. Hehehe.


Excuse my face yang berpeluh hilang make up kena asap di dapur. Busy tolong rewang di belakang (pembaca perlu tahu). Kekeke.

Till then.
Share
Tweet
Pin
Share
No comments


Dah masuk hari kedua berpuasa dan banyak benda baru belajar. Maklumlah, kita dah jadi isteri orang.

Tahun lepas puasa dengan mak ayah dan adik-beradik, bangun sahur pun mostly mak yang siapkan makan, kalau week days balik kerja pun mak dah siap masak untuk berbuka kecuali on weekend akan tolong mak kat dapur masak bersama, tahun ni lain sikit dia punya suasana. Bangun sahur awal dari suami untuk siapkan makan sahur, balik kerja sampai rumah siapkan makanan untuk berbuka. First day of ramadhan je dah rasa sayu sedih sebab rindu nak berbuka dengan mak ayah. Macam ni ke perasaan bila dah kahwin jadi isteri orang? T.T


Hari pertama puasa ada whatsapp dalam family group,

'Selamat bersahur semua orang.' and bila dah nak berbuka, 'Selamat berbuka semua orang.'

Tapi hari ini dia punya perasaan rindu kat rumah kampung (mak ayah actually) makin menjadi-jadi so tadi called mak sebab rindu sangat.

"Hello assalamulaikum, mak tengah buat apa tu?"

"Baru nak masak ni."

"Mak nak masak apa?"

"Kari ayam."

"Ohh." 

"Sekarang ni semua mak buat sendiri dah, takde orang nak tolong kat rumah macam dulu-dulu."

"....................." I don't even know how to respond to this sebab sayunya dengar bila mak kita cakap macam tu.


Mak bukan jenis suka ikut emosi atau sedih tak tentu pasal. Mak jenis okay, open minded, tak kisah apa orang cakap, tak ikut emosi, susah nak marah dan susah nak luahkan apa dia rasa tapi once dia kerap tanya, "Bila along nak balik rumah mak?" atau "Along tak nak balik sini ke?", kita dah boleh baca yang mak rindu anak perempuan dia dan nak kita balik.


So tadi masak untuk berbuka puasa dengan penuh kasih sayang isteri kepada suaminya. Nak ambil hati suami sebab esok nak ajak balik rumah Banting buka puasa dengan mak ayah. #prayforisteri


Selamat berpuasa semua.

Share
Tweet
Pin
Share
No comments

Dalam banyak-banyak tempat yang kita nak pergi lepas kahwin dengan suami salah satunya adalah zoo. Kalau orang lain dengar mesti macam "Kenapa zoo? Hello, belum ada anak pun." atau "Kan baru kahwin, kenapa tak pergi honeymoon tempat best?". Lol. Tak semestinya kena tunggu ada baby/anak baru boleh pergi zoo kan? Hahaha.


Our first time after we got married.


Farhan susah nak cakap NO/TAK BOLEH bila kita ajak dia melainkan kalau dia busy kerja atau penat sangat. So far bila kita ajak dia pergi mana-mana even tiba-tiba macam teringin nak tealive hazelnut chocho, dia mesti okay jom pergi beli. Kekeke. Ye tahu, bertuahnya seorang Shazwani dapat Farhan sebagai suami. Awww.


So we went to Zoo Negara last month. I am so excited bangun awal pagi lepas tu Farhan cakap, "Yelah nak jumpa kawan dia, kan banyak kawan dia kat zoo tu." -__-

Tiket nak masuk untuk dewasa RM44.00/orang so in total RM88.00 untuk kami berdua. Sekarang tengah berdua je memang rasa okay lah berbaloi for two people. Nanti bila dah ada 2 ke 3 anak bawa pergi zoo mesti terasa mahalnya harga tiket nak masuk zoo ni. Tiba-tiba rasa tak berbaloi. Hahaha. Anak sorang for sure kena bawa tapi kalau anak dah 2 ke 3 tu nanti kita kena fikir 10 kali nak pergi Zoo Negara ke Zoo Melaka? Lol.




Kitaorang datang awal pagi, pukul 9.30 dah sampai zoo. Cuaca pagi redup tak panas lagi so best lah kalau berjalan satu zoo but still berpeluh juga sampai cair make up sis. Make up cair bukan satu masalah sebab dapat tengok haiwan lagi menarik dari muka hilang make up. Hahaha. Mujur semua haiwan kat zoo say hi kat kita bila kita panggil. *lambai sikit*

Bila dah jauh kitaorang jalan tu tiba-tiba ada bunyi bising. Bunyi tu datang dari haiwan dalam zoo tapi still tak tahu haiwan apa so kitaorang jalan je sampai lah kat satu tempat.

"La, kawan sayang lah yang berbunyi tu." sambil tunjuk kat Siamang.

-____-



Thank you suami sebab sudi bawa isteri pergi zoo. Lepas ni zoo mana kita nak pergi? Hehehe.

Share
Tweet
Pin
Share
No comments

Alhamdulillah, dah selamat menjadi isteri orang. Honestly, sekarang pun macam tak percaya dah ada suami, teman makan bersama, gosip bersama, borak bersama dan bahagia bersama.


On 27th January 2018, we were officially husband and wife. Yay!


Dari kisah cinta monyet yang entah apa-apa hingga ke jinjang pelamin. Tak sangka dari 'pakwe makwe' lepas tu putus lepas tu baik lepas tu kawan lepas tu bercinta balik dan sekarang dah sah jadi suami isteri.

Kitaorang kenal dah lama, exactly 11 years ++ kalau ikut pengiraan. Just wow! Hahahaha. Kalau orang tanya macam mana kenal each other mesti susah sikit nak jawab sebab bukan belajar satu sekolah atau satu matrikulasi atau satu universiti. Selalu jawapan paling senang adalah, "hmmm kenal-kenal macam tu je lah, tetiba je dah kawan. hahahaha." -___-


So jom lah kita balik semula cerita dulu-dulu masa kenal.

Masa tu kita form 1 and yes masa tu budak-budak lagi, baru nak remaja tapi tu lah dah gatal. Farhan buat-buat missed call kita 2 3 kali. Mula-mula macam nak tak nak je layan sebab orang tak kenal kan, tapi sebab jiwa remaja baru nak up so kita layan je lah. Dulu whatsapp takde lagi, zaman myspace friendster lagi masa tu. Okay so dari situ lah kitaorang mesej-mesej tanya nama, umur and tiba-tiba eh dah jadi kawan lepas tu eh dah boyfriend. Hahahaha. Jenis gelojoh tak reti nak berkawan lama terus nak jadi boyfriend masa tu. Budak baru nak up katanya. Lol.

Actually, Farhan dapat nombor kita dari 'abang angkat' dan rupanya Farhan ni sepupu 'abang angkat' kita tu. So sekarang 'abang angkat' kita tu dah jadi sepupu kita juga. Hahaha. Thank you Abang Im, jasamu dikenang :)

Cinta monyet ni banyak main-main sebenarnya. Ala benda biasa kalau kejap putus lepas tu couple lepas tu putus terus tak nak kawan sampai bila-bila. Pernah je 2 tahun kitaorang macam lost contact (tak, sebenarnya sebab kitaorang putus lepas tu dia ada girlfriend baru so macam k dah jangan cari aku lagi), lepas tu entah macam mana contact balik masa kita baru nak sambung degree, sayang balik and bercinta balik. Hahahaha.


After 4 years bercinta bagai nak rak (no more cinta monyet), we decided we wanted to be with each other and spend the rest of our lives together.

We were engaged on 1st July 2017.
Bertunang tak lama. Ayah dah cakap, "tempoh bertunang ni tak perlu tetapkan, nanti ada duit terus kahwin."

Bersungguh kitaorang simpan duit nak kahwin dan paling bersungguh adalah Farhan sebab sama-sama baru habis degree, baru setahun kerja, baru nak bagi mak ayah duit sendiri dan baru nak simpan duit kahwin. The struggle was real masa tu. Kalau boleh tak nak bertunang lama sangat so I was like okay-let's-do-this-until-the-end-and-get-married-as-soon-as-possible. Kesungguhan Farhan tu paling buat kita macam terharu sangat sebab one of my wish list is nak kahwin sebelum umur 25 tahun dan dia berusaha nak jadikan benda tu kenyataan. So sweet.


Six months later, we were married. Alhamdulillah.



We are happily married for 1 month and 9 days.

Sekarang masih belajar jadi isteri orang. So far so good. Kot. Hehehe. Walaupun dah kenal each other 11 tahun tapi banyak benda baru tahu lepas dah jadi suami isteri. Betullah apa orang kata, kenal lama macam mana pun seseorang tu tapi lepas kahwin semuanya jadi baru. Kadang-kadang rasa tak percaya tapi seronok sebab dapat kenal suami sendiri. Awww dah boleh panggil suami.

Terima kasih untuk ucapan dan doa dari semua orang. Doa yang baik-baik.


Till then.
Share
Tweet
Pin
Share
No comments
Newer Posts
Older Posts

About me

About Me

Popular Posts

  • Kolej Matrikulasi Selangor
    Assalamualaikum. Sekarang aku berada di rumah setelah berkampung di kms selama 5 hari. huhu. Terseksa menyeksa jugak lah orientasi kan...
  • Family Day Social Work 2014
    Family day ni mula-mula planning nak buat kat PD, tapi disebabkan ada masalah sikit so kitaorang buat kat UKM je. Apa yang penting kitaora...
  • Cuti Semester
    Exam dah habis 24hb haritu. Tinggal dua paper lagi kot masa tu, terasa makin stress sebenarnya. Tengok orang lain bukan main lagi dah habi...
  • Pulau pangkor part 1
    Assalamualaikum semua. Now, aku kat rumah. hihihi. Baru 3 hari duduk kat kms dah balik sebab period pain. Nasib ayah baik sangat nak am...
  • Suntikan HPV
    Assalamualaikum semua. Adakah anda sudah mengambil suntikan HPV? Okay, soalan ni untuk kaum perempuan je. Yang lelaki boleh duduk d...

Blog Archive

  • ►  2019 (1)
    • February 2019 (1)
  • ▼  2018 (11)
    • August 2018 (3)
    • July 2018 (2)
    • June 2018 (2)
    • May 2018 (2)
    • March 2018 (2)
  • ►  2017 (2)
    • August 2017 (1)
    • June 2017 (1)
  • ►  2016 (4)
    • April 2016 (1)
    • February 2016 (1)
    • January 2016 (2)
  • ►  2015 (16)
    • November 2015 (1)
    • October 2015 (2)
    • September 2015 (1)
    • August 2015 (2)
    • July 2015 (2)
    • June 2015 (1)
    • May 2015 (2)
    • April 2015 (2)
    • February 2015 (2)
    • January 2015 (1)
  • ►  2014 (28)
    • December 2014 (2)
    • November 2014 (2)
    • October 2014 (1)
    • September 2014 (1)
    • August 2014 (2)
    • July 2014 (2)
    • June 2014 (4)
    • May 2014 (3)
    • April 2014 (4)
    • March 2014 (3)
    • February 2014 (3)
    • January 2014 (1)
  • ►  2013 (37)
    • December 2013 (1)
    • November 2013 (2)
    • October 2013 (2)
    • September 2013 (2)
    • August 2013 (2)
    • July 2013 (2)
    • June 2013 (1)
    • May 2013 (3)
    • April 2013 (4)
    • March 2013 (7)
    • February 2013 (4)
    • January 2013 (7)
  • ►  2012 (13)
    • December 2012 (2)
    • November 2012 (2)
    • October 2012 (2)
    • September 2012 (2)
    • August 2012 (2)
    • July 2012 (1)
    • March 2012 (1)
    • February 2012 (1)
  • ►  2011 (1)
    • May 2011 (1)

Pages

  • Home

Created with by ThemeXpose