Shazwani Ramly. Powered by Blogger.

Shazwani Ramly

Assalamualaikum.


Kebetulan banyak sangat aktiviti this week. Pergi sana pergi sini sampai tak tahu mana nak update dulu.
Grrrrr, busy memanjang lepas tu kuiz statistik pun ni hilang entah ke mana. Revision buat last minute =.='

Abang dengan akak senior anjurkan family day untuk course kitaorang. Dari first year sampai lah third year student yang join. Family Day ni khas untuk student social work. Maybe.


Dari kami first year student semester 2 (tiru cara sora cakap), ada 13 orang yang join sebab yang lain sibuk dan ada hal yang lebih penting. Tapi takpe, kitaorang yang pergi ni memang rajin and suka benda benda camni. So it's okay and enjoy !

Tarikh   : 30 Mac 2013
Tempat : Pantai Bagan Lalang, Sepang

Masa tengah tunggu naik bas sebelum pergi

 Tetiba nak kata konon konon sampai turun bas je suasana kat Bagan Lalang cenggini. Macam sejuk gitu. Padahal? haha.

Sampai je tempat untuk buat aktiviti, akak abang senior yang busy aturkan apa yang patut. 

Actually, bukan kitaorang tak nak tolong buat pape tapi tak tahu apa kena buat. So kitaorang hanya duduk tepi dan tengok. Agak kejam di situ tapi tidak mengapa. Sebagai abang dan kakak, mereka lah yang kena buat kerja. Wanie fikir macam tu. haha. Padahal malas nak tolong. -.-' Maaf.

Lepas dah kemas and atur apa yang patut tu, aktiviti pun bermula. Kalau nama pun Family Day for sure lah tak lari dari game kan. Memang, memang banyak game yang kitaorang main sampai satu tahap rasa malas pun ada. haha. Duduk dan tengok jugak kami suka. LOL.



Thank you kat Hidayah yang tolong ajar macam mana nak tipu belon. Serius wanie fail bila bab bab nak meniup ni. T-T Nasib lah dia tolong ajar. 'Tarik nafas dari perut lepas tu tiup belon.'
Memang menjadi and benda sama jugak dia ajar kat soraya. Jadi okay !

Game dah nak mula. Yay !

Bagi sokongan kat group sendiri masa ni. 

Game memang part paling best lah pada mulanya. Dah bagi bagi group and lepas tu buat sesi taaruf dalam group kejap. Lepas tu baru game start. Main belon lah, gelecek bola lah, paling tak suka cari gula gula dalam tepung. Serius habis semua muka baju kena tepung. Tak suka game macam ni. Sedih gilaaa. Tapi kena layankan jugak sebab semua orang mesti join. Ok redha.

Dah habis part game yang macam seronok tu, penat penat mandi peluh lah konon konon semua kan. For sure lepas main nak makan. Lapar.

 


Okay lepas dah kenyang makan nasi goreng dengan ayam bbq tu, aktiviti bebas. Suka hati kau lah nak buat apa pun, nak mandi pantai ke, nak main kejar kejar ke, nak solat dulu ke, nak makan lagi ke, semua terpulang sebab memang bebas sangat.


Macam kitaorang, yang boleh solat pergi cari surau then solat dulu. Lepas tu baru mula aktiviti bebas. Dahulukan yang wajib okayy. :)


Then baru lah buat aktiviti bebas semua. Macam wanie dan beberapa orang pergi tepi pantai lepas tu ambik gambar. Motif? Perempuan tak lari dari suka bergambar. Itu fakta ye. 
Yang ikut kitaorang pun berapa orang je sebab yang lain tak habis urusan lagi, ada yang pergi minum lagi. 



 




 


Haaaa, ni kalau nak citer pasal gambar memang ada banyak sangat. Terlampau sampai rasa semua nak tunjuk. Tapi apakan daya, malas nak tunggu upload lama lama. Wanie bukanlah seorang yang penyabar untuk pengetahuan semua. heee. 


Masa dihabiskan dengan aktiviti bebas, ambik gambar berjuta juta kali. Sungguh tak tipu. Duduk tunggu waktu balik pun sibuk ambik gambar lagi. Why? Ini semua sebab tak tahu apa lagi nak buat. Errr, takut salah cakap so anggap je kitaorang takde hala tuju dan asyik cakap nak balik. Takpe, kita sabar je lah walaupun dalam hati memberontak kata nak balik setiap masa. huahua.

Well, family day ni walaupun kurang aktiviti tapi bagi kitaorang adik adik first year kata takpe. Sebab masa tu lah dapat spend time lepas tu gelak lepas tu ambik gambar lagi lepas tu jalan sama sama. Everything. Seronok sangat. Terima kasih di atas anjuran program ni.


Happy sangat sampai tak tahu nak describe macam mana.
You know, apa lagi bila kawan kawan tu sekepala kann.



 


Dalam pukul 5 camtu kitaorang dah gerak naik bas balik UKM. Masuk bas semua pakat tidur sebab letih. Walaupun takde aktiviti mandi pantai kann. haha. 

Sekian saja berita hari keluarga dari saya, Shazwani Ramly. Terima kasih di atas kerjasama semua yang terlibat walaupun naik bas duduk belakang rasa macam naik roller coaster. Grrrrr. LOL.
Till then, adiosss.
Share
Tweet
Pin
Share
2 comments
Assalamualaikum semua.

Wanie dan student first year yang lain WAJIB ambik subjek kursus keusahawanan dan inovasi. Ianya adalah kursus di bawah CESMED. Kengkadang rasa macam UKM kejam sangat sebab suka bagi student tension.
Grrrrrr.

Eh tapi bagi pelajar Fakulti Ekonomi dan Pengurusan for sure ianya adalah sangat membantu mereka. Happy for them and poor us.

Tak dinafikan, ramai mengeluh kerana dalam pada masa yang sama terpaksa dan dipaksa. Semua kerana jam kredit dan kursus WAJIB universiti, jadi tidak mengapa.


Tapi yang best pasal kursus ni, dia jemput jutawan datang UKM lepas tu bagi kuliah.

Macam haritu, dorang jemput usahawan usahawan wanita dari luar negara termasuk lah isteri perdana menteri. And baru baru ni, dorang jemput Datuk Irfan Khairi pulak bagi kuliah umum kat kami semua. Awesome!

 Sebelum masuk kena daftar. ni semua coursemate wani and they are my sisters. wanie paling muda.

Soo excited nampak muka IK. -.-' Baru nampak muka dah teruja habis. motif?

 IK sedang menjawab soalan soalan dari student.

  

 
Mula mula IK masuk, pehhhhh teruja habis wanie cakap. Memang lah kalau nama pun perempuan lepas tu dapat tengok lelaki kacak pulak tu muka ala ala baby face, mula nak mengada ngada. kan?
Seriously, masing masing sibuk nak jadi bini nombor 2, 3, dan 4 Irfan Khairi. haha. Dah lah kaya, bijak berniaga, wah wah cukup segalanya kann.

Banyak tips yang IK bagi kat kitaorang yang masih mentah nak uruskan dunia perniagaan. Masa dia bagi kuliah dia siap suruh kitaorang take note apa yang dia nak dan akan cakap. Dah macam lecturer betul dah ni. ihiks.

Apa antara yang dia cakap :
1. Buat berdasarkan apa yang kita suka dan minat.
2. Jangan fikirkan pulangan bila buat sesuatu.
3. Buat sesuatu tu biar lah kita tahu dan kenal apa benda tu sebenarnya.


Sangat bangga dengan dia sebab dia dah start minat dalam bisnes sejak sekolah lagi. Orang kalau dah minat sanggup buat apa je kan so why not kita mencuba. Tapi wanie takde minat dalam dunia bisnes ni. Wanie hanya boleh jadi customer yang tahu membeli dan komplen bila tak puas hati. muahahaha.
IK bagi kuliah berdasarkan soalan yang student tulis kat kertas and then dia baca, jawab. The way dia bagi kuliah tak lah membosankan sangat sebab memang menarik pun bagi orang yang nak cepat kaya macam dia. Jutawan pulak tuuu. 


Kes soalan famous, ramai nak tahu berapa banyak duit dia dapat dalam sebulan. 

IK tak nak bagitahu berapa dia dapat sekarang tapi dia jawab berapa banyak dia dapat masa umur dia macam kitaorang ( 20 or 21 macam tu). 
Tahu dak berapa banyak duit dia dapat? RM 80,000 macam tu.
Dah bila dengar semua bising bising sebab terkejut dia dapat duit banyak macam tu masa muda. Gila tak gila. Percaya tak percaya. Itu lah kenyataannya. (lompat lompat suka)


Berminat jadi jutawan macam Irfan Khairi? Mula lah dari sekarang. 


Pesanan IK :
 Gagal bisnes pertama, buat bisnes kedua, gagal bisnes kedua, buat bisnes ketiga, dan begitulah seterusnya sampai sembilan kali. Lepas sembilan kali gagal, baru cari kerja lain selain bisnes (:


Till then. Adiosss.

Share
Tweet
Pin
Share
4 comments
Assalamualaikum



Cerita pasal BCI dengan FESKAB dah nak muntah hitam. Jadi wanie tak nak bukak cerita pasal program tuh. Maaf. Cerita dah basi boleh simpan jauh jauh. Tapi apakan daya, tiap kali nak bukak cerita je mesti kena sebut pasal dua program ni. T-T


Masa program berlangsung, kawan sekolah datang saja nak melawat. Motif? Lebih kepada datang nak ambik video running man. Sanggup korang datang jejauh nak ambik benda tu semata. Tapi takpe.

Sambil menyelam minum air.
Sambil ambik video running man tu, boleh tengok tengok UKM.
kan?


 
Ain, Afika dan kecik.

  

 
First time lah kawan datang saja saja nak tengok wanie lepas tu borak pendek. Sebelum ni yang datang hanya muka Farhan. -.-' Sampaikan dia pun bosan dah agaknya. haha.

Well, budak bertiga ni sama sama baru lepas STPM. So bagi lah dorang nasihat, kata kata semangat untuk sambung belajar masa ni. Asyik promote UKM. Ahhh lantak lah kan. Ikut suka hati wanie. Motif?
At least wanie jumpa kawan sekolah lama kat sini. Ada lah kawan bila jumpa lepas tu makan sama sama lepas tu borak borak ingat pasal zaman jahiliah kat sekolah. Best wehhh. Tu lah angan angan yang asyik tak menjadi. 

Keputusan dah keluar and semuanya okay. Tahniah untuk awak bertiga. Lepas ni sambung belajar peringkat lebih tinggi. Wanie selalu doakan yang terbaik :)


Afika selalu cakap,
'Nak belajar sampai degree macam kau.'

InsyaAllah afika. 
Doa banyak banyak.
Allah tahu apa yang terbaik, jangan cepat putus asa okay.

 Mungkin takde tempat lain masa ni melainkan tempat ni je. haha.


Kawan baik sejak sekolah, kekal sampai harini walaupun masing masing dengan hal sendiri.
Terima kasih.
Adiosss.

pssttt : mereka antara best buddy, and ada lagi yang lain lain. (:
Share
Tweet
Pin
Share
2 comments
Assalamualaikum.


Marilah kita membaca dengan kadar sepintas lalu sebab wanie dah semakin malas nak update blog dan semakin sibuk dengan urusan seri paduka baginda. *tipu


Program Bz-Byte Cyber Interactive dah habis. Yes, boleh tarik napas lega-lega. Tak payah lah kau nak pergi meeting tiap malam lepas tu cakap benda yang sama lepas tu balik bilik rasa ngantuk nak tidur dan buku pun dilupakan. -.-'

dengan salah seorang peserta kids zone. :)


Kadar ketekanan semakin meningkat.

Kerja-kerja semakin banyak bertangguh. Interview untuk perubahan sosial tak buat lagi. Dah masuk minggu keenam dah wanie hoi, tapi masih dan tetap sibuk pikir benda lain.
Pasal perubahan sosial tu ada markah berapa percent tah and must do it! Gila kau kalau tak buat, mahu aku dapat C je subjek tu.
Tu baru kes interview. Ni pulak markah 10 peratus untuk field work. Pun sama subjek perubahan sosial jugak. Ahhhh lecturer saja bagi markah lebih kat carry mark. Terima kasih Dr. Tapi saya tak larat T-T
Ceritanya, dah habis program BCI maka tak payah la ada meeting pape lagi tapi hampa.

Field work kali ni kitaorang kena arrange and organize program sendiri untuk dapatkan 10 percent.
Tiap minggu meeting, sebuah kampung kat Kuala Pilah dah pun dipilih sebagai destinasi pilihan.
Pulak tu wanie dipilih untuk jadi Pengarah Dokumentasi. =.=' tension. Tapi masih boleh buat kerja.


one of my duty. ambik gambar untuk semua meeting yang ada kena mengena dengan program and for sure semasa program berlangsung nanti.


Ni belum masuk dengan kes annual dinner kolej aminuddin baki. Hailaaa.

Tolonglahh, saya bukan mengeluh cuma saya melepaskan kadar ketekanan yang makin meningkat. Ianya membahayakan diri. eh?

Pasal annual dinner atau lebih dikenal dengan ABADI, memang lah makin busy. Lagi lagi bila FESKAB dah habis haritu. Kena pulak pikir pasal ABADI. Lol. Menangis tak berlagu wehh.
Meeting tak kerap tapi  terasa bahang kesibukan tu jugak. Wanie under post kebudayaan. Kes nak buat persembahan belum settle sampai sekarang takde orang. Gila tak gila. Sape nak buat persembahan nanti masa makan? Kau? Haaa sila lah volunteer. Wanie memang tak lah kan. Sorry saya tak berminat.


Kalau nak cerita pasal life sem 2 kat sini, sampai esok malam pun sure tak habis.

At least kadar ketekanan sudah turun sebanyak 20 peratus. ihiks.

Assignment tak banyak tapi lebih banyak program kolej plus kerja lapangan untuk course. Gini lah gamaknya cara student ambik social work. Kejadah. Baru kau nak sedar betapa beratnya tugas as a student wanie. So chill. Don't worry be happy. *ayat skema masa sekolah rendah.


Motif gambar? saja nak tunjuk tahap ketekanan sampai kena keluar jalan putrajaya tengah malam dengan mak ayah. Motif baju besar? hellooo, biar besar asalkan menutup :p 


kbye. Till then yo.

Share
Tweet
Pin
Share
2 comments
Assalamualaikum.


Dah hampir tiga minggu tak balik rumah. Walaupun jarak rumah dengan ukm bukan lah macam jarak dari selangor ke kedah, tapi disebabkan kerja meeting program semua, tak dapat nak balik.


Cikgu wanie pernah kata,

Call mak ayah kita tiap hari, jangan tahu nak call boyfriend/girlfriend je.

And itu lah yang wanie buat bila wanie kat sini dan mereka kat sana.
Call tiap hari walaupun hanya untuk 2 minit. Tapi biasanya memang lebih 2 minit sampai kredit habis. ahaks.
Tanya sihat ke tak, dah makan ke belum dan lain lain soalan tambahan.

Wanie anak sulung, tak pernah jauh dari mak ayah. =.='
So for sure bila 2/3 minggu tak balik rumah, terasa macam sebulan je kan.


Pernah satu hari wanie call mak, wanie tanya mak.

'Mak rindu wanie eh? Asyik tanya bila nak balik je.'

'Bila ada kat rumah, asyik nak gaduh dengan kau. Bila takde ni rasa rindu lah pulak.'


Terharu bila mak cakap macam tu.
Nak nangis tapi relaks lagi.
Kadang kadang wanie terfikir, ni baru tengah belajar. Macam mana nanti dah kahwin ada suami duduk sendiri. Mesti mak lagi rindu. :')


Berdoa bila kita rindukan seseorang. Tak kira siapa pun orang tuh.
Till then.


Share
Tweet
Pin
Share
No comments
Assalamualaikum semua.


Sempena Fiesta Kolej Aminuddin Baki (FESKAB) pada 15hb hingga 17 hb Mac, Kelab BZ-BYTE dan Sekretariat Penerbitan dan ICT Kolej Aminuddin Baki akan menganjurkan program Bz-Byte Cyber Interactive (BCI). Antara pertandingan yang diadakan adalah seperti berikut :

 

 


Berminat? Jom sertai beramai-ramai.
Hadiah menarik disediakan dan jangan lepaskan peluang anda. Bertempat di Foyer Kolej Aminuddin Baki, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Boleh pergi terus ke page BCI dan dapatkan maklumat lanjut.

Terima kasih. :)

Share
Tweet
Pin
Share
No comments
Assalamualaikum.


Since wanie dah masuk umur puluhan tahun, itu menandakan wanie dah semakin matang. Yeke?
Tak dinafikan sekarang dah boleh fikir apa yang patut buat and tak patut buat. Apa yang akan beri kesan buruk dan kesan baik pada diri.

Alhamdulillah.
Wanie dah jadi seorang perempuan even masih tak lengkap lagi maksud perempuan yang sebenar-benarnya.

Kadang-kadang wanie duduk sorang and wanie fikir apa perubahan yang berlaku dalam diri wanie. In fact, lebih kepada muhasabah diri jugak lah.
Think and think. Very carefully.
Apa wanie dah buat untuk diri wanie sendiri?

Okay lama lama sedar diri. Ada lah perubahan dalam diri walaupun sikit je. For sure siapa yang kenal and rapat dengan wanie lebih tahu kan sebab kita tak boleh nilai diri kita sendiri melainkan orang sekeliling yang menilai kita.

Adik wanie datang kat wanie and cakap,

'Semalam ayah cakap kat aku, along dah makin matang.'

Wanie tergelak sorang sorang.
Apa lah agaknya yang orang nampak and kita tak nampak?
Apa agaknya yang orang fikir tentang kita?

 Matang tu apa eh? haha.

Pernah masa dalam kereta ayah cakap,

'Along dah besar, dah dua puluh pun. Dah besar anak ayah. Boleh kahwin dah kan.'

Gelak lagi.
Tapi itu lah realitinya.
Dulu pergi sekolah tahu dok main main je. Balik sekolah pun main lagi. Sampaikan dah masuk u pun still nak main main lagi. ahaks. Everything nak main, tang mana yang serius pun tak tahu.

Mak tak cakap apa apa. Maybe sebab wanie lebih rapat dengan ayah. Eh tak lah, dua dua sama je. Tapi mak selalu cakap kat orang wanie anak ayah. haha.
Banyak lagi yang wanie kena betulkan untuk jadi matang.
Tapi kalau matang sangat pun tak best. Cukup lah daku dapat lelaki matang kann. hihik. (:

Till then.
Share
Tweet
Pin
Share
6 comments
Newer Posts
Older Posts

About me

About Me

Popular Posts

  • Kolej Matrikulasi Selangor
    Assalamualaikum. Sekarang aku berada di rumah setelah berkampung di kms selama 5 hari. huhu. Terseksa menyeksa jugak lah orientasi kan...
  • Family Day Social Work 2014
    Family day ni mula-mula planning nak buat kat PD, tapi disebabkan ada masalah sikit so kitaorang buat kat UKM je. Apa yang penting kitaora...
  • Cuti Semester
    Exam dah habis 24hb haritu. Tinggal dua paper lagi kot masa tu, terasa makin stress sebenarnya. Tengok orang lain bukan main lagi dah habi...
  • Pulau pangkor part 1
    Assalamualaikum semua. Now, aku kat rumah. hihihi. Baru 3 hari duduk kat kms dah balik sebab period pain. Nasib ayah baik sangat nak am...
  • Suntikan HPV
    Assalamualaikum semua. Adakah anda sudah mengambil suntikan HPV? Okay, soalan ni untuk kaum perempuan je. Yang lelaki boleh duduk d...

Blog Archive

  • ►  2019 (1)
    • February 2019 (1)
  • ►  2018 (11)
    • August 2018 (3)
    • July 2018 (2)
    • June 2018 (2)
    • May 2018 (2)
    • March 2018 (2)
  • ►  2017 (2)
    • August 2017 (1)
    • June 2017 (1)
  • ►  2016 (4)
    • April 2016 (1)
    • February 2016 (1)
    • January 2016 (2)
  • ►  2015 (16)
    • November 2015 (1)
    • October 2015 (2)
    • September 2015 (1)
    • August 2015 (2)
    • July 2015 (2)
    • June 2015 (1)
    • May 2015 (2)
    • April 2015 (2)
    • February 2015 (2)
    • January 2015 (1)
  • ►  2014 (28)
    • December 2014 (2)
    • November 2014 (2)
    • October 2014 (1)
    • September 2014 (1)
    • August 2014 (2)
    • July 2014 (2)
    • June 2014 (4)
    • May 2014 (3)
    • April 2014 (4)
    • March 2014 (3)
    • February 2014 (3)
    • January 2014 (1)
  • ▼  2013 (37)
    • December 2013 (1)
    • November 2013 (2)
    • October 2013 (2)
    • September 2013 (2)
    • August 2013 (2)
    • July 2013 (2)
    • June 2013 (1)
    • May 2013 (3)
    • April 2013 (4)
    • March 2013 (7)
    • February 2013 (4)
    • January 2013 (7)
  • ►  2012 (13)
    • December 2012 (2)
    • November 2012 (2)
    • October 2012 (2)
    • September 2012 (2)
    • August 2012 (2)
    • July 2012 (1)
    • March 2012 (1)
    • February 2012 (1)
  • ►  2011 (1)
    • May 2011 (1)

Pages

  • Home

Created with by ThemeXpose