Shazwani Ramly. Powered by Blogger.

Shazwani Ramly

Hai.

Aku rasa macam baru je daftar masuk kolej, rasa macam baru je nak jejak ke tahun 3, tapi hakikatnya dan realitinya dah satu sem habis untuk final year. Tinggal satu sem je lagi nak siapkan tesis, lepas tu 2 bulan LI (Latihan Industri), lepas tu grad, lepas tu kerja.


Sekarang tengah study week. Kemain cepat masa berlalu kan?

Masih ada assignment yang perlu dihantar. 2 lagi weh. Tapi hidup macam biasa, buat last minute, hantar last minute, semua benda nak last minute. Study untuk final entah bila. Heh. 

Macam biasa lah, study week dah mula tapi belum study apa-apa lagi. Luls. Penyakit malas tu tak payah cerita, memang sepanjang masa nak malasss je. Assignment yang tak siap-siap tu pun, ku paksakan diri jua untuk siapkan dan submit. Kalau tidak, memang sampai bila-bila tak buat. Engko gila? Markah tak dapat, pointer turun pulak nanti. 


Sem 5 ni ambil 6 subjek, tapi final untuk 5 subjek sahaja. 1 subjek tu takde final, memang 100 peratus ambil dari presentation dan assignment. Huwaaaaa. Assignment pun belum tentu dapat markah tinggi, ni kan pulak takde final. (menangis belakang pintu)

Start final exam 30hb ni, habis 15hb Januari nanti. Macam biasa, tak pernah habis exam awal. K.


Bila dah habis sem 5 ni, makanya ada satu sem lagi nak duduk satu kelas dengan coursemate sendiri. Masa ni lah nak bertungkus lumus buat kerja bersama, makan bersama, main bersama, ambil gambar bersama. Gituuu. Hahaha. Sekejap je masa ni, so kena lah jadikan setiap waktu bersama tu berharga okay. 


Kelas Psikoterapi untuk Kerja Sosial bersama Dr Aizan. 


Coursemate semua makin besar makin dewasa. Ada yang dah kahwin tengah pregnant pulak, tak lama lagi aku jadi makcik. Hehehe. Makcik-makcik sangat.

Semoga semua dapat buat yang terbaik. Semoga semua berjaya untuk masa akan datang. Semoga semua akan ingat setiap orang dalam kelas, siapa yang suka menjerit, siapa yang asyik duduk diam, siapa yang selalu datang lambat, siapa yang bercakap banyak tak berhenti, siapa yang suka senyum, siapa yang suka main-main dalam kelas, siapa yang paling cantik, siapa yang paling comel, siapa yang mengantuk, siapa suka buat lawak, siapa suka loyar buruk, siapa yang baik, siapa yang mendengar cakap, siapa tiap sem dapat dekan, siapa yang suka selfie. Paling penting, semua orang tak tahu nak berhenti cakap walaupun sesaat. Hahaha k. 


Good luck final exam kali ni!


Till then.
Share
Tweet
Pin
Share
No comments
Hai.


Weekend adalah waktu rehat sepatutnya, tapi lately asyik busy dengan kerja dan program. Haritu weekend aku menghabiskan masa kat kem. Kem persediaan pelajar tahun 3 untuk kerja  nanti lepas habis belajar. Kem ni khas untuk semua pelajar tahun 3 Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan anjuran HEJIM.

At first memang takde hati pun nak pergi. Bayangkan, jumaat sabtu ahad kena duduk kat Kem Bina Negara Bkt Cherakah, Meru Klang. Isnin pulak kena submit assignment. Assignment tak siap lagi, nak taknak memang kena pergi jugak. Kelam kabut hidup. Huwaaaaa. Takdenya aku duduk senang lenang, dalam kepala ni asyik fikir bila nak siapkan kerja, sempat ke nak siapkan ni, ahhh macam-macam dalam kepala.


Kakak-kakak coursemate yang sama pergi kem.

Sebelum naik bas, kitaorang kena isi borang dulu. 

Okay ni separuh dari satu course sebab yang lagi separuh dah pergi untuk sesi pertama.


Nak dijadikan cerita, naik bas ikut program/course masing-masing. Entah macam mana program Kerja Sosial kena naik bas paling akhir sebab kitaorang ramai. Yelah paling akhir kan, lepas tu tengok-tengok bas semua dah penuh. Engko rasa macam mana? Hahaha. Kitaorang siap kata lagi, kot lah tak jadi kita nak pergi sebab bas dah takde. Tapi lepas tu pengurusan kata ada satu bas lagi yang belum sampai lagi. Maka dalam mimpi engko je lah yang engko tak jadi pergi. 


Tak lama lepas tu, bas datang then kitaorang gerak ke Meru Klang. 

Sampai je kat sana, rupanya budak-budak yang dah gerak awal baru sampai. Ingatkan kitaorang lambat sangat ke kan, padahal dorang siap sesat lagi. Hahaha. Turun bas, angkut beg, pilih dorm. Kisahnya dorm tak cukup untuk muatkan ramai-ramai tu. Makanya kitaorang yang baik sangat tak rebut dorm mana nak tidur, kitaorang dapat duduk kat bilik LDK. Apa yang lebihnya kitaorang sebab ada aircond, cuma kitaorang takde katil. Dapat tilam dengan bantal pun dah cukup asalkan selesa. Gituuu. 

3 hari 2 malam kat kem, banyak ilmu dapat. Sebenarnya rugi sangat kalau tak join kem ni. Memang patut pun dia wajibkan semua tahun 3 FSSK. Benda yang kita tak tahu macam mana nak pergi interview kerja, macam mana nak communicate dengan orang, macam mana  nak jawab soalan, macam mana nak jadi yakin, semua lah kitaorang belajar. Sampaikan masa hari terakhir tu siap cakap patut buat seminggu program macam ni. Luls. 

Paling penting kat kem dan paling best adalah makanan. Makanan memang sedap! 10 bintang okay.





Pagi petang malam, ada talk. Talk tu dari lecturer UKM sendiri. Seriously, ilmu yang diberi memang berguna. Tak rugiiiiiii datang.

Lepas tu untuk pembahagian kumpulan, pengurusan letak berlainan course dalm satu kumpulan tu. Memang lah kau akan rasa forever alone mula-mula tu, tak lama je lepas tu dah start kenal tanya nama, tanya course mana, tanya dah kahwin ke belum. hahaha. Bila letak macam tu memang ada baiknya, sebab sebelum engko duduk je satu fakulti tapi kalau selisih ke memang pandang macam tu je. Lepas ni kat fak dah boleh dah tahu yang mana sama-sama third year, boleh cakap hai, boleh panggil nama. Seronok. 

Aktiviti pun takde lah bosan sangat asyik dengar talk je. Ada slot yang ada games, ada slot perlukan kitaorang bercakap, ada slot buat lawak tak habis-habis, memang tak bosan lah cerita dia. 




Terima kasih HEJIM sebab buat program macam ni untuk kami. Memang banyak benda yang dapat walaupun ada pengalaman yang tak dapat dilupakan sepanjang mengikuti kem ni. Siapa yang ada masa kejadian dia mesti tahu apa yang dimaksudkan. Heh. 

Next time boleh buat lagi!



Till then.


Share
Tweet
Pin
Share
No comments
Hai.

19 November 2014.

Sekejap je dah jadi dewasa. Sekejap je dah nak habis belajar. Sekejap je dah nak kerja. Sekejap je dah 8 tahun. What? 8 tahun? Heh.

Dari zaman sama-sama kurus macam lidi sampai sekarang sama-sama berisi dengan gembira dan dedikasi. Hahaha. Kalau dulu pipi cengkung, sekarang pipi dah tembam. Kalau dulu pakai baju saiz S, sekarang naik taraf saiz M. Kalau dulu selekeh, sekarang dah pandai pilih baju, dah pandai nak cantik nak handsome. Kalau dulu senyap sunyi, sekarang ketawa bercakap tak berhenti. Gituuu.


Gaduh dah jadi benda biasa. Kejap gaduh lepas tu baik, lepas tu sambung gaduh lepas tu baik balik. Kalau baik sepanjang masa pun boring, kalau gaduh lama-lama pulak nanti hati berpaling, maka perlu lah balance kedua-duanya. 


Orang ada kata, kawan lama-lama ni nanti tiba-tiba tak menjadi diri sendiri yang susah. Baik kenal sekejap then kahwin. Lepas kahwin baru lah kenal sedalam mana yang awak nak kenal. Betul lah tu, tak nafikan. Kadang tu pernah je terfikir kalau jadi macam tu mana kan, tapi entah lah, tak jumpa-jumpa jawapan pun. Senang kata, ikut je lah flow sekarang ni. Ada kelebihan, ada kekurangan, ikutlah mana rasa nak dan mana rasa boleh. Takpe, biar lah asalkan hati gembira. Kan?


Dah lama kenal, dah lama berkawan. Ye, terlalu lama dah ni. 
8 tahun kot, orang yang kahwin 8 tahun pun dah ada anak 5 kalau ikut gaya. Heh.


Sama-sama belum mampu, sama-sama belum habis belajar, sama-sama belum kerja. Tunggu. Ada jodoh tak ke mana. Berpisah jarak jauh bertahun-tahun (Selangor-Johor), tapi balik-balik muka dia jugak aku nampak. Gituuu. Hahaha. Banyak benda dah jadi, kau sebut apa je kitaorang tak pernah rasa. Putus? Pernah, berapa kali putus sampai diri sendiri lupa. Gaduh? Adat le tu. Curang? Skandal? Ehhh, lagi lah pernah. Hahaha. 

8 tahun, tu pun belum cukup nak kenal lagi. Perangai sebenar belum tunjuk lagi, tunggu lah kahwin nanti. Semua segala datuk nenek dia tunjuk, termasuk aku lah tu. Luls. Ada orang terkejut dengar 8 tahun, terus tanya bila nak kahwin. Aku suruh tanya Farhan terus, aku takde jawapan. Ada orang tanya tips. Aku gelak sakan. Mendenya nak tips tips ni, aku sendiri tunggang langgang ada hati nak bagi tips kat orang. -.- 


Apa-apa pun, selamat berkawan dan kenal yang ke 8 tahun. :)
Semoga terus sabar dan tabah untuk suka duka masa akan datang. 



Till then.


Share
Tweet
Pin
Share
No comments
Hai.

Kadang tu aku tertanya-tanya apa agaknya yang akan jadi kat masa depan aku.


"Sempat tak nak grad tahun depan?"
Sekarang dah start buat tesis. Tahun akhir katanya, kena lah sibuk dengan tesis. Nanti tak siap tesis tak boleh grad. Eh yeke? Yelah tu kot. Hahaha. Haritu takut LC tak cukup kredit tak boleh lah nak grad next year, sekarang dah cukup jadi tak payah fikir pasal LC. Tolong fikir pasal tesis dan naikkan pointer selagi boleh. Nak grad kan Wani? Okay.


"Sambung belajar lagi ke?"
Benda ni puas aku fikir. Lebih dari seratus kali mungkin di mana sepatutnya aku gunakan fikiran aku untuk fikirkan tesis yang baru nak mula. Niat nak sambung tu ada, cuma aku fikir lepas habis degree ni aku nak kerja dulu. Cari pengalaman kerja. Eh, jangan nak kata aku ni tak fikir masa depan ye. Aku fikir, selalu aku fikir. Disebabkan aku selalu fikir jadi aku buat perancangan macam tu. InsyaAllah, ada rezeki Allah nak bagi aku sambung jauh lagi, aku akan sambung. Buat masa ni aku fikir nak cari pengalaman kerja.


"Kerja apa eh nanti?"
Ambil bidang kerja sosial, of course nak kerja dalam bidang yang sama. Teruskan legasi kerja sosial yang aku pulun belajar selama 3 tahun dengan lecturer yang penuh dedikasi bagi ilmu kat aku, takkan nak sia-sia macam tu je. Sayang weh. Tapi peluang pekerjaan tu tak berapa nak cerah rasanya, aku still tak nampak imej pengcahayaan lagi yang aku akan kerja dalam bidang ni. Entah, aku ikut flow je kot. Mungkin. Doa banyak-banyak.


"Kahwin bila?"
Dah nak habis belajar, nak cari kerja, kumpul duit, dan nak kahwin. Hahaha. Kahwin dalam wish list masa depan. InsyaAllah, cepat atau lambat tak kisah. Asalkan dapat rasa life dalam perkahwinan. Gituuuu. Hahaha.


"Jodoh dengan siapa?"
Kejap, kalau kira-kira tahun ni dah 8 tahun dah bercinta. Bercinta lah sangat. Heh. Okay fine, berkawan k berkawan. Berharap si dia tu lah jodoh aku. Nanti orang kata bercinta/berkawan lama-lama tapi tak kahwin jugak. Ewah, sedap mulut bercakap Kak Bedah. Jodoh tu kita usaha nak dapat, sekarang ni tengah usaha lah ni. Nanti Allah dah kata si dia tu bukan jodoh masa depan, maka kena lah terima dengan hati yang redha. Berharap future husband tak kecik hati. Kahkah.


"Ada masa lagi tak aku nak berbakti kat mak ayah?"
Aku anak sulung. Aku kena fikir adik-adik 3 orang  bawah aku. Aku kena fikir mak ayah yang makin berusia. Salah satu sebab aku nak kerja lepas habis degree adalah disebabkan mereka semua ni. Aku tak boleh jadi selfish fikir hal sendiri je. Aku belajar tinggi-tinggi tapi kalau tak reti nak galas tanggungjawab sebagai kakak dan anak, tak kemana pun aku pergi. Mak ayah aku pun bukan orang kaya ada pangkat Dato Datin ni, pangkat datuk ada cucu tu mungkin lah akan datang. Hahaha. Aku selalu fikir, aku akan kerja dan aku pulak take turn bagi mak ayah duit. Paling penting, bagi kasih sayang, jaga mereka, bahagiakan mereka. Aku nak membesar sampai ada kat tahap sekarang ni, mak ayah kerah kudrat sendiri nak cari duit hantar pergi sekolah, pergi msuk U. Mak ayah didik aku supaya aku jadi orang yang berguna akan datang. Bagi agama, bagi kasih sayang melimpah ruah, takkan itu pun tak boleh fikir kan? Jadi aku tak boleh lah ambil langkah sambil lewa je, kena fikir jugak tentang orang lain. Moga ada rezeki aku berbakti kat mak ayah. :)



Till then.
Share
Tweet
Pin
Share
No comments

Menjadi seorang pelajar tahun akhir bukan lah sesuatu yang mudah dan paling senang dalam hidup. Ye, bukan mudah. 


Permulaan semester baru bulan September lepas amatlah menyedihkan bagi aku. Ujian demi ujian yang datang dalam hidup bagaikan satu beban yang aku kena pikul sampai diri sendiri rasa tak mampu.

Laptop yang aku dah guna dan angkut ke sana ke sini untuk buat assignment yang tak pernah habis selama 3 tahun buat drama kejap elok kejap tak elok. Kau rasa itu masalah kecik tapi itu masalah paling besar dalam hidup aku buat masa ni. Tapi sebenarnya salah aku jugak sebab tak reti-reti nak pergi service laptop sedangkan abang kedai tu dah suruh dah. Aku punya tahap kedegilan boleh lawan abang tu, jadi aku biarkan je lah laptop ni panas sampai berbunyi sampai satu masa dia dah penat agaknya, dia shutdown sendiri dan tak nak hidup kembali. T.T

Mula lah episod mencari tempat nak baiki laptop. Bukan senang. Tanya orang tu orang ni semua macam tak boleh nak bagi cadangan. Ujian lagi.


Aku bawak lah laptop pergi kedai yang Farhan cadangkan sebab waktu tu memang terdesak sangat nak laptop hidup kembali macam sedia kala. Awal semester lagi kerja dah banyak, susah hidup aku takde laptop ni tahu tak? 

Dalam masa 3 hari je laptop dah siap baiki, dengan gembiranya aku pergi ambil laptop dan membayar dengan rela hati. Habis duit melayang macam tu je. Bukan puluh-puluh ye, tapi 100++ okay. Dalam kereta aku try on macam biasa, tapi tiba-tiba dia buat hal lagi. Kau rasa? Salah aku lagi sekali sebab tak try on masa kat kedai tu agaknya, lagipun abang kedai tu main bagi tanpa rasa bersalah suruh pergi bayar je. Patah balik kedai tu, on laptop depan mata dia dan laptop berfungsi macam biasa, elok je tak jadi apa-apa. Fine. Aku balik kolej dan on balik laptop dan benda sama jugak jadi. Apa semua ni? Apa masalah laptop ni sebenarnya? 


Aku menangis macam orang gila.

Nak pergi kedai tu balik memang aku dah tawar hati walaupun ada orang-orang tertentu yang suruh aku pergi kedai tu semula. Aku cuba cari jalan lain. Aku bawak laptop kat kedai dalam UKM dan itu lah tempat paling dekat yang aku boleh pergi. Kakak kedai cakap laptop ada masalah dengan graphic card. Dia repair je sebab dia kata selagi boleh repair, dia repair sebab nanti banyak kos kena keluar. Aku ikutkan je asalkan laptop baik macam biasa. Tolonglah, kerja banyak tahu tak, due date dah dekat.

Seminggu aku hidup tanpa laptop. Orang-orang terdekat tahu lah macam mana keadaan aku masa tu. Hahaha. Gelak sendiri lah kalau ingat balik. Ada yang suruh beli laptop baru, tapi aku cakap terus terang aku takde duit nak beli baru. Tak mampu.

Cukup seminggu laptop siap, try on dan elok macam biasa. Alhamdulillah. Walaupun terpaksa melayangkan lagi 100 ringgit, aku buat-buat okay je padahal duit PT makin susut. Nak sedapkan hati kata takpe. (aku nangis dalam hati je)


Lepas beberapa minggu laptop baik macam sedia kala, entah kenapa waktu midsem break haritu nak mula dia buat hal lagi mati tiba-tiba. Hantar balik kat kedai. Balik rumah cuti haritu memang laptop takde, kerja pun tak jalan. Dalam waktu cuti tu akak kedai mesej bagitahu solution terbaik untuk laptop adalah tukar chip. Nak taknak aku proceed je sebab aku memang nak laptop elok dan aku boleh buat kerja yang due date dia bukak cuti ni. Duit bakal melayang. Takpe, rezeki tu ada kat mana-mana. InsyaAllah.


Seminggu kemudian laptop siap. Akak kedai kata dia tak tukar chip. Dia tukar balik kipas lama laptop aku. Puncanya, kipas yang aku tukar baru ni rosak. T.T Membazirnya aku tukar kipas haritu. Nasib baik akak tu tak kenakan apa-apa bayaran. Dia kata haritu aku dah kena keluarkan kos, yang ni dia kata tak payah bayar. Terima kasih akak. Duit yang dah siap-siap nak bagi akak tu saya simpan buat makan. Hahaha.

Aku percaya rezeki Allah tu ada kat mana-mana. Cepat atau lambat je kita dapat. Aku tak kisah duit habis untuk benda yang memang aku perlukan sebab kadang-kadang aku ni boleh tahan jugak membazir duit kat benda-benda yang ikut kehendak hati je. Hihihi. Memang lah dalam hati ni ada rasa sedih sebenarnya duit tinggal sikit, nanti nak makan macam mana, nak beli topup mesej boyfriend duit takde, tapi aku tahu ada hikmah kenapa semua benda ni jadi. Allah takkan uji aku kalau aku tak mampu, sebab DIA tahu aku mampu hadapi benda macam ni jadi aku diuji. Hikmahnya, dari aku terpaksa keluarkan 200 untuk proceed tukar chip tu, tiba-tiba je akak tu kata tak payah bayar sebab dia cuma tukar kipas lama je. Alhamdulillah.


Berharap laptop tak buat probelm lagi. Cukup drama kita sampai sini je wahai laptopku. 


Till then.


Share
Tweet
Pin
Share
4 comments

Isi borang kad kolej, letak gambar 2 keping, beratur untuk pendaftaran.

Dalam hati nervous sangat. Sebenarnya masa kat traffic light depan UKM lagi dah rasa lain macam. Feeling macam budak first year padahal dah third year. K.


Sampai turn budak depan aku, lagi lah aku nervous. Bukan nervous sebab akak kat kaunter tu garang, akak tu okay je siap senyum manis lagi. Aku nervous sebab nak tahu dapat bilik mana. Dua tahun duduk bilik double ada roomate ada teman nak cakap, masuk tahun ketiga memang takkan dapat macam tu lah kisahnya. 


Turn aku.

Bagi borang kat akak kaunter, lepas tu dia tanya,

"Kad kolej ada?"

"Tak bawak."

"Hmm lain kali bawak ye."

"Oh okay okay."


Dalam hati fuhh nasib baik tak kena denda ke apa. Masalahnya kad kolej masa second year mana aku ambik kat office. Bahahaha. Terpaksa tipu sunat sebab takut punya pasal. Maafkan saya kak.


Masa dia check kat laptop nama aku, aku kurang nervous dah. Masa ni tawakkal je dapat bilik mana-mana. Bila dia tulis kat borang tu aku perhati je, tak nampak pun lagi mana aku dapat. Lepas tu dia kata,

"Pergi kaunter belakang ambil kunci bilik."


Sambil jalan sambil tertanya-tanya bilik mana aku dapat, masa tu takde rasa nak tengok lagi borang tu. Mengada sangat kan, padahal boleh je tengok. 

Sampai kat kaunter ambil kunci, bagi borang kat akak tu. Akak tu tengok lepas tu sebut nama bilik,

"K6M 204. Dapat bilik yang sama ke?"

"Eh tak tak, dulu K5D."

"Dah tahun 3, memang patut lah duduk sendiri."

Aku pun angguk-angguk je sambil senyum sopan, dalam hati seronok sebab dapat K6. Kahkahkah. Lega. Dapat kunci pergi kaunter ambil baju kolej. Lepas tu pergi kat ayah kata nak pergi tengok bilik kejap kat mana dengan Sabrina. 

Gigih panjat tangga. Sambil jalan sambil tengok setiap blok, makin tinggi aku naik makin aku tak jumpa. Dah nak hujung blok baru nampak K6M. Pehh jauh bukan main. Patut pun aku rasa penat melampau sampai susah nak cakap dengan Sabrina. Okay takpe lagi tu. Bila dah sampai blok, pintu depan blok buat hal tak nak bukak sebab kunci lagi. Pergi pintu belakang pun sama. Sabrina dah bising kata aku salah bilik agaknya. Ehh pandai-pandai je budak tu. 

Turun foyer jumpa akak kaunter mintak kunci pintu blok. Gigih sangat ni. Letih dia tak payah tanya. Rasa nak terduduk sebab naik turun tangga. Kalau dekat takpe, ni naik tinggi atas bukit okay. Kejap lagi kena turun lagi sebab nak pulangkan kunci pintu blok, akak tu siap pesan, 

"Hilang kunci ni kena bayar RM30 tau."

-_-


Suruh ayah bawak kereta naik atas sebab nak turunkan barang dari bawah tu memang tidaklah. Jauh weh. Pulak tu atas bukit sangat. *menangis*


Angkat barang bawak masuk bilik pun rasa nak pengsan. Tenaga dah habis sebab turun naik tangga tadi. Aku boleh bayangkan life aku setahun kat UKM ni. Mungkin aku akan kurus sikit, mungkin boleh jadi ringan dari yang sekarang, dan mungkin aku tak perlu bersusah payah pergi exercise macam orang lain. Hahaha. K. Habis je letak barang dalam bilik, duduk kejap hilangkan penat sikit, aku ajak ayah pergi makan. Tidak ku sanggup berjalan ke kafe semata untuk makan. Tidak. Aku dah habis tenaga dah, maka perlulah manfaatkan ayah ketika itu. Hehe. 

Alhamdulillah aku dah masuk third year, tahun ni tahun akhir aku. Secara automatik aku dah jadi senior okay. Amboi berlagak sangat jadi senior. Haha. Moga tahun akhir akan jadi lebih baik dari tahun satu dan dua. Lepas ni boleh dah start fikir tajuk tesis. 



Good luck untuk semester baru. 

Till then.
Share
Tweet
Pin
Share
1 comments

Masa sekolah aku pernah berangan nak bersuamikan pilot. Amboi nak suami pilot je. Bahahaha. Bukan sebab dia bawak kapal terbang tapi sebab dia punya uniform, bila tengok tu rasa handsome rasa segak rasa cair je hati ni, sambil jalan kat aiport tu sambil tarik beg dia. Wow kacaknya!


Berangan tak sudah ibarat angan-angan Mat Jenin yang duduk atas pokok kelapa lepas tu jatuh ke bawah. Luls.


Walaupun aku tahu impian dan angan-angan tu takkan jadi kenyataan, tapi sejak 2 tahun yang lepas aku dah ada abang uniform sendiri. Awwww sweet bak lolipop kann :P

Farhan kat UTHM sana join PALAPES, tu yang secara langsungnya aku dah ada abang uniform sendiri. Abang uniform kita bukan abang pilot dah tapi abang tentera. Kekeke. Kita tak kisah tak dapat pilot, dapat tentera pun bolehhhh. Pegang senjata pulak tu.


Dah 3 tahun dah Farhan join PALAPES tu, tup tup harini 23hb Ogos 2014 dia tauliah. Kejap je aku rasa masa berlalu. Yelah dulu masa dia tengah sibuk, aku yang asyik bising dia takde masa lah, asyik sibuk je lah, weekend je ada latihan, orang cuti sem dia ada kem, kalau nak balik sini pun kena tengok jadual dulu free ke tak weekend. Busy kalah YB tengok kawasan. *mata ke atas* Lepas tu bila aku bising itu ini, dia pandai pulak menjawab "masuk PALAPES pun sebab dia jugak." Ewahhhh aku pulak yang kena balik. 


Dalam rasa menyampah tengok dia busy, aku suka je sebenarnya dia masuk PALAPES tu. Hahaha. Gila tak suka, aku kan suka tengok lelaki yang beruniform. Tapi dah 3 tahun dia dengan PALAPES, aku tak pernah tengok character dia dalam PALAPES macam mana dan dalam 3 tahun ni jugak hanya sekali je aku pernah tengok dia pakai uniform dia. T.T 

Wishlist aku sebenarnya nak tengok Farhan dalam uniform depan mata sendiri, tapi sekarang hanya tinggal harapan sajo. Tengok gambar je mampu. Disebabkan dia pun jauh kat Johor maka aku pun ada lah jeling-jeling abang Palapes kat UKM. Tu lah siapa suruh dia jauh-jauh. Kahkahkah.




2 minggu dia kat UPSI untuk Istiadat Pentauliahan Diraja, dia jadi makin gelap dari sedia kala. Lepas tu dia bising kat aku kata dia gelap. Bahahaha. Takpe, gelap gelap pun tetap manis. Lepas ni duduk je dalam rumah tak payah keluar bagi putih balik kulit tu ye. Kalau boleh putih balik lahhhh. Hahaha.



Kehadapan Farhan Mahhadi,

Harini adalah hari yang awak tunggu-tunggu dan harini jugak awak ditauliahkan sebagai Leftenan Muda. Congratulation! Tak dapat datang sana bagi bunga ala ala sweet, tunggu awak balik sini je lah claim hadiah. Walaupun disebabkan saya awak masuk PALAPES (rujuk apa Farhan kata), kira tak sia-sia lah saya buat hal dulu. Hahaha. Then you're so lucky you know. Well, thanks to me :)


Tahniah awak sebab dah habis PALAPES. Tumpang happy untuk awak. Tak lah, sebenarnya memang happy pun sebab awak dah tak payah nak sibuk dengan latihan, fokus PSM je. Hahaha. Lepas ni tak boleh panggil abam palap or abam JUO lagi dah, kena panggil abam engine pulak. Semoga awak happy dengan apa yang awak dapat harini walaupun saya takde kat sana. Ececeh. Sorry sebab tak dapat ada kat sana untuk tengok awak, mesti awak berharap saya ada kat sana kan? Alaaaa kita faham lah, malu pulak nak mengaku. Hehehe. I'm sorry. Kita kat sini pun sedih tak dapat ada kat sana. Sobs.


Anyway, Congratulation again!



Till then.

Share
Tweet
Pin
Share
2 comments

Malam raya baru sibuk tolong mak masak rendang dengan nasi impit. Mak jenis masak tak suka nak awal-awal, lepas dah buka puasa baru lah mula masak. Dulu masa kecik bila malam raya kita sibuk main bunga api kat luar rumah dengan adik-adik, takde lah nak tolong mak masak semua ni. Dah jadi anak dara kan, kena lah buat cara anak dara. Gituuuu. haha.

Mak, ayah, wawan and aku. 

Raya tahun ni takde tema warna untuk baju raya, beli ikut suka hati je. Walaubagaimanapun, aku dengan Wawan tetap nak sama warna. Hihi. Mengada sangat. Takpe nanti dah ada suami, sama warna dengan suami pulak. 


Macam biasa setiap tahun raya pertama mesti raya kat rumah dulu. Aku takde kampung jauh-jauh nak balik, makanya raya dulu kat rumah sendiri sebab rumah sendiri pun kat kampung. Hahaha. Lepas habis bermaafan dengan family sendiri, baru lah jumpa atuk kat sebelah rumah. Before kitaorang bermaafan sesama sendiri, kitaorang pergi ziarah kubur arwah wan kejap. Rindunya kat arwah wan T.T Tahun ni tahun kedua kitaorang beraya tanpa arwah wan. sobs.

Then balik rumah atuk, kitaorang mintak maaf sesama sendiri pulak. Tak sangka kan, umur dah 21 tahun pun dapat duit raya lagi. Terasa muda sangat bak belasan tahun. Hihi. Mungkin sebab still study lagi so memang lah boleh dapat. Farhan kata sebab aku ni kecik lepas tu pendek, sebab tu aku dapat duit raya lagi. Kuangajooo sangat kan. Dia tu dah tua pun dapat, eeee tak malu betul.

Cousins. Aku, Kak Dyra and angah. 

Kitaorang masih anak dara lagi so duduk pun kena sopan gitu. Hahaha. Sopan sangat tau.

Well aku punya ayu sopan tak boleh tahan lama. Diorang berdua ni propa lebih je.


Kan dah kata propa je lebih. Anti sosial sangat tau, kesian Sabrina syok sendiri. Muahaha.

Habis je sesi bermaafan kat rumah atuk, kitaorang gerak pergi rumah nenek belah mak pulak. Macam tu lah setiap tahuh, sebab atuk belah ayah dengan nenek belah mak dua-dua kat kampung yang sama. Dalam sehari tu dah siap jumpa atuk dengan nenek dah. Untung duduk dekat ni tau. Semoga dapat suami yang dekat-dekat je nanti. Bahahaha.

Okay ni adik beradik aku. Kitaorang ada 4 orang je, bila sorang takde rasa tak lengkap. Gambar raya kitaorang untuk tahun ni :)

Feeling ada anak dah ni. Hahaha. Berangan lebih woi. -.-

Makin dewasa makin rasa raya tu macam tak best dah. Dulu nak raya mesti bagi kad raya kat kawan yang kita suka lepas tu dapat kad raya dari kawan juga, tapi sekarang satu jenis kad raya pun aku takde dapat. Aku lebih suka raya masa zaman aku kecik dulu, rindu sangat.

So selamat hari raya aidilfitri untuk semua. Maafkan segala salah silap aku kepada sesiapa yang pernah terasa hati, makan hati, sakit hati dengan aku. 


Till then.
Share
Tweet
Pin
Share
No comments

Bulan puasa ni memang tengah cuti kat rumah. Cuti sem katanya. Untung tak untung kan? Hehe. Cuti raya pun lengkap, takde lah cuti seminggu dua je tau. Cuti sampai 2 bulan lebih, untungnya hidup ni. Haha.


Sakan cuti duduk rumah je, nak pulak bulan puasa ni, mana lah ada kerja sangat. Setakat tolong sapu rumah, kemas rumah, basuh baju, sidai baju, lipat baju, petang pulak tolong mak masak, awwww suri rumah sangat kan. Kekeke. Takpe lah, at least aku dapat lah belajar masak dari mak. Luls. Umur dah 21 tahun pun still ada istilah 'belajar masak' lagi ke, patutnya dah power woi. T.T Biasa lah, aku ni lambat sikit. Tapi lambat-lambat aku pun, aku ada lah usaha nak belajar. hihi.


Haritu aku try buat kek coklat. Ayah request nak rasa aku buat, farhan pulak dah bising-bising tanya bila nak belajar buat kek coklat. Farhan paling over, tiap hari nak tanya 'bila nak belajar bila nak belajar?' Ehhhh aku sabar je dengan dia tu. Takpe, sabar-sabar aku pun aku ada rasa tercabar gak. Haha. Apa salahnya aku try kan. Okay first try tu macam tak jadi sangat. Nasib adik aku Shazwan pandai jaga hati aku, "Takpe long, dah jadi sikit ni, bau pun sedap je. Takpe baru first try kan." Komen dari ayah memang mengganggu emosi, "Kenapa coklat dia macam terlebih ni? Kenapa macam tak jadi ni?" -.- Mak kata mungkin salah pakai tepung kot, yelah nak jaga hati aku je tu.

Second try dah jadi dah, cuma dia melekat sikit je. Rasa pun sedappp je, adik aku Izzat pun kata sedap. Okay lah kan, improve sikit dari yang first try tu. Hihi. Lepas ni boleh buat lagi, lepas tu terus jadi power. Boleh dah mula google resepi kek apa pulak nak buat esok-esok kahkahkah. Kegagalan yang pertama takkan pernah buat aku putus asa nak cuba lagi. Gituuu.

Dah nak raya ni aku belum rajin nak buat kuih/biskut raya lagi. Tahun lepas awal-awal dah semangat nak buat itu ini, mana entah hilangnya sifat terlebih rajin tu. Muahaha. Lepas ni aku dah kena rajinkan diri sendiri nampaknya. Seminggu je lagi nak raya woi. heh.


Bulan puasa kali ni, cuaca yang panas sangat menduga puasa aku. Sikit-sikit dahaga, sikit-sikit rasa mengantuk, padahal tak boleh nak tidur pun sebenarnya. Lesu tu tak payah cite, sepanjang hari nak lesu je sampai mak pun menyampah tengok muka tak bersalah aku agaknya.


Aku ada iftar dengan ex classmate sekolah haritu. Buka puasa dekat-dekat je, itu pun bukannya satu kelas datang. Walaupun sikit je tapi bila bercakap semua tak nak kalah. Aku rasa perangai aku macam ada lagi tak berubah, gelak kalau boleh nak semua orang dengar. Eeee aku rasa macam gedik pulak dengan diri sendiri. Aku tak nak lah nanti orang kata aku gedik, so sebelum orang lain kata lebih baik aku cakap kat diri sendiri dulu. Hahaha.



Topik hangat bila lama tak jumpa, "Lepas ni turn siapa nak kahwin?" Asyik kahwin kahwin, boring jugak kan. Haha. Lepas tu diorang boleh tunjuk aku. Kurang ajar sangat. Aku kerja pun tidak lagi, jangan lah tunjuk aku. Segan weh.

Iftar dengan kawan dah, iftar dengan suami bila lagi? Hahaha. Farhan baca ni mesti dia sakit hati. Takpe raya nanti aku minta maaf. Lol.


Kadang-kadang aku terlupa aku dah 21 tahun. Serius aku terlupa. Bila dengar kawan-kawan dah nak kahwin, ada yang dah jemput datang majlis diorang, dan ada yang sedang menghitung hari nak dapat baby, baru lah diri ini tersedar. Omg aku bukan makin muda, makin dewasa rupanya. Hihi.



Till then.
Share
Tweet
Pin
Share
No comments

Dalam banyak-banyak benda, aku takkan lupa benda yang aku pernah buat/rasa masa kat matriks. 


Kalau dulu masa kat matriks memang seronok bila bulan puasa lah. Sahur tu mula-mula je wujud, tak lama lepas tu memang tak bangun sahur pun. Pemalas sangat nak bangun. Hahaha. Sahur kitaorang kira tengah malam masa tengah study. Kata student kannn. Makan lah biskut ke, maggi ke, minum milo ke, ahhh pandai-pandai lah hidup. Kadang-kadang waktu malam ada student yang jual nasi lemak, berebut-rebut kitaorang nak beli lepas tu makan ramai-ramai. Siapa sama aras dengan aku, wing sama dengan aku, mesti tahu macam mana waktu tu. Kitaorang mana nak fikir diet ke apa masa tu, lapar je makan terus. Hihihi. 


Masa bulan puasa ni lah kitaorang berani sikit. KMS tu kan still baru masa tu, aku masuk tu kitaorang adalah second batch (batch angah), so banyak lah cerita-cerita 'keras' yang ada. Kalau bukan bulan puasa, pukul 11 malam je dah tutup tingkap, tarik langsir rapat-rapat, pergi cuci muka berus gigi, lepas tu duduk dalam bilik diam-diam study atau buat kerja tutor. Masuk je bulan puasa, pukul 12 tengah malam pun belum tentu lagi nak tutup tingkap, takde lah nak tarik langsir rapat-rapat semua, pergi tandas pukul 1 pagi pun rileks je jalan. Boleh pulak kalau dah penat study, angkut laptop Hajar Talha bawak masuk bilik aku lepas tu tengok hindustan ramai-ramai. Tingkap biar terbukak sebab nak angin masuk. Bulan puasa kan, mana ada dah makcik jual karipap tu. Berlagak gila masa ni. Hahaha. 


Kat KMS waktu petang masa bulan puasa ada tadarus. Aku, Liyana, Hajar, dengan Fatien join geng tadarus. Memang pun masa daftar tu kitaorang letak nama satu group, senang. Ada je orang lain dalam group kitaorang, so setiap petang lah kitaorang pergi surau bertadarus. Lepas habis kat surau, kitaorang pergi kafe orion nak beli makanan. Ada satu masa tu, kitaorang satu wing pergi bazar ramadhan sama-sama jalan kaki. Jalan kaki okay. Kau mampu? Hahaha. Dah balik dari bazar, buka puasa sama-sama.

Pernah je buka puasa kat surau sama-sama dan ada jugak buka puasa ramai-ramai kat kosmik. Babak ni paling best. Berbumbungkan langit yang gelap, bulan yang terang dan berlantaikan kosmik. Lampu yang ada romantik sangat tau, makan pun kejap-kejap suluh pakai handphone. Mana taknya, tak nampak makanan woi. Tercekik tulang ayam yang besar tu kang sia-sia je kena masuk hospital. Kekeke. 


Solat terawih kat surau. Kalau dari bilik, dah dengar azan isyak baru lah berlari-lari ke surau dengan dah siap pakai telekung. Hahaha. Biasa kat surau mesti nak duduk kat tempat yang ada kipas. Kekdahnya, nak solat ke nak kipas pun aku confuse. Maklumlah kan, aku ni tak pernah tak berpeluh waktu solat terawih, habis peluh jantan aku pun keluar sebab panas. Kekeke. Aku syak bukan aku sorang je sebab bila habis je solat, masing-masing cari port yang dekat dengan kipas, kena tempias angin kipas tu pun takpe asalkan sejuk sikit. Aku syak je tau. Hihihi.

Rindu sangat bulan puasa kat KMS. Rindu budak-budak wing aras aku. Kitaorang ni kira rapatlah jugak sebab banyak bersama. Gituuu. 


Kat UKM aku tak rasa bulan ramadhan kat sana macam mana. Dua tahun dah belajar kat UKM dan dua tahun jugak aku puasa kat rumah. Kebetulan cuti sem masa bulan puasa dengan raya, so aku duduk rumah je lah. Disebabkan tu jugak aku ingat macam mana bulan puasa kat matriks je. 


Till then.
Share
Tweet
Pin
Share
1 comments

Exam dah habis 24hb haritu. Tinggal dua paper lagi kot masa tu, terasa makin stress sebenarnya. Tengok orang lain bukan main lagi dah habis paper especially roomate sendiri. Menduga betul.

Study pun serupa macam dah tak study bila nak hujung-hujung. Paper kedua terakhir okay lagi, rajin sikit nak study, tapi bila untuk last paper semua ke laut. Semangat study hilang terbang melayang entah ke mana. Fikir nak balik rumah je T.T Yelah, orang lain dah sibuk packing barang nak bawak balik, aku tetap rileks macam takde hati nak balik. Padahal malas nak kemas barang. Hahaha.


Last paper aku tak tahu nak cakap macam mana. Boleh pulak soalan pertama tu soalan struktur tapi aku tak baca nota dia. Gila. Apa benda entah aku merepek kat kertas jawapan, lantak lah. Malas fikir lagi. 10 markah hilang macam tu je aku rasa. 

Keluar dari exam hall setengah jam awal. Kisahnya tak boleh tahan duduk lama-lama dalam tu sebab sakit kepala fikir jawapan. Kekekeke. Keluar exam hall pun senyum je macam boleh jawab, lepas tu jumpa coursemate baru merungut kata susahnya soalan. Muahaha. 


Antara geng keluar awal. Kak Hidayah, Kak Ninie, Kak Munie dengan Kak Nana.

Ni pulak Kak Iylia.


Happy keluar awal padahal soalan membunuh. Hahaha.

Kak Iylia, Kak Ekin dengan Kak Fathiah. Tiga-tiga orang Kelantan.

Sebenarnya kitaorang keluar awal ni pun ada yang bising. Bising sebab tak ambik gambar sama-sama lah, tak sempat peluk lah, tak sempat salam lah. Hehe. Nak buat macam mana, kitaorang yang keluar awal ni penat duduk dalam exam hall tu. Diorang yang lain tu je gigih duduk sampai habis masa exam. 


Lepas ni mesti rindu kat coursemate, kat roomate. 2 bulan lebih cuti memang tak dapat nak jumpa dah sebab masing-masing jauh. Sorang coursemate aku tu pulak, Kak Mazieydah dah nak kahwin. Tak dapat nak pergi majlis dia sebab jauh sangat kat Kelantan. Masa pulak tak kena sebab buat waktu raya keempat. Tak dapat nak tengok coursemate sendiri nikah. Hahaha mana tahu tetiba aku pulak dapat tempias kahwin tu kalau aku pergi kan, masalahnya nak dapat tempias macam mana kalau dah memang tak dapat pergi. Luls. Naik sem baru nanti dah boleh panggil puan dah kat Kak Mazieydah. Hihihi.


Malam 24hb tu baru start keluarkan beg, baru lah terhegeh-hegeh nak packing baju segala. 

25hb hari rabu tu keluar sekejap dengan Farhan tengok wayang cerita Pengantin Malam. Aku paling benci tengok cerita hantu. Dalam hall tu aku tunduk tutup mata je. Farid Kamil yang handsome tu pun aku tak heran dah hahaha. Eeee dengar bunyi, dengar suara semua dah buat aku seram. Benci. Lepas tu hari khamis keluar lagi tengok Transformers. Okay yang ni aku memang fokus habis sebab memang aku tunggu movie ni. Hehe. 

Khamis malam tu ayah datang ambik kat UKM then balik rumah. Barang tak payah cerita, memang banyak gila. Biasa lah perempuan, barang tak banyak memang tak sah. Kalau boleh almari kat kolej tu pun nak angkut bawak balik.


Selamat bercuti untuk yang tengah bercuti.
Salam Ramadhan :)


Till then.


Share
Tweet
Pin
Share
2 comments

Family day ni mula-mula planning nak buat kat PD, tapi disebabkan ada masalah sikit so kitaorang buat kat UKM je. Apa yang penting kitaorang enjoy. Family day ni kitaorang buat minggu sebelum study week, minggu ke 13 kuliah kalau tak silap, kalau silap pun buat-buat betul je lah. 


Waktu family day ni memang tak ramai yang datang. Mungkin faktor busy siapkan assignment atau tidur tak bangun-bangun atau dorang dah sibuk balik kampung sebab dah nak dekat study week atau malas nak turun atau dorang terlupa. Muahaha banyak lah aku punya atau atau kan -.-

Gigih bangun pagi sabtu. Kalau tak, bangun subuh lepas tu tidur balik. Biasa lah waktu hari cuti memang macam tu. Hari sabtu ahad lah hari pemalas nak bangun cepat-cepat sebab takde apa nak buat.

Ini Natrah dengan Kak Hazim. Natrah saja nak lentik badan konon comel ke cemana. Haha.

Atikah tunjuk roti sebab dia lapar pagi tu, lepas dapat roti dengan air terus dia happy semacam.

Tengok lah budak berdua kat bawah tu. Tak tahan panas katanya so gunakan Puteri untuk berlindung. Heh. Kak Ilah tu aku tak tahu motif dia sambil pegang roti sambil buat muka cenggitu. Haha.


Family day ni budak first year yang handle. Kitaorang yang kakak-kakak ni tolong datang makan main dan ambik hadiah je. Hihi. Mula-mula sampai tu boleh kira berapa orang je yang datang tapi lepas tu bertambah lah sikit.

Pagi tu aku dengan Tikah ingat takde breakfast ke kan, rupanya ada. Alhamdulillah rezeki. Penat tau aku dengan Tikah jalan kaki dari kolej pergi padang tu, jauh okay. Gigihkan diri jugak sebab saja sambil tu exercise sikit kekeke. Maklumlah aku ni makin lama makin berisi je rasanya T.T Aku pun tak pasti betul tak perasaan tu sebab ada yang kata aku berisi sikit, ada yang kata aku susut sikit. Orang perempuan ni kan, dia dah kurus pun dia kata dia gemuk, kau cakap dia kurus pun dia tetap pertahankan yang dia rasa dia gemuk. Maka biar lah dia layankan gemuk dia tu ye. Kahkahkah.

Okay habis makan roti minum air semua, game start. Aku ni jenis pelupa nama game so memang aku tak boleh nak cakap apa benda game kitaorang main haritu. Tengok gambar je pun boleh teka rasanya.

Ni group Zulfika, Arif dengan Chibi(perempuan sorang tu). Chibi tu budak first year, maka aku tak ingat apa nama betul dia, yang aku panggil-panggil selama ni Chibi je sebab dia ni jenis kepoh sikit. Tu yang senior semua kenal hehe.

 Atikah group dengan aku. Mula-mula kitaorang berdua je tapi lepas tu sorang budak first year join group kitaorang.

Ini dia punya mastermind untuk family day haritu. Nama dia Zul.

 Aku tak tahu lah Kak Hazim tu kenapa. Dia tengah tepuk tangan kot. Muahaha.

Oh ye, jangan pelik kenapa ada yang pegang payung tu sebab masa ni walaupun baru pukul 10 pagi tapi cuaca dia terik sangat. Orang kata matahari pagi ni elok kan? Tapi kalau dah terik gila memang dah tak fikir dah elok ke tak, selagi boleh kalau ada khemah pun siap nak pasang lagi. Redha je lah main tengah panas.

Antara jejaka yang hadir. Jejaka sangat *muntah*. Jejaka yang pakai baju hitam ada angry birds tu senior kitaorang tau. Aku nak tergelak bila nampak dia pakai baju tu. Hahaha agaknya bangun tidur terus datang kot.

Masa ni dah tukar game lain pulak. Kena ikat kaki pakai tali lepas tu jalan, sebab tu Kak Ilah sampai jatuh. Haha.

 Main lagi.

Main lagi.


Soraya ni dia datang lambat, orang dah habis 2 game baru terhegeh-hegeh nak datang. -.-

Adik first year.

Adik first year. Sorry kakak kau ni memang jenis suka ambik gambar muka orang tengah tak ready.

 Kak Ninie tengah tiup belon dan Kak Miza menyelit di belakang.

 Kan dah kata, Kak Ilah ni susah nak senyum. Hahaha kesian gambar Kak Ilah.

Bergabung, meleteop! Hahaha.

Game terakhir ni aku tak tahu apa nama dia. Lagipun game ni aku tak join sebab aku sibuk ambik gambar. Hihi.



Mereka ni dah terkeluar dari game sebab belon dah pecah. Duduk tepi jadi penonton je.

Lepas habis je game terakhir tu, kitaorang makan nasi. Nasi kukus tau. Sedappp. Zul tempah nasi untuk 60 orang macam tu, tapi kan ramai yang tak datang so sorang boleh ambik 2 3 bungkus nasi. Aku dengan Tikah ambik sorang 2 sebab satu untuk makan tengahari dan satu lagi untuk makan malam. Bila balik bilik nak makan petang tetiba rasa ayam sayur sambal belacan semua dah basi. T.T Redha je lah. Terpaksa ikat perut. Haha.

Dah habis makan tengahari sama-sama, acara bagi hadiah. Okay setiap kumpulan dapat hamper ye. Untung betul siapa yang join family day ni. *nak cakap diri sendiri lah tu* kekeke. Dapat hamper lepas tu bukak lepas tu bahagi bahagi dalam group sendiri. 


Antara yang hadir ni je lah, jejaka tak ramai itu perkara biasa. 


Aku, Tikah dengan Puteri balik kolej jalan kaki. Zul tu ajak tumpang naik kereta dia tapi kitaorang tolak. Eh takpe kitaorang dah biasa dah sebab tadi datang pun jalan kaki -.- Omg lepas makan je terus exercise kan balik kolej jalan kaki, sampai kolej je tetiba rasa dah kurus terus. Hihihi. 

Family day kali ni pun best even kita tak jadi pergi PD. Hahaha it's okay asalkan semua happy. Tahniah untuk Zul dan ajk dia sebab handle family day ni dengan baik. Semua okay semua best. Kakak abang semua suka je dapat join main macam ni. Hehe kalau bab main memang nom 1 engko ye, cuba suruh buat assignment, banyak engko punya alasan kan. K.

Terima kasih semua.


Till then.
Share
Tweet
Pin
Share
No comments
Hye.

Kat UKM final exam dah start 9hb, U lain aku tak tahu lah macam mana sebab ada yang awal ada yang lambat. Apa yang penting budak degree memang tengah/akan sibuk dengan final exam.

Paper aku start 9 Jun dan akan habis 24 Jun nanti. Tak payah terkejut sangat sebab dari sem 1 lagi paper aku selalu macam tu. Mula bukan main awal tapi habis lebih kurang je lambat dengan budak lain. Benci betul. Suka bagi gap panjang konon nak bagi masa kitaorang study ke apa pun tak sure lah tapi kalau boleh nak cepat habis tak nak sakit kepala dengan final ni. Serius tak tipu. Bila gap panjang tu lagi lah tension nak study kannn.

Bila compare jadual aku dengan Farhan, memang dia punya subjek final exam sentiasa sikit dan akan habis lagi awal dari aku. Dari aku masuk u sampai dah masuk sem 4 ni memang macam tu je graf dia, tak pernah nak berubah langsung bagi paper aku habis dulu. Hahaha. Sakit hati ni kadang-kadang sebab tak puas hati. Dia tu budak engineering tapi paper kemain sikit lepas tu habis awal. Konghajo namanya tu hehehe.


Nak dijadikan cerita, petang tadi baru jawab paper pertama.
Heh.

Paper pertama ni nak kata susah tu memang tidak lah. Tak tahu kenapa tapi memang soalan dia straight forward je Dr Sam buat. Kalau kau baca betul-betul memang kau boleh jawab. Macam aku, ada dua tiga soalan aku tak boleh nak jawab sebab aku tak ingat sangat tapi yang lain Alhamdulillah okay je. Gigih jawab tadi sampai keluar awal dari dewan periksa. Mampu? kekeke. So satu paper dah habis, tinggal lagi lima paper. Cepatlah habis, cepatlah habis. I is tak sabar.


Jumaat lepas aku balik rumah kejap. Yelah kengkonon kata tak nak balik rumah sebab nak study. Poyo lagi dengan mak kan. Sekali tetiba kena balik jugak sebab nak ambik beg baju aku, nanti hujung bulan nak bawak balik kain baju semua takde beg payah pulak. Nak taknak balik lah sekejap. hihi. Itu pun kebetulan hari sabtu rumah nenek belah mak ada kenduri arwah sebelum bulan puasa. Konon je kebetulan padahal memang niat nak makan lauk kenduri masa balik tu. -.-



Salam sayang,
Shazwani Ramly.


Share
Tweet
Pin
Share
No comments

Minggu lepas 1 Jun abang sepupu aku bertunang. Pecah rekod dalam sejarah hidup, aku tak balik rumah untuk majlis yang melibatkan family aku. Pehh tetiba rasa macam bangga. Hehehe. Aku ni nama je belajar dekat kan tapi tak reti nak balik.

Mak call tanya memang tak nak balik ke?
Ye mak, memang tak nak. Wani nak study sikit ni sebab nak final exam. *ayat tak tahan poyo gila*

Takpe lah, kalau aku tak pergi pun takdenya majlis tunang tu kena tunda ke apa kan, tetap jalan jugak. Nanti Abang Mie nikah kahwin aku pergi lah. Itu memang wajib. Macam tak lengkap je majlis kahwin kalau takde aku. Hihi. Dengar-dengar paling awal Abang Mie nak nikah bulan November ni, paling lambat pun bulan Januari tahun depan. Wuu aku yang dengar pun excited sekali. Maklumlah, family belah ayah aku ni memang jarang nak ada majlis kahwin besar macam ni. Sekarang semua dah besar-besar macam every year je akan ada majlis kahwin. Hahaha.


Sebenarnya study week dah mula, so aku dengan cita-cita yang tinggi tak nak balik rumah pun sebab nanti kat rumah aku tak study. At least duduk kat UKM ni kan aku ada lah duduk kat meja belajar buat nota sambil membaca walaupun 2 perkataan je, ni kalau balik rumah buku, notes, laptop, semua aku campak tepi malas nak bukak. Gituu. Duduk rumah tu mampu buat kau lupa pasal study ni, tak pandang dah nota ke laptop ke. Aku jenis macam tu.

Orang yang tahu macam mana rasa seronok dan betapa indahnya duduk kat rumah je faham perasaan aku. 


Start sem lepas punya study week, aku dah perasan macam mana aku nak study sampai masuk dalam kepala serap segala huruf yang aku baca. Well, aku ni jenis tak suka membaca atau menghafal. Aku paling benci sekali bila time exam nak kena baca/hafal. Haa sebab tu lah belajar sejarah masa sekolah dulu aku tak penah nak dapat A, asyik B je sepanjang tahun.

So sem lepas aku buat notes sendiri. Walaupun lecturer upload nota kat iFolio, gigih aku download lepas tu bukak setiap bab semata nak tengok dan salin balik. Kau mampu? Hahaha. Takde lah aku salin bulat-bulat semuanya, aku ambik mana yang penting je. Orang lain sebab dorang tu bijak pandai dari aku, dorang print je lepas tu baca. Aku ni lambat sikit, kena gigih dari dorang yang bijaksana tu, so study pun kena mula awal sikit lah. This semester punya study week pun buat macam tu jugak sebab dah tahu cemana nak bagi tak bosan membaca sebab aku jenis baru baca 2 ayat je dah mengantuk. Kahkah teruknya. Mind set tak betul aku ni T.T

Lepas tu bila dah masuk petang, Ya Allah rasa terduga sangat bila nak study. Mengikut teori aku sejak zaman sekolah lagi, waktu petang adalah bukan waktu yang sesuai untuk membaca sebab masa tu akan menguji kesabaran aku yang cepat bosan tahap melampau ditambah pula dengan mengantuk tak ingat dunia. 

Sebelum start study week pulak, haritu aku keluar tengok cerita Godzila dengan Edge of Tomorrow. Xmen je tak lepas nak tengok. Takpe, dua movie tu pun dah cukup bagi reward kat diri sendiri sebab nak final exam. Kejadahnya. Hahaha bukan patutnya lepas habis final ke baru bagi reward kat diri sendiri? Ahhh lantak aku peduli apa. Siap bagi reward kat diri sendiri bagai. Lepas ni tak rajin nak belajar, aku tak tahu nak kata apa dah. Kekekeke.


So good luck untuk mereka yang akan final exam nanti.

Untuk diri sendiri jugak, tabah lah menghadapi final exam yang akan datang dengan jiwa yang mantap. Hehe.



Adios.


Share
Tweet
Pin
Share
No comments
Newer Posts
Older Posts

About me

About Me

Popular Posts

  • Kolej Matrikulasi Selangor
    Assalamualaikum. Sekarang aku berada di rumah setelah berkampung di kms selama 5 hari. huhu. Terseksa menyeksa jugak lah orientasi kan...
  • Family Day Social Work 2014
    Family day ni mula-mula planning nak buat kat PD, tapi disebabkan ada masalah sikit so kitaorang buat kat UKM je. Apa yang penting kitaora...
  • Cuti Semester
    Exam dah habis 24hb haritu. Tinggal dua paper lagi kot masa tu, terasa makin stress sebenarnya. Tengok orang lain bukan main lagi dah habi...
  • Pulau pangkor part 1
    Assalamualaikum semua. Now, aku kat rumah. hihihi. Baru 3 hari duduk kat kms dah balik sebab period pain. Nasib ayah baik sangat nak am...
  • Suntikan HPV
    Assalamualaikum semua. Adakah anda sudah mengambil suntikan HPV? Okay, soalan ni untuk kaum perempuan je. Yang lelaki boleh duduk d...

Blog Archive

  • ►  2019 (1)
    • February 2019 (1)
  • ►  2018 (11)
    • August 2018 (3)
    • July 2018 (2)
    • June 2018 (2)
    • May 2018 (2)
    • March 2018 (2)
  • ►  2017 (2)
    • August 2017 (1)
    • June 2017 (1)
  • ►  2016 (4)
    • April 2016 (1)
    • February 2016 (1)
    • January 2016 (2)
  • ►  2015 (16)
    • November 2015 (1)
    • October 2015 (2)
    • September 2015 (1)
    • August 2015 (2)
    • July 2015 (2)
    • June 2015 (1)
    • May 2015 (2)
    • April 2015 (2)
    • February 2015 (2)
    • January 2015 (1)
  • ▼  2014 (28)
    • December 2014 (2)
    • November 2014 (2)
    • October 2014 (1)
    • September 2014 (1)
    • August 2014 (2)
    • July 2014 (2)
    • June 2014 (4)
    • May 2014 (3)
    • April 2014 (4)
    • March 2014 (3)
    • February 2014 (3)
    • January 2014 (1)
  • ►  2013 (37)
    • December 2013 (1)
    • November 2013 (2)
    • October 2013 (2)
    • September 2013 (2)
    • August 2013 (2)
    • July 2013 (2)
    • June 2013 (1)
    • May 2013 (3)
    • April 2013 (4)
    • March 2013 (7)
    • February 2013 (4)
    • January 2013 (7)
  • ►  2012 (13)
    • December 2012 (2)
    • November 2012 (2)
    • October 2012 (2)
    • September 2012 (2)
    • August 2012 (2)
    • July 2012 (1)
    • March 2012 (1)
    • February 2012 (1)
  • ►  2011 (1)
    • May 2011 (1)

Pages

  • Home

Created with by ThemeXpose